Bersenam Mengikut Kitaran Haid Wanita

Aku terjumpa info yang menarik tentang senaman mengikut kitaran haid wanita:



Bagi aku, info ni sangat membantu dari segi emosi. Sebab ada masa bila bersenam, aku rasa energy level aku drop walaupun malam sebelumnya aku dah cukup tidur. Contohnya minggu ni hari pertama dan kedua berlari, aku rasa bertenaga dan pace pun dah semakin baik. Tapi dari semalam lagi, aku rasa - ya Allah, kenapa struggle giler nak berlari ni?

Yes, the struggle is real 😂. Aku agak demotivated semalam selepas berlari sebab aku rasa penat tu macam aku dah berlari 5km, bukan 3km. 


apple watch
Progress minggu ni

Bila difikirkan balik, mungkin minggu ni aku dalam fasa luteal, di mana energy level aku paling rendah masa ni. Kalau aku tak tau, mungkin esok aku give up berlari sebab penatnya luar biasa. Memandangkan aku baru je mula berlari, jadi aku kena pastikan aku berlari setiap hari supaya momentum / stamina tu tak jatuh. Tapi sekarang bila aku dah tau minggu ni minggu yang paling tak bertenaga, jadi aku mungkin kena slow down pace atau kurangkan jarak supaya tak cepat putus asa. Balik rumah, rehat sekejap dan buat strength training pulak. Yang penting, keep showing up dan keep it consistent! 💪🏻

Bak senikata lagu 'Don't Give Up on Me':

I'm not givin' up
I'm not givin' up, givin' up, no, not me
Even when nobody else believes
I'm not goin' down that easily
So don't give up on me.

Selamat berhujung minggu kawan-kawan!

Post a Comment

1 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .