Bulan lepas sempena birthday anak-anak, aku bawak dieorang ke Space & Time Cube di Lot 10, Bukit Bintang. Harga nak masuk kat tempat ni agak keras, tapi memandangkan ni dikira sebagai hadiah birthday untuk dieorang, jadi Suami Terchenta tak banyak soal dan bagi green light 😄. Aku ambik tiket untuk masuk ke main hall dan jugak tiket untuk pengalaman VR. Harga keseluruhan untuk seorang dewasa ialah RM88 dan sebab kiteorang bertiga dikira dewasa jadi semuanya RM264.
Walaupun hari bekerja tapi ramai jugak pengunjung dari dalam dan luar negara
Apa yang menarik di Space & Time Cube ni? Ni ayat aku copy sebijik dari website dieorang:
Space & Time Cube ialah dewan pengalaman metaverse digital imersif pertama dari China. Ia menggabungkan seni graviti sifar dan teknologi cahaya dan bayangan interaktif. Fokus diberikan pada kesan visual seni digital realiti maya.
Dalam main hall terbahagi kepada beberapa bahagian - ada yang memaparkan seni digital dan ada jugak yang menggunakan teknologi cahaya.
Teknologi cahaya dalam bilik yang dipasang beribu-ribu lampu LED ni
Anak-anak bermain pasir untuk 'membina' pulau, tasik, laut dan benua
Kesan sinar cahaya
Lampu menyala bila Khadeeja meniup angin ke dalam corong bebola ni
Lampu menyala bila Khayla pegang bebola besi
Filem terowong ruang masa
Ada jugak bahagian memaparkan seni ilusi optik yang menarik:
Bila ambik dari sudut yang betul, nampak seolah-olah kiteorang bergayut pada tangga
'Ramai' nya... 😅
Di dasar kolam renang
Mencari jalan keluar
Ada beberapa aktiviti menyoronokkan di bahagian main hall ni:
Menukarkan lukisan ikan kepada seni digital yang berenang-renang
Dalam permainan video ni, kena buat pergerakan dan bentuk badan macam yang dipaparkan
Permainan ni boleh buat kita berpeluh sebab kena pijak tile biru dan mengelak dari tile pink
Bagi aku aktiviti yang paling menarik di sini ialah pengalaman VR ni. Tapi takde gambar la sebab VR kan, kena pakai gajet VR ni baru dapat tengok alam realiti maya. Kiteorang dibawa 'menjelajah' Mesir purba pada zaman Firaun. Best!
Pengalaman realiti maya (VR)
Aku sempat ambik video di beberapa bahagian dalam Space & Time Cuba main hall ni untuk kenangan. Tapi tak sure la korang boleh view ke tak sebab kat YT macam kena marked 'blocked' sebab ada copyrighted content (video ni aku muat turun dari IG reel yang aku letak muzik ada copyright). (Update: aku dah tukar ke video lain).
Aku ingatkan sekejap je masuk dalam tempat ni tapi rasanya setengah hari jugak la kiteorang habiskan kat dalam tu. Kalau harganya tak keras sangat, nak je repeat bawak anak-anak ke sini 😆. Anak-anak teruja sangat dan malam tu dieorang cakap terima kasih bawak dieorang ke situ sebab fun sangat.
My verdict? 9/10. Harga tiket agak mahal sebab tu tak bagi 10/10 😅.
😍😍😍😍😍😍😍 saya naaaaak ajak anak2 kesanaaaa ... Jangankan mereka, sayapun sukaaaaa nih 🤩👍👍👍. Memang seruuu kalau dah main2 dengan LED, apalagi ada VR jugaaa. Worth it lah yaa dengan tiket masuk yg mahal. Ada di klook tak yaa. Ntah2 dpt harga lebih murah 😄
Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.
24 Comments
Menarik sangat tempat ni.. tapi harga keras nak msuk tu huhuu.. Anak-anak 4 orang ni tak tahu berapa kena nak masuk huhuhu..
ReplyDeleteYa harganya agak keras. Tapi ni kira hadiah birthday anak2 sebab tu pejam mata je hehe.
Deletemenarik tapi tu la harga tiketnya tu mahal jugak la kan.
ReplyDeleteMemang menarik tapi pergi sekali dah cukup rasanya.
DeleteVideo tak boleh tengok...memang tercekik baca harga...hihi..
ReplyDeleteTu la video tu kena blocked YT sebab ada copyrighted content. Harga tu memang boleh berpeluh2 jugak nak membayarnya 😅
DeleteMenariknya sis!
ReplyDeleteMahal tapi menarik sangat ni, yg penting anak² happy.
Betul sis. Hadiah birthday dieorang, special occasion kita belanja la masuk sini hihi
DeleteMacam berbaloi jugak tu, Carneyz. Tapi tempat macam ni walau berbaloi tak ada rasa nak repeat, sebab tu sekali datang kena ambil gambar puas².
ReplyDeleteBetul kata SK tu. Nak repeat mungkin tak. Pergi sekali dah cukup.
Deleteunik dan menarik! tak pernah lg bwk my boys gi tmpt gini..tak sure diaorg minat ker tak
ReplyDeleteMy girls loved it! hehe
Deleteharitu dah hampir2 nak masuk sini tapi saya risau pening kepala dengan lampu2 bercorak tu
ReplyDeleteKalau jenis yg cepat pening mungkin tak sesuai kot sebab dalam ni cahayanya terang dah serupa masuk disko hehe
DeleteHarga sangat 'keras' ye. ha ha ha h
ReplyDeleteNasib baik boss besar approved masuk sini hehe
DeleteSini la yang SA nak bawak Dania dulu ni....nak jugak bawak nanti...
ReplyDeleteBawak la SA. Best tempat ni, banyak tempat ambik gambar yang menarik 😄
DeleteThanks for sharing Carneyz wowww best ni. Dua beradik ni mesti suka.
ReplyDeleteSeronok dieorg masuk ke sini kak Mulan. VR experience tu paling best 😄
Delete😍😍😍😍😍😍😍 saya naaaaak ajak anak2 kesanaaaa ... Jangankan mereka, sayapun sukaaaaa nih 🤩👍👍👍. Memang seruuu kalau dah main2 dengan LED, apalagi ada VR jugaaa. Worth it lah yaa dengan tiket masuk yg mahal. Ada di klook tak yaa. Ntah2 dpt harga lebih murah 😄
ReplyDeleteTak terfikir pulak nak check harga di Klook 😅 mungkin ada dan lebih elok beli di Klook sebab harga berbeza untuk pelancong luar negara.
Deletesy pun baru tahu kewujudan tempat ni. tu pun sebab tertengok vtt...
ReplyDeleteada masa nanti nak terjah juga laa hehehe
Kena bawak geng baru seronok anies hehe
DeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .