• Home
  • About
    • About Me
    • Sitemap
  • Travel
    • Malaysia
    • International
    • Travel Stories
  • Hotels
    • Hotel Reviews
    • Marriott Bonvoy
  • Dining
    • Bazaar
    • Food
    • Cafe & Bakery
    • Restaurant & Outlet
    • Recipes
  • Lifestyle
    • Beauty & Fashion
    • Blog
    • Camping
    • Entertainment
    • Family Activities
    • Home
    • Parenting
    • Tips & Info
  • Review
    • Products
    • Services
    • Places
  • Disclaimer
Enter your keywords
Coffee Break With Me

Hotel & Travel Reviews and Many More.

Saturday, July 20, 2024

Muiz Hot Chicken - Setanding Rasa Ayam Goreng Restoran Jenama Antarabangsa

Selalu bila aku balik dari ambik Khadeeja di sekolah dan lalu food truck ni dalam perjalanan balik ke rumah, mesti nampak sign 'Closed' maksudnya jualan dah habis dan dieorang tengah mengemas perkakas. Tak pun kalau lalu situ nampak ramai orang beratur nak beli ayam goreng dari food truck ni. Tapi minggu lepas aku ambik Khadeeja dan ternampak food truck masih lagi beroperasi dan tak ramai orang beratur. Apa lagi, aku pun berhenti tepi jalan disebabkan perasaan ingin tau sedap sangat ke ayam goreng Muiz Hot Chicken ni sampai selalu je cepat habis dan ramai orang beratur.


Muiz Hot Chicken
Eh, masih bukak dan beroperasi la...

Aku ambik set cheese. Beli la 4 ketul supaya dapat rasa seketul seorang. Sekotak set cheese ayam goreng dengan 2 ketul ayam dalam satu kotak ni harganya RM11. Not bad la.


Muiz Hot Chicken
Dia bagi cheese dalam bekas ni untuk dip dengan ayam goreng

Muiz Hot Chicken
Ayam pun besar-besar macam ayam kepci, tapi dengar citer ayam kepci skrg dah makin mengecut. 

Rasa ayam goreng ni memang mirip ayam kepci jugak. Suka gigit tepung salutan ayam tu sebab rangup dan packed with flavours. Perapan ayam pun sampai ke dalam isi, dan bila cicah dengan sos keju yang dieorang bagi tu memang macam makan cheesy wedges tapi versi ayam, haaa gitu...

Rupa-rupanya Muiz Hot Chicken ni dah lama beroperasi ye, dari 2013 lagi. Cawangan pertama di Muar Johor. Sekarang konsep jualan dieorang melalui food truck tapi kalau ikut ilustrasi ni tahun depan mungkin dieorang akan bukak restoran sendiri. Semoga bisnes ayam goreng dieorang semakin maju sebab ni pertama kali jumpa jenama ayam goreng tempatan yang setanding jenama ayam goreng antarabangsa. Ada hikmah aktiviti boikot ni sebab nampak bisnes tempatan semakin ke depan bila orang ramai beralih ke jenama yang tak menyokong puak Z ni.


Muiz Hot Chicken
Ilustrasi menarik tentang perancangan perniagaan Muiz Hot Chicken atas kotak ayam goreng

Korang pernah try ke Muiz Hot Chicken ni? Apa lagi jenama ayam goreng yang setanding kepci korang pernah makan sebelum ni? Cer komen sikit.

Read more »
on Saturday, July 20, 2024 28
Share this!
Tags
Food, Restaurant and Outlet
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Friday, July 19, 2024

Resipi Roti Bantal Lembut dan Gebu

Aku masih ingat lagi percubaan pertama aku buat roti homemade masa PKP dulu gara-gara bekalan roti di kedai semuanya habis dan susah nak dapat. Mesti korang ingat kan masa tu rakyat Malaysia sampai kejar lori Gardenia sebab stok roti terhad hahahaha! Tapi kat Sarawak takde roti Gardenia, still roti kat kedai roti biasa pun semuanya sold out. Demi anak-anak, aku pun cuba la buat roti homemade, tapi entah apa-apa la resipi yang aku jumpa kat YouTube / Google. Bila dah masak, rotinya keras macam batu! Baling kat dinding pun tak pecah ok! 🤣 Lepas tu aku serik nak cuba buat roti lagi sampai la tahun lepas baru aku confident sikit nak cuba sekali lagi buat roti.

Kali ni baru jumpa resipi yang betul-betul lembut, gebu dan sedap rotinya. Agaknya kalau ada mesin buat roti kat rumah, hari-hari kot aku akan buat roti bantal ni hehe. That's how good the bread is.


Buat 2 buku roti - yang pertama ni merekah sikit sebab suhu ketuhar agak panas so aku turunkan sikit suhu dari 200℃ ke 190℃ (resipi asal letak suhu 400℉ ≈ 202℃)

Batch kedua ni lebih cantik kejadiannya, tinggal nak sapu mentega cair atas permukaan supaya nampak berkilat. Aroma tak payah cerita, memang semerbak wangi satu rumah!


Hasilnya lepas dipotong - lembut dan gebu macam roti jual di pasaraya

Sedap makan panas-panas dan lepas sejuk pun roti tak mengeras. Jadi aku nak letak resipi di sini senang untuk aku rujuk bila nak buat lagi lepas ni.

Resipi roti bantal ni aku modify dari resipi asal dari SINI.


Homemade Bread

(resipi ni menghasilkan 2 buku roti menggunakan loyang roti bersaiz 4 x 8 inci)

Bahan-bahan A:

  • 2 1/4 sudu yis instant dibancuh dalam 90ml air suam dan biarkan selama 5 minit

Bahan-bahan B:

  • 320ml air suam
  • 1/8 (atau separuh 1/4 cawan) gula kasar
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 1/2 sudu mentega (unsalted butter) pada suhu bilik
  • 4-5 cawan tepung (aku guna 2 cawan tepung roti dan 2 cawan tepung gandum/ all-purpose flour. Resipi asal guna tepung gandum je)


Cara-cara:

  1. Tuang air suam dari bahan B ke dalam Bahan A.
  2. Masukkan bahan yang sudah dicampur ke dalam food processor / mixer dan kacau sebati.
  3. Masukkan bahan-bahan B yang selebihnya ke dalam food processor / mixer dan pukul selama 7-9 minit pada kelajuan perlahan sehingga membentuk doh yang sedikit melekit.
  4. Sekiranya doh masih melekat pada permukaan mixer / food processor, masukkan 1/4 cawan tepung gandum dan pukul lagi. Ulang sampai doh tak lagi melekat di permukaan bekas.
  5. Masukkan doh ke dalam bekas yang sudah disapu mentega / minyak masak dan tutup dengan kain. Biarkan doh mengembang selama 1 jam.
  6. Selepas sejam, keluarkan doh dan letak atas permukaan rata yang sudah ditabur dengan sedikit tepung. Tekan-tekan doh untuk mengeluarkan angin.
  7. Panaskan ketuhar pada suhu 190 - 200℃ (bergantung dengan ketuhar masing-masing).
  8. Bahagi doh kepada 2 bahagian kemudian uli doh menjadi bentuk silinder dan mengikut saiz loyang roti.
  9. Masukkan doh ke dalam loyang roti yang sudah disapu dengan mentega cair, tutup dan biarkan doh mengembang lagi selama 30 minit.
  10. Selepas doh mengembang, sapu sedikit mentega cair atas permukaan doh dan bakar dalam ketuhar selama 30-35 minit. Aku tutup loyang roti dengan penutupnya selama 25 minit dan selebihnya aku buka penutup dan bakar sampai kekuningan.
  11. Keluarkan roti dari loyang dan sejukkan di atas redai.

Nampak je complicated tapi percayalah, senang giler tau nak buat roti ni. Bahan-bahan pun mudah dan takde pewarna dan bahan pengawet. Lagi satu, gula dan garam pun letak sikit je, lebih sihat berbanding roti di kedai. Tak perlu nak uli guna tangan kecuali sebelum masukkan dalam loyang roti. Ala, part tu golek-golekkan je la roti tu sampai jadi bentuk memanjang, macam main play doh gittew... Selamat mencuba!

Kredit resipi: Brown Eyed Baker
Read more »
on Friday, July 19, 2024 26
Share this!
Tags
Food, Recipes
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Thursday, July 18, 2024

Makan Tengahari di Kayu Nasi Kandar @ Nu Sentral

Minggu lepas, Suami Terchenta ambik replacement leave sebab dia masuk kerja weekend 2 minggu lepas. Dah alang-alang dia cuti, aku pun ajak dia keluar renew road tax motor dan beli stok supplement di LAC Nu Sentral sebab dah habis. Aku suka pergi dekat situ walaupun jauh sikit sebab staff dia berpengetahuan dan boleh nasihatkan supplement apa yang bagus untuk diambil untuk kondisi tertentu. 

Contohnya aku bagitau yang aku ada masalah nak lelapkan mata bila masuk waktu tidur walaupun badan penat tapi mata tu macam susah je nak tidur. Memandangkan ada beberapa supplement magnesium yang dijual di situ, tapi bila aku terangkan masalah aku tu, dia terus cadangkan aku ambik magnesium gylcinate, selain tu supplement tu tak buat perut bloating. 

Dah setel beli stok supplement, kiteorang decide nak makan tengahari di Kayu Nasi Kandar sebab dah lama tak makan nasi kandar.


Kayu Nasi Kandar @ Nu Sentral
Kayu Nasi Kandar ni tak asing lagi buat peminat-peminat nasi kandar

Memandangkan kiteorang pergi time lunch hour, restoran memang packed dengan manusia, kebanyakannya mereka yang bekerja di sekitar Nu Sentral. 


Kayu Nasi Kandar @ Nu Sentral
Walaupun pelanggan ramai, tapi servis laju.

Kayu Nasi Kandar @ Nu Sentral
Sementara tunggu customer kat depan pilih lauk, aku dah siap-siap decide nak ambik lauk apa (ayam goreng, telur ikan goreng, peria goreng dan sayur kobis).

Kayu Nasi Kandar @ Nu Sentral
Sampai kat meja baru perasan bukan telur ikan yang dia bagi, tapi sotong goreng. Alamak, patut la mahal bebenor harga. Takpelah, kongsi separuh dengan Suami Terchenta. Nasib baik sotong goreng tu sedap hehe

Kayu Nasi Kandar @ Nu Sentral
Ni pulak pilihan Suami Terchenta - kari kambing, sayur kobis dan telur rebus. Simple je asben sis ni kan? Tapi dia tolong jugak la habiskan sotong goreng tu sebab banyak.

Sekarang dah jarang-jarang makan nasi kandar, tapi sekali dah dapat tu fuhhh... dengan kuah campur kita gaulkan sekali dengan semua lauk-lauk tu memang nikmatnya tak terkata... Ayam goreng kat sini memang my favourite sebab garing di luar, juicy di dalam 😄.

Alhamdulillah, kenyang sampai ke malam.

P/S: Surprisingly tak mengantuk pulak lepas makan nasi kandar. Biasanya lepas heavy lunch macam ni, terus rasa berat je mata mengantuk sampai tak boleh ditahan-tahan lagi sebab paras gula naik mencanak-canak. Sejak ambik supplement ALA dan inositol, dah kurang simptom mengantuk lepas makan. Sekarang pun aku dah jarang-jarang nap tengahari / petang (sebelum ni lepas makan dan solat Zohor aku akan baring sekejap sebab mengantuk lepas makan). Dan takde dah tiba-tiba rasa menggigil bila terlambat sikit nak makan (hypoglycaemia). Tapi kalau sesiapa baru nak start ambik supplement, better korang consult dulu dengan doktor masing-masing ye sebab takut ubat yang korang tengah ambik tu tak serasi dengan supplement tertentu (macam aku dah check dengan my doctor dan dia bagitau should be ok untuk ambik supplement).

Read more »
on Thursday, July 18, 2024 26
Share this!
Tags
Food, Restaurant and Outlet
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Wednesday, July 17, 2024

Dapat Birthday Voucher ZUS Coffee dari Ex-Boss

Bulan lepas sehari lepas birthday aku, dapat mesej dari ZUS Coffee bagitau ada birthday gift card dari my ex-boss. Alahai, sweet nya ex-boss aku masih ingat lagi dekat aku 😍. Alhamdulillah semoga dimurahkan rezeki ex-boss, Ameen YRA 🤲🏻.


ZUS Birthday Gift Card
Dapat birthday gift card ZUS Coffee from ex-boss

Kebetulan masa hantar Khadeeja ke kelas programming, aku perasan ada kafe ZUS Coffee dekat bawah, jadi apa lagi masa untuk menebus birthday gift card sementara tunggu Khadeeja habis kelas. Rupa-rupanya kena download apps ZUS Coffee lepas tu kena register dulu baru dapat guna gift card ni. Agak terkial-kial jugak aku nak guna apps tu, sampai kena mintak tolong staff ajar macamana nak masukkan nilai gift card tu dalam wallet. Lepas tu terkial-kial pulak nak order minuman sebab ni first time aku cuba ZUS Coffee 😅.


ZUS Coffee
Amboi kucing tu siap jilat-jilat skrin lagi!

Since aku tak boleh minum kopi, jadi aku pun cuba Green Tea Latte, tambah whipped cream (RM11.90). Rupa-rupanya order pun kena guna apps jugak walaupun kita dah berdiri depan kaunter. Lepas buat pesanan, duduk dulu sementara tunggu staff prepare order.

Bagi aku sedap la jugak minuman kat ZUS Coffee ni, setanding Stabak. Kalau lapar boleh order makanan jugak. Jangan lupa muat turun apps ZUS Coffee dulu sebelum buat pesanan. 

Siapa yang belum muat turun lagi boleh guna referral code ni:

Referral code: KARHF95

Apa yang korang akan dapat bila daftar guna referral code dan selepas membuat pembelian pertama melalui apps ni ialah voucher: 

  • 60% diskaun minuman Signature 
  • beli 1 dan dapatkan 50% diskaun
  • Ultimate vouchers pack 
P/S: Voucher ni akan unlock secara berperingkat.


Iced Matcha Latte
Terima kasih daun keladi, lain kali belanja lagi! Hihi...

Read more »
on Wednesday, July 17, 2024 20
Share this!
Tags
Cafe and Bakery, Food, Friends Ooh La La, Reviews
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Wednesday, July 17, 2024

Main Badminton di Hujung Minggu

Suatu petang di hujung minggu, tiba-tiba Khadeeja ajak Suami Terchenta main badminton. Nasib baik masih ingat kat mana simpan raket badminton, tapi bulu tangkis tak tau kat mana. Ada satu je bulu tangkis yang dah penyek dalam beg raket, jadilah daripada takde kan 🤭.

Mula-mula ingatkan nak bermain badminton di Taman Tasik Titiwangsa tapi Suami Terchenta kata sure ramai orang kat sana. Main kat tepi rumah je la, walaupun takde gelanggang badminton kat kawasan rumah kiteorang tu. Yang ada gelanggang mini futsal dan gelanggang bola keranjang je. Takpelah janji ada kawasan lapang untuk dieorang bermain.

Aku bawak sebekas kuih untuk minum petang sambil tengok anak-beranak bermain badminton. Cuaca pulak redup, seronok pulak sekali-sekala minum petang di luar rumah 😄.


Khadeeja main badminton dengan Suami Terchenta

Pelbagai gaya nak pukul bulu tangkis

Kakak pulak bermain santai-santai aje

Lain kali kena ingat beli buku tangkis baru, barulah syok sikit bermain. Bila nak pergi bermain lagi tak tau la, tunggu datang mood lagi kot 😅. Kolam renang kat rumah ni pun dah lama tak pergi punyalah malas anak-anak dara kiteoran nak keluar rumah hihi.

Read more »
on Wednesday, July 17, 2024 12
Share this!
Tags
Daily Life, Family, Family Activities
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts
Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Welcome

Carneyz
Preview
Just Call Me Carneyz | From Sarawak and Staying in Kuala Lumpur | Lifestyle Blogger | Traveller Blogger | Mom of Two Lovely 'K' | Blogger since March 2004

Translate To Your Language

Total Pageviews

Featured post

I Is Tua But Bahagia!

Pages

  • About Me
  • PR Newswire

Live Traffic

Archive

Contact Form

Name

Email *

Message *

Intellifluence Trusted Blogger

Popular posts

  • Lirik Lagu Tiktok Viral 'Nan Ko Paham' (Kkz'D BLG)
    Jom petang-petang ni kita santai-santai dengar lagu viral tiktok ni. Lagu ni aku selalu dengar kat IG Reel (sebab takde akaun Tiktok), pastu...
  • Belajar Jadi Positif Dari Puan Masitah (@mashyta_oneandonly)
    Baru-baru ni aku terbaca tentang seorang wanita yang sangat positif dan redha dengan ujian yang Allah turunkan ke dalam hidupnya. Selepas te...
  • Hari Keluar Berjalan-jalan Dengan Mak
    Semalam aku ajak mak keluar. Kebetulan Khayla pun ada aktiviti ko-kurikulum dan turun awal ke sekolah so boleh la aku keluar bawak mak jala...

Blog Favourite

  • Antara Doha dan Jakarta™
    1 hour ago
  • Blog Begins At Forty
    8 hours ago
  • mulan@peace,love&harmony
    9 hours ago
  • Amie's Little Kitchen
    10 hours ago
  • KasihkuAmani
    10 hours ago
  • Hari hari yang ku lalui...
    13 hours ago
  • SURIA AMANDA
    14 hours ago
  • Alam Sari Di Tanah Jauhar
    15 hours ago
  • .: ceritera Kehidupan :.
    15 hours ago
  • .:: My Life & My Loves ::.
    15 hours ago
  • a m m i
    16 hours ago
  • Hidup Itu Indah
    17 hours ago
  • LIFE WITH LOVE
    17 hours ago
  • Anies♥You
    18 hours ago
  • Syazni Rahim Blog
    20 hours ago
  • orangbukit
    20 hours ago
  • Travel My Way
    20 hours ago
  • My Small World
    20 hours ago
  • Aku Sis Lin
    21 hours ago
  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    21 hours ago
  • ABAM KIE : The Man of The House
    22 hours ago
  • KakmimDotCom
    23 hours ago
  • Miles of smiles
    23 hours ago
  • Drawing the Words
    1 day ago
  • mrhanafi.com
    1 day ago
  • Titian Perjalanan
    1 day ago
  • anajingga
    1 day ago
  • Blog Anamizu™
    1 day ago
  • Mreneyoo
    3 days ago
  • Warisan Petani
    3 days ago
  • Krabat Kramat
    4 days ago
  • fizacrochet | Lifestyle Blogger Dengan Pelbagai Cerita
    6 days ago
  • Shuhaida Kabdy
    1 week ago
  • Afzan Sidi
    1 week ago
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    2 weeks ago
  • Dapur Cik- Nur
    3 weeks ago
  • Ainihalim
    4 weeks ago
  • Traveling – D'Cat Queen
    1 month ago
  • Inilah Shaizhar
    1 month ago
  • Ako Tetap Ako
    1 month ago
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    2 months ago
  • Blog Sal
    2 months ago
  • Sunah Sakura
    3 months ago
  • Asa Blog
    3 months ago
  • Kait dan Lari
    11 months ago
  • Stories About My Journey
    1 year ago
  • Sodep
    9 years ago
Show 5 Show All

Followers

Tags

Beauty & Fashion Cafe and Bakery Dining Family Activities Hotel Reviews International Lifestyle Malaysia Marriott Bonvoy Hotels Recipes Restaurant and Outlet Reviews Tips & Info Travel
Powered by Blogger.
Ⓒ 2018 Coffee Break With Me. Design created with by: Brand & Blogger. All rights reserved.