Salam Khamis kawan-kawan,
Walaupun dah balik ke KL, kisah makan-makan di Bintulu ni belum berakhir ye gais. Kali ni BFF jemput datang ke rumah sebab dia buat makan-makan kat rumah. Saja je, nak memeriahkan rumah katanya. Kitonyo pulak konsep rezeki jangan ditolak hihi 🤭.
 |
Tudiaaa... meriah meja panjang ni dengan bermacam-macam lauk. Semua dia masak sendiri |
 |
Dari atas kiri ikut pusingan jam: Kacang panjang tumis, sambal mempelam muda, ikan bawal emas kukus dan sambal kerang campur petai |
Tapi hidangan utama tak lain tak bukan ialah linut! Sedapnya linut ni makan dengan sayur masak lemak dan sambal mempelam 🤩. Aku memang dah tak toleh kiri kanan lagi bila jumpa linut ni, bertambah-tambah dalam pinggan. Ni sambil menulis pun aku kecur liur bila teringat hidangan linut dan sayur masak lemak dengan sambal mempelam dekat rumah BFF aku ni 🤤.
 |
Nak buat linut ni ada petuanya - tak boleh bercakap masa kacau linut tu kalau tak, tak menjadi 😅 |
 |
Kombinasi yang heaven... |
Terima kasih buat BFF sebab bersusah-payah buat aktiviti makan-makan di rumahnya. Semoga murah rezeki kawan baik aku ni 🫶🏻.
 |
TQ sis, jamu kiteorang sekeluarga 🥰 |
linut dan kapurung tu sama ke? jenis yg makan kena telan terus?
ReplyDeleteLinut sama dgn ambuyat, dibuat dari tepung sagu. Dekat Sarawak kiteorg panggil linut, dekat Sabah dieorang panggil ambuyat. Rasanya kapurung tu tak sama dgn linut (bila saya Google).
DeleteWow...ada yang xpernah kenal pun menu masakan ni..Thanks for sharing..dapat info baru makanan Bintulu hihi
ReplyDeleteSama2. Kalau nak try linut kena datang Sarawak tau 😄
Delete