Semalam aku dan Suami Terchenta singgah ke Flat Sri Perak di Sentul sebab niat nak dermakan sekotak permainan yang masih elok lagi di ruang komuniti kat situ. Ikutkan hati, sayangnya nak bagi permainan tu sebab terbayang-bayang kenangan bermain dengan anak-anak masa dieorang kecik dulu. Sekarang dieorang dah besar, minat dah beralih ke gajet dan aktiviti melukis. Semua permainan kesukaan dieorang akhirnya terbiar dalam kotak mainan, sekadar mengumpul habuk dan debu. Cuma sesekali ada la Khadeeja bermain dengan koleksi patung Sylvanians. Last-last bulan lepas aku mintak anak-anak kemaskan mainan yang dah tak digunakan lagi dan lap bersih-bersih untuk didermakan.

Malangnya ruang komuniti yang jugak dikenali sebagai Ruang Kita tu tutup pulak, walaupun ada jadual bertugas yang ditampal kat situ mengatakan sepatutnya ada sukarelawan yang bertugas jam tu. Nak tinggalkan di kaki lima takut disalah ertikan membuang sampah merata-rata pulak. Sudahnya terpaksalah kami masukkan ke kotak kitar semula di tepi jalan.

Tengah keluarkan beberapa mainan yang besar dari kotak untuk masukkan ke dalam kotak kitar semula (sebab tak muat nak masukkan), lalu 3 orang budak-budak lelaki baya anak-anak kiteorang. Apa lagi, tersengih-sengih riang la dieorang dapat pilih permainan yang dieorang nak. 

Bila ternampak mainan busur dan anak panah, terus salah sorang jerit, ‘ Yeay! Aku nak jadi Mat Kilau!’ Lalu disambarnya busur dengan anak panah tu dan berlari, sambil dikejar oleh kawannya yang nak berebutkan mainan tu. ‘Aku nak jugak! Aku nak!’ Jerit kawannya. Alahai, sorry la anak-anak, acik takde mainan budak-budak lelaki sangat sebab anak-anak acik perempuan!


Mat Kilau
Kredit imej: m.imdb.com

Macam tu la penangan filem Mat Kilau sampaikan boleh menimbulkan minat anak-anak kecik untuk meniru kehebatan pendekar-pendekar Melayu zaman tu. Walaupun sekadar mainan anak panah, gembiranya lahaii.. macam dah nak jadi pendekar!

Tak hairanlah bila anak-anak Melayu yang berminat nak belajar silat tu tumbuh macam cendawan lepas hujan. Cuma harapnya minat tu berkekalan dan tak pudar walaupun lepas filem Mat Kilau ni dah tak lagi jadi sebutan di bibir orang ramai. Jangan pulak macam melepas batuk di tangga je.

6 comments:

  1. anak kmk sejak covid alu xda agik training silat... bila disuruh training nektok sejak dh boleh f2f alu mdh x maok agik dah... mcm perlu embak sidak nangga mat kilau jak oo... ne tauk br semangat agik... ehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. aok, embak tanggar filem tok. Kmk rasa lekak ya mesti bersemangat balit sidaknya hehe

      Delete
  2. hebat juga kesan cerita mat kilau ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak2 lelaki la yang paling terpengaruh dengan cerita Mat Kilau ni.

      Delete
  3. ha kita pun tgh mengumpul baju2 x pakai.. mmg slalu letak kat peti kitar semula tu je laaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. klu hantar dekat H&M dapat voucher kak Ret.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .