Bawak Anak-anak ke Space & Time Cube @ Lot 10, Bukit Bintang

Bulan lepas sempena birthday anak-anak, aku bawak dieorang ke Space & Time Cube di Lot 10, Bukit Bintang. Harga nak masuk kat tempat ni agak keras, tapi memandangkan ni dikira sebagai hadiah birthday untuk dieorang, jadi Suami Terchenta tak banyak soal dan bagi green light 😄. Aku ambik tiket untuk masuk ke main hall dan jugak tiket untuk pengalaman VR. Harga keseluruhan untuk seorang dewasa ialah RM88 dan sebab kiteorang bertiga dikira dewasa jadi semuanya RM264.


Lot 10 Bukit Bintang
Walaupun hari bekerja tapi ramai jugak pengunjung dari dalam dan luar negara


Apa yang menarik di Space & Time Cube ni? Ni ayat aku copy sebijik dari website dieorang: 

Space & Time Cube ialah dewan pengalaman metaverse digital imersif pertama dari China. Ia menggabungkan seni graviti sifar dan teknologi cahaya dan bayangan interaktif. Fokus diberikan pada kesan visual seni digital realiti maya. 


Lot 10 Bukit Bintang

Lot 10 Bukit Bintang

Lot 10 Bukit Bintang

Dalam main hall terbahagi kepada beberapa bahagian - ada yang memaparkan seni digital dan ada jugak yang menggunakan teknologi cahaya. 


Lot 10 Bukit Bintang
Teknologi cahaya dalam bilik yang dipasang beribu-ribu lampu LED ni

Lot 10 Bukit Bintang
Anak-anak bermain pasir untuk 'membina' pulau, tasik, laut dan benua

Lot 10 Bukit Bintang
Kesan sinar cahaya

Lot 10 Bukit Bintang
Lampu menyala bila Khadeeja meniup angin ke dalam corong bebola ni

Lot 10 Bukit Bintang
Lampu menyala bila Khayla pegang bebola besi

Lot 10 Bukit Bintang
Filem terowong ruang masa

Ada jugak bahagian memaparkan seni ilusi optik yang menarik:


Lot 10 Bukit Bintang
Bila ambik dari sudut yang betul, nampak seolah-olah kiteorang bergayut pada tangga

Lot 10 Bukit Bintang
'Ramai' nya... 😅

Lot 10 Bukit Bintang
Di dasar kolam renang

Lot 10 Bukit Bintang
Mencari jalan keluar

Ada beberapa aktiviti menyoronokkan di bahagian main hall ni:


Lot 10 Bukit Bintang
Menukarkan lukisan ikan kepada seni digital yang berenang-renang

Lot 10 Bukit Bintang
Dalam permainan video ni, kena buat pergerakan dan bentuk badan macam yang dipaparkan

Lot 10 Bukit Bintang
Permainan ni boleh buat kita berpeluh sebab kena pijak tile biru dan mengelak dari tile pink

Bagi aku aktiviti yang paling menarik di sini ialah pengalaman VR ni. Tapi takde gambar la sebab VR kan, kena pakai gajet VR ni baru dapat tengok alam realiti maya. Kiteorang dibawa 'menjelajah' Mesir purba pada zaman Firaun. Best!


Lot 10 Bukit Bintang
Pengalaman realiti maya (VR)

Aku sempat ambik video di beberapa bahagian dalam Space & Time Cuba main hall ni untuk kenangan. Tapi tak sure la korang boleh view ke tak sebab kat YT macam kena marked 'blocked' sebab ada copyrighted content (video ni aku muat turun dari IG reel yang aku letak muzik ada copyright).



Aku ingatkan sekejap je masuk dalam tempat ni tapi rasanya setengah hari jugak la kiteorang habiskan kat dalam tu. Kalau harganya tak keras sangat, nak je repeat bawak anak-anak ke sini 😆. Anak-anak teruja sangat dan malam tu dieorang cakap terima kasih bawak dieorang ke situ sebab fun sangat.

My verdict? 9/10. Harga tiket agak mahal sebab tu tak bagi 10/10 😅.

Post a Comment

9 Comments

  1. Menarik sangat tempat ni.. tapi harga keras nak msuk tu huhuu.. Anak-anak 4 orang ni tak tahu berapa kena nak masuk huhuhu..

    ReplyDelete
  2. menarik tapi tu la harga tiketnya tu mahal jugak la kan.

    ReplyDelete
  3. Video tak boleh tengok...memang tercekik baca harga...hihi..

    ReplyDelete
  4. Menariknya sis!
    Mahal tapi menarik sangat ni, yg penting anak² happy.

    ReplyDelete
  5. Macam berbaloi jugak tu, Carneyz. Tapi tempat macam ni walau berbaloi tak ada rasa nak repeat, sebab tu sekali datang kena ambil gambar puas².

    ReplyDelete
  6. unik dan menarik! tak pernah lg bwk my boys gi tmpt gini..tak sure diaorg minat ker tak

    ReplyDelete
  7. haritu dah hampir2 nak masuk sini tapi saya risau pening kepala dengan lampu2 bercorak tu

    ReplyDelete
  8. Harga sangat 'keras' ye. ha ha ha h

    ReplyDelete
  9. Sini la yang SA nak bawak Dania dulu ni....nak jugak bawak nanti...

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .