First Time Masuk Hammam di Isfahan Hammam & Spa @ MyTown

Throwback sebelum adik bongsu aku kahwin. Adik aku dan tunangnya belanja kiteorang pergi ke Isfahan Hammam & Spa ni as advance thank you sebab dah tolong dengan persiapan wedding dieorang. Aku dan kakak aku bergurau, "Lain macam 'bride shower' ni. Ni lebih kepada 'shower with the bride'" 🤪. 

Ni first time aku mencuba ritual hammam. Rasa excited pun ye, segan pun ada jugak hahaha! Tapi bila difikirkan balik, halah halah dulu masa kecik pun berkubang sesama, apa salahnya bila dah besar pun berkubang dalam hammam sesama jugak 🤣. 


Isfahan Hammam & Spa
Isfahan Hammam & Spa di MyTown

Buat korang yang tak familiar apa itu hammam, hammam atau mandian Turki ialah ritual mandi tradisional dari Timur Tengah dan Afrika Utara. Di sana, bakal pengantin biasanya akan melalui ritual hammam sebelum majlis perkahwinan sebagai salah satu persiapan perkahwinan (lebih kurang macam amalan tradisi masyarakat di Asia Tenggara iaitu mandi bunga, tapi kat sana dieorang mandi hammam).

Sebelum masuk ke kamar mandi, kiteorang diberikan pakaian basahan untuk dipakai semasa mandi. Selepas menyalin pakaian, kiteorang duduk di ruang menunggu sementara staff di situ menyiapkan kamar mandi.


Isfahan Hammam & Spa
Bilik salin pakaian

Isfahan Hammam & Spa
Ruang menunggu


Isfahan Hammam & Spa
Dekorasi dalam ni macam di Timur Tengah


Isfahan Hammam & Spa


Bila kamar mandi dah siap, kiteorang pun dipanggil masuk ke kamar mandi. Masa ni memang penuh dengan wap, rasa lega sikit sebab nampak samar-samar je dalam kamar mandi! 🤣 Tambahan lagi, masing-masing rabun jadi rasa confident sikit nak masuk kamar mandi sama-sama ni hihi.


Isfahan Hammam & Spa
Suasana dalam kamar mandi

Ritual hammam ni bukan setakat mandian je, tapi sekali dengan masker badan (guna madu asli), mandian buih yang banyak (bubble wash) dan membuang sel kulit mati dan daki menggunakan sarung tangan khas dipanggil 'kise'. Selepas mandi, kiteorang dibawa ke bilik spa pulak untuk aromatic massage (urutan aromatik).

Selesai sesi urutan badan, kiteorang tukar pakaian dan dibawa ke ruang menunggu. Di situ, kiteorang dihidangkan dengan teh panas dan baklava yang sedap.


Isfahan Hammam & Spa
The perfect way to end a spa experience...

My verdict pengalaman pertama masuk ke hammam ni - best! Kulit aku terasa halus dan lembut macam kulit baby sampai sekarang sebab dia dah sental berapa lapisan daki pun aku tak tau 🤣! Tapi memang banyak la sel kulit mati yang tanggal masa kena sental tu 🤭. Tak tau la ada jual ke tak sarung tangan tu kat Shopee, terasa nak beli pulak sebab kalau nak pergi hammam selalu memang idok ler. Selain rasa segan, harga treatment tu pun 'keras' hihi. Terima kasih adik ipar dan adik sebab belanja kakak-kakak masuk hammam & spa! 🥰


Isfahan Hammam & Spa
Muka masing-masing 'glowing' lepas ritual hammam & spa

Post a Comment

0 Comments