Salam Jumaat bloggers kesayangan!
Ni kisah pagi semalam. Pagi-pagi lagi selepas Subuh, kami berdua suami isteri keluar berjalan-jalan mengambil udara segar pagi-pagi. Kalau kat Bintulu ni kan, senang pulak aku nak mengajak Suami Terchenta beriadah. Kat KL nan hadoooo ðŸ¤. Nak ajak dia pergi gym, macam2 alasan dia mengelat ekkk. Mungkin faktor persekitaran yang tenang dan santai, jadi dia pun tak rasa rushed. Atau sebab kat sini Subuh awal sejam dari di KL, jadi ada masa yang panjang lepas solat Subuh sebelum dia masuk "ofis". Nasib baik boss dia bagi dia kerja remote, tu pun sebenarnya aku bising jugak sebab cuti dia tahun ni tak luak langsung. Cuti raya hari tu pun guna cuti carry forward tahun lepas. Karang aku kata dia cinta mati dengan kerja dia, merentan pulak taknak mengaku 🤣.
![]() |
| Melintasi jambatan di Taman Millenium. Ada pengunjung yang pernah ternampak buaya dalam sungai bawah jambatan ni sebab jambatan ni ialah di muara sungai menuju ke laut |
Dari rumah, kiteorang menuju ke kawasan kolam tak jauh dari simpang menuju ke jalan utama. Kolam ni dah wujud sejak zaman aku kecik lagi, cuma aku tak pasti sama ada ianya buatan manusia atau kolam semulajadi. Kolam ni menyimpan banyak cerita mistik which aku pernah experience sendiri masa keluarga kiteorang menetap di rumah berdepan dengan kolam ni. Jeng... jeng... jeng...! Korang nak baca pengalaman mistik aku tak? 👻
Kolam Perkampungan Orang Bunian
![]() |
| Pernah satu masa sebelum ni, BDA (Lembaga Kemajuan Bintulu) buat aktiviti mencantikkan taman ni, tapi sekarang, banyak kemudahan taman yang dah rosak dan tak ditukar, rumput pun dibiarkan panjang. |
Dulu-dulu kan, orang selalu sebut kawasan kolam ni kawasan perkampungan orang halus / orang bunian. Kawasan ni 'keras', kata mak aku. Kiteorang masa kecik dulu dilarang bermain di taman yang ada kolam ni kalau takde orang tua yang temankan.
Rumah kiteorang dulu berdepan dengan kolam ni. Kiranya beberapa langkah je dari pagar rumah dah sampai ke kolam. Dah namanya makhluk halus, dieorang ni suka mengacau manusia. Macamana dieorang kacau? Mak pernah mimpi setompok darah menangis dalam toilet belakang rumah dan esoknya, arwah nenek (sebelah mak) jumpa darah dalam lubang toilet (toilet jenis mencangkung). Mak pernah terjaga dari tidur sebab dengar bunyi paip air luar rumah dibukak dan air keluar sangat deras macam ada orang pulas kepala paip tu sampai habis. Mak pun dalam keadaan mamai turun ke bawah dan keluar rumah untuk tutup paip (berani kan mak?).
Bapak masa tu takde sebab dia tengah sambung study dekat UPM Serdang, jadi mak bawak adik-adik mak (makcik dan pakcik aku) duduk sekali dengan kiteorang. Pakcik aku pernah terbangun dari tidur malam sebab dia rasa ada benda menindih dada. Rupa-rupanya ada kucing hitam tengah duduk atas dada dia sambil merenung pakcik aku. Tiba-tiba datang seekor kucing putih melompat dan kejar kucing hitam tu sampai dua-dua hilang dari pandangan. Kucing-kucing tu sah-sah la jelmaan makhluk tu sebab kiteorang tak bela kucing dalam rumah.
Masa kecik dulu, kiteorang adik-beradik tidur di bilik sendiri. Satu malam tu, mak terjaga sebab aku yang masa tu baru umur 2 tahun datang ke bilik dia mengadu ada kucing hitam masuk menyelinap ke bawah almari. Masalahnya almari bilik kiteorang jenis built in. Apa lagi, mak terus angkut kiteorang adik-beradik masuk tidur ramai-ramai dalam bilik dia.
Benda ni selalu menampakkan diri pada waktu senja. Aku sendiri yang nampak masa umur aku 5 tahun dan kakak aku, 6 tahun. Kiteorang ternampak bayangan seorang perempuan berjubah putih dan berambut panjang sampai ke lantai, berjalan di tepi rumah, tak menoleh kiri kanan. Yang aku ingat, perempuan tu cantik, kurus tinggi lampai ala-ala model. Tapi dalam otak kiteorang, perempuan tu macam mak. Kiteorang macam kena pukau, mati-mati ingat tu mak.
Dengan yakinnya, kiteorang panggil-panggil dia, "Mak! Mak!" tapi dia buat tak endah je dan terus berjalan menuju ke kolam (masa ni mak dekat tingkat atas, tengah solat Maghrib rasanya). Aku dan kakak aku pun cuba nak bukak pagar grille sliding door yang menghadap ke kolam ni, nak ikut 'mak'. Nasib baik mak dah mangga pagar grille tu supaya kiteorang tak dapat nak bukak pintu sendiri. Lepas perempuan tu hilang dari pandangan, barulah kiteorang tersedar yang tu bukan mak. Kalau kiteorang ikut jugak, entah-entah kiteorang dah menetap di alam lain masa ni 😅.
Cuma aku bersyukur level kena kacau tak teruk sangat la. Takde la sampai merasuk, tunjuk muka menakutkan, atau mencederakan kiteorang. Jadi aku rasa dieorang ni mungkin bunian Islam. Sekarang ni, dah tak dengar lagi cerita pelik-pelik dekat area kolam ni. Mungkin dieorang dah pindah ke kawasan hutan di Bukit Nyabau tak jauh dari sini kot, jauh dari pembangunan dan penempatan manusia.
![]() |
| Pokok bercabang 4 ni cantik sangat, tapi kalau malam-malam 'ngutik' bak kata orang Sarawak (nampak menyeramkan) |
Sambung kisah brisk walking pulak. Dari kolam ni, kiteorang berjalan ke Taman Millenium pulak. Taman ni taman yang paling besar dekat area rumah kiteorang ni. Ada banyak kemudahan untuk pengunjung beriadah di taman ni - gelanggang bola keranjang, gelanggang petanque, outdoor gym, trek basikal, taman permainan kanak-kanak, kemudahan bermain papan roda dan batu urut refleksologi. Taman ni meriah dengan kehadiran pengunjung pada sebelah petang dan hujung minggu. Sebelah pagi biasanya akan jumpa warga emas beriadah di sini.
![]() |
| Pondok rehat dengan design bumbung menyerupai topi terendak Melanau |
![]() |
| Laluan ni mengingatkan aku dengan Taman Botani KL sebab banyak pokok-pokok rimbun dengan akar timbul |
![]() |
| Satu lagi bumbung yang diinspirasikan dari design topi terendak Melanau |
![]() |
| Tak sangka kat sini pun ada e-scooter, tapi macam defeat the purpose pergi beriadah kalau naik ni instead of berjalan kaki sambil mengeluarkan peluh |
![]() |
| Dirasmikan oleh bekas YDP Sarawak, Allahyarham Tun Taib Mahmud 15 tahun lepas |
![]() |
| View ni lawa sangat! Dalam bulatan tu boleh buat refleksologi kaki sebab ada batu refleksologi |
![]() |
| Water Garden yang ditaja oleh ABF, salah satu subsidiari Petronas |
![]() |
| Sayang, tempat ni dulunya cantik sangat tapi sekarang ni terbiar dan tak diselenggara dengan baik |
![]() |
| Kangkung dalam kolam sihat-sihat dan gemuk-gemuk |
Aku rasa kecewa bila tengok keadaan Taman Millenium yang daif sangat! Tak macam masa aku masih menetap di Bintulu beberapa tahun lepas. Fasiliti yang rosak tak diganti / memakan masa berbulan-bulan dan silap-silap bertahun-tahun untuk diganti / dibaiki. Semuanya nampak usang. Harap pihak BDA boleh buat inisiatif mengecat semula pondok berehat dan fasiliti yang nampak usang tu selang beberapa tahun. Kalau tak, beberapa tahun lagi mesti dah hilang tarikan Taman Millenium dekat penduduk yang tinggal berhampiran dan pengunjung-pengunjung dari luar.
Dah pusing satu Taman Millenium tu, kiteorang pun patah balik ke rumah. Total steps aktiviti brisk walk tak sampai 5 ribu langkah pun dan jarak laluan brisk walk kiteorang cuma 2km lebih je. Kalau tak mengenangkan aku dah panggil orang datang servis aircond pagi tu, mau aku ajak Suami Terchenta brisk walk sampai ke Tanjung Batu 😆. Confirm boleh dapat 20k langkah sebab jarak pergi-balik je dah 10km.












Seronoknya dapat briswalk bersama² incikSuami..
ReplyDeleteSg betul incikSuami dengan kerja,sampai tak luak cuti tu
Ye Linda, jarang2 dia nak ikut brisk walk atau ke gym klu di KL 😅 Rasa nak pindah balik ke Bintulu tapi tak boleh kerja remote pulak. Hmm.. bab cuti tu smp berbuih mulut suruh ambik cuti sayang sbb boleh carry forward 10 hari je. Selebihnya burn mcm tu je la.
DeleteSeram pulak dengar ceritanya sis...
ReplyDeleteDekat kampung dulu ada pokok 3 beradik, pun mistik juga.
Sayang tempatnya cantik dan dedicated for riadah sepatutnya diselenggara dgn baik utk kegunaan awam
Wah, nak tau jugak kisah pokok 3 beradik yg mistik tu. Tapi tempat ni masa saya kecik dulu memang keras, skrg dah ok. Rasanya mmg dieorg dah pindah ke tempat yg jauh dari kawasan manusia.
DeleteBab maintenance ni mmg kesal sangat sbb sebagai daerah di Sarawak yg byk menghasilkan foreign investment dari hasil minyak dan gas, sepatutnya kemudahan dalam keadaan tip-top.
Isssh agak menyesal saya bacanya tengah malam nih 🤣🤣🤣. Jadi tak berani ke toilet hahahahah.
ReplyDeleteTapi seram lah kalo sampai menunjukkan diri walau bukan dalam bentuk menakutkan. Tetap saja kan merinding yaa. Atau jangan2 saat dia menjelma jadi perempuan cantik itu hanya anak2 yg bisa lihat.. biasanya anak2 memang lebih peka dibanding orang dewasa.
Hahaha! Sebenarnya tak seram mana, cuma kejadiannya mistik, tapi bila dah besar ni saya anggap 'mereka' tu cuma suka bergurau, sebab tak ada yg kerasukan atau diculik oleh mereka. Lebih seram filem hantu di Indonesia 🫣
DeleteYa, barangkali anak2 kecil je yang nampak kerana 'hijab' masih terbuka masa tu kan. Tapi pakcik saya pun nampak ada kucing hitam duduk di atas dada sampai bikin sesak dada. Saya rasa itu makhluk yang bukan muslim, lalu datang kucing putih kejar dan halau kucing hitam tu tadi.
Tiap point yang anda sampai memperlihatkan keunikannya..bahagia perjalanan yang sihatkan fizikal mental..
ReplyDeleteTerima kasih
DeleteSeram juga baca kisah di waktu senja tu. Benda ghaib memang ada, cuma kita sebagai manusia biasa tidak cukup ilmu untuk memahaminya.
ReplyDeleteAgaknya sbb tu zaman dulu anak2 tak dibenarkan bermain di luar rumah bila dah maghrib. Kemungkinan makhluk bunian tu ialah dari golongan jin dan dieorang pun hidup macam kita manusia jugak, ada kampung sendiri.
Deletebanyak betul kisah2 mistik waktu dulu. alhamdulillah sekarang dah takde gangguan tu. tapi kira baikla hantu tak sampai merasuk orang atau menunjukkan diri.
ReplyDeletenampak tenang betul suasana briskwalk. penuh kehijauan. btw saya follow sini sebab suka tengok gambar2 lawa!
Betul, kawasan saya ni keras masa saya kecik dulu. Alhamdulillah skrg dah takde.
DeleteSuasana sini memang penuh kehijauan 😄 terima kasih sudi follow blog saya.
sebelum sebelum sebelum tu... kawasan ni asalnya apa?
ReplyDeletekalau timbul cerita2 mistik ni, mungkin jg pernah berlaku 'penjajahan' kat kawasan tu suatu masa dulu...
ye laa kalau dijaga betul2 lg cantik dan bersemangat org nak buat mcm2 aktiviti kat sini...
Sebelum kawasan ni dibuka, tempat ni ialah hutan belantara. Bila kerajaan jumpa sumber minyak & gas asli di pesisiran pantai Kidurong, hutan belantara ni ditebang untuk buat loji memproses minyak dan gas asli, dan penempatan untuk pekerja-pekerja yang bekerja di loji dan pelabuhan Bintulu. Masa saya kerja kat sana, kawasan loji tu pun antara tempat yang keras dan selalu ada penampakan makhluk tu jugak. Awal 80an dan 90an, company selalu panggil ustaz datang untuk 'berunding' dengan makhluk halus ni supaya tak kacau staff yang bekerja terutama syif malam. Biasanya dieorang ni demand nak lembu la, nak kambing la, nak itu ini sebelum dieorang main jauh2. Nasib baik tak mintak belanja ZUS Coffee atau Nando's 😂 Skrg ni dengarnya masih ada lagi beberapa tempat dalam loji tu yg keras dan staff memang takkan ke sana seorang diri malam-malam.
DeleteKawasan ni kalau dijaga dengan baik mesti dapat menarik orang datang ke sini. Dah la suasana menyegarkan....pokok2 pun banyak....takde peruntukan nak maintain ke atau digunakan duit tu untuk yang kononnya lebih penting dari selenggara taman ni....
ReplyDeleteEntah la sis Ezna. Sayang tempat cantik macam ni tapi dibiar mereput. Tapi memang best brisk walk dekat taman2 ni sebab banyak pokok, udara pun segar je.
Deleteseram la plak baca kisah tu...pokok tu unik tapi memang ada elemen seram jugak
ReplyDeleteSebenarnya tak seram sangat, cuma mistik je. Pokok tu nampak unik kan. Cuma dekat kolam tu kena berhati2 kiteorang mmg takkan jejak kat situ waktu senja.
Deletekalau suami pulak jarang dia nak ikut briskwalk...tu yg suka jalan sorang je tapi kenalah dia hantarkan. nak walk sorang2 kat taman rumah ada banyak anjing...takut.
ReplyDeletebunian ni boleh jelma dalam bentuk kucing juga rupanya ya
Hmm sama je suami kita sebenarnya hahaha! Kalau kat kl mengelat sokmo bila ajak brisk walk. Tapi kat Bintulu ok je, sbb takde apa nak buat kot hihi. Nak masuk kerja awal lagi.
DeleteDia menjelma apa2 bentuk, dieorang kan jin. Dalam mimpi pun boleh menjelma jugak.