Salam Khamis kawan-kawan,
Walaupun dah balik ke KL, kisah makan-makan di Bintulu ni belum berakhir ye gais. Kali ni BFF jemput datang ke rumah sebab dia buat makan-makan kat rumah. Saja je, nak memeriahkan rumah katanya. Kitonyo pulak konsep rezeki jangan ditolak hihi 🤭.
 |
Tudiaaa... meriah meja panjang ni dengan bermacam-macam lauk. Semua dia masak sendiri |
 |
Dari atas kiri ikut pusingan jam: Kacang panjang tumis, sambal mempelam muda, ikan bawal emas kukus dan sambal kerang campur petai |
Tapi hidangan utama tak lain tak bukan ialah linut! Sedapnya linut ni makan dengan sayur masak lemak dan sambal mempelam 🤩. Aku memang dah tak toleh kiri kanan lagi bila jumpa linut ni, bertambah-tambah dalam pinggan. Ni sambil menulis pun aku kecur liur bila teringat hidangan linut dan sayur masak lemak dengan sambal mempelam dekat rumah BFF aku ni 🤤.
 |
Nak buat linut ni ada petuanya - tak boleh bercakap masa kacau linut tu kalau tak, tak menjadi 😅 |
 |
Kombinasi yang heaven... |
Terima kasih buat BFF sebab bersusah-payah buat aktiviti makan-makan di rumahnya. Semoga murah rezeki kawan baik aku ni 🫶🏻.
 |
TQ sis, jamu kiteorang sekeluarga 🥰 |
linut dan kapurung tu sama ke? jenis yg makan kena telan terus?
ReplyDeleteLinut sama dgn ambuyat, dibuat dari tepung sagu. Dekat Sarawak kiteorg panggil linut, dekat Sabah dieorang panggil ambuyat. Rasanya kapurung tu tak sama dgn linut (bila saya Google).
DeleteWow...ada yang xpernah kenal pun menu masakan ni..Thanks for sharing..dapat info baru makanan Bintulu hihi
ReplyDeleteSama2. Kalau nak try linut kena datang Sarawak tau 😄
Deletealhamdulillah. rezeki tu. saya tak pernah mkn menu gitu
ReplyDeleteKalau MZ jalan-jalan ke Sarawak, Insha Allah akan jumpa menu2 unik macam linut, umai, ayam pansuh dan macam-macam lagi 😄
DeleteNak rasa jugak yang paling heaven tu!
ReplyDeleteHaha, heaven di tekak saya tak semestinya heaven di tekak Uncle 🤭
DeleteMacam ambuyat ke linut tu? Pernah makan ambuyat je kawan Sabah bagi.
ReplyDeleteAah betul tu Cie. Kat Sarawak kiteorg panggil ambuyat tu linut 😄
DeleteSaya biasa makan kapurung, makanan tradisi masyarakat Bugis. Perbah nakan ambuyat di KK dan Brunei. Tapi tak pandai guna candas.
ReplyDeleteSaya baru je tau makanan kapurung ni bila Ammi tanya sama tak linut dengan kapurung. Rupa2nya kapurung ni pun guna bahan yg sama cuma berbeza sikit penyediaannya dengan linut/ambuyat ni ye kak Amie.
DeleteSA teringin nak mencuba linut tu...linut dan ambuyat tu sama kan?
ReplyDeleteYe SA, dekat Sarawak panggil linut, dekat Sabah namanya ambuyat 😄
Deletebr google linut rupanya ambuyat..tk pernah try..sronok tu bff menjamu mkn
ReplyDeleteAlhamdulillah, ada geng makan linut ni memang boleh bertambah2 dibuatnya.
DeleteAlaaaa nampak linut, sedapnya.
ReplyDeleteBertambah sedap bila ada geng makan linut kak Mulan hehe
DeleteBagusnya bff buat makanan kegemaran Carneyz ini. Semoga murah rezeki dia.
ReplyDeleteAlhamdulillah... geng BFF kaki makan jugak sama dgn saya hehe
Deletekalau tercakap juga masa buat linut tu?
ReplyDeletetetap tak jadi ya?
;-)
Hahaha! Dah namanya pantang-larang 🤭 Tak pernah try lagi sebab selalunya time tu la tengah tuang air panas sebelah tangan sebelah lagi tengah mengacau linut tu yg tak dan nak bercakap.
DeleteOh linut ini macam papeda yaaa. Indonesia timur makanan mereka papeda bukan nasi. Tp biasa dimakan dengan ikan kuah kuning. Saya sendiri blm pernah coba 😅. Penasaran. Dulu pas lihat macam pelik, sedap atau tak. Tapi dipikir, nasi pun hambar . Tp begitu dimakan dengan lauk JD sedap. Mungkin linut atau papeda macam itu juga
ReplyDeleteHebaaat lah teman Carneyz. Masak sendiri semua hidangan 😍👍👍. Memang suka masak nampaknya ya. Kalo saya tak menjadi rasanya 🤣
Kita kan serumpun, jadi makanan jugak kebanyakannya sama cuma sebutan je berbeza 😃 saya baru tau di Indonesia timur linut tu dipanggil papeda. Memang kena makan dengan lauk berkuah baru rasanya sedap. Saya suka makan dengan sambal belacan / sambal mempelam, sayur masak lemak atau sayar midin tumis belacan.
Delete