Salam 7 Ramadhan kawan-kawan,
Sekejap je dah seminggu kita berpuasa. Macamana puasa korang tahun ni? Masih lembik lagi atau dah mula bertenaga balik? 😂 Aku ni hari ke-4 baru badan mula adapt dengan puasa. Tapi plan nak ke gym tu masih dalam plan lagi haha. Bukan tak larat tapi tak sempat noqqq 🫣. Selalunya aku habis memasak pukul 6.30 petang, mana sempat nak tukar baju lepas tu nak turun ke gym, sebab pukul 7 petang confirm kena naik balik untuk mandi dan sediakan meja untuk berbuka puasa. Jadi selalunya aku buat home workout je la, ikut YouTube / video Apple Fitness+.
OK la hari ni nak cerita throwback 2 minggu sebelum puasa bermula. Kiteorang asalnya nak ke Perpustakaan KL sebab nak pulangkan buku perpustakaan tapi lupa pulak perpustakaan tutup Sabtu mingu pertama. Since kiteorang lalu bangunan Sultan Abdul Samad ni nak ke Perpustakaan KL, kiteorang nampak bangunan ni dah dibuka untuk pengunjung. Maka apa lagi, moh ler menyinggah 😄.
Masa kiteorang pergi ni, bangunan ni baru je dibuka semula kepada pengunjung selepas lebih setahun ditutup untuk kerja-kerja pemuliharaan (conservation & restoration). Kalau korang perasan, dulu warna batu-bata bangunan ni lebih gelap tapi sekarang ni lebih cerah. Pakai Q Puteh ke tu? 👀ðŸ¤
 |
| Gambar bangunan sebelum kerja-kerja pemuliharaan (sumber: https://rolkl.jwp.gov.my/) |
 |
| Gambar sekarang. Nampak lebih ceria |
Selain dari menempatkan galeri dan ruang pameran, bangunan Sultan Abdul Samad jugak ada kedai produk artisan macam Royal Selangor Gallery, visitor centre dan restoran serta kafe (KLCG, Gula Camca, Kaw-Kaw Malaya, dll.).
 |
| Galeri di tingkat bawah |
Kuala Lumpur City Gallery terletak di kedua-dua tingkat bangunan ni. Galeri ni dibuka percuma sampai hujung bulan Februari. Selepas Februari tak pasti la sama ada bayaran akan dikenakan kepada pelancong asing je atau semua pengunjung. Jadi kalau korang ada plan nak ke sini, digalakkan datang ke sini sebelum hujung bulan ni.
Dalam galeri ni ada pameran tentang sejarah penubuhan Kuala Lumpur. Macam bandar-bandar yang lain, KL bermula dari sebuah petempatan kampung di pertemuan Sungai Klang dan Sungai Gombak. Nama Kuala Lumpur berasal dari "kuala berlumpur" merujuk kepada kedudukannya yang terletak antara dua sungai ni. Diasaskan oleh Raja Abdullah pada tahun 1857, Kuala Lumpur yang bermula dengan aktiviti perlombongan bijih timah kemudiannya menjadi tarikan pelbagai lapisan masyarakat yang berbilang kaum sehingga digelar sebagai "melting pot of cultures". Kapitan Yap Ah Loi pulak bertanggungjawab membangunkan Kuala Lumpur sebagai pusat perdagangan yang menarik perdagangan bukan setakat di Asia, malah ke Eropah dan Amerika. Kuala Lumpur semakin terkenal di mata dunia dengan penubuhan Menara Berkembar PETRONAS pada tahun 1996.
 |
| Asal-usul Kuala Lumpur ialah sebuah kampung pelombong bijih timah |
 |
| KL satu masa dulu... |
 |
| Galeri yang penuh informatif ni memaparkan maklumat-maklumat tentang sejarah penting yang berlaku di Kuala Lumpur yang membentuk bandaraya KL sekarang ni |
 |
| Kuala Lumpur dibangunkan oleh bukan je bangsa Melayu, tapi juga bangsa Cina, India dan Eropah. Mungkin sebab tu mendapat jolokan "melting pot of cultures" |
 |
| Miniature city - replika bandaraya Kuala Lumpur. Bangunan kondo kiteorang tak masuk lagi dalam replika ni haha |
 |
| Ada pameran replika bangunan-bangunan ikonik di KL jugak beserta firma arkitek yang merekabentuk bangunan. Cuba teka bangunan paling kanan tu bangunan apa? 🤠|
 |
| Kebanyakan hasil senibina miniatur ni dibuat oleh ARCH Malaysia. Korang kena tengok kat dalam bangunan miniatur Sultan Abdul Samad ni sebab detailed sangat hasil kerja dieorang (aku lupa nak ambik gambar huhu) |
Sebagai warga KL dan rakyat Malaysia, haruslah aku bangga nak bagitau aku dah sampai ke sini untuk menunjukkan sokongan kepada usaha Khazanah Nasional Berhad dalam menjadikan bangunan Sultan Abdul Samad ni sebagai salah satu tarikan pelancong di Malaysia! Apa lagi tahun ni ialah tahun melawat Malaysia. Selain dari belajar dan menghargai sejarah negara kita sendiri, boleh jugak singgah bagi sokongan dekat F&B outlet di sini. Tapi masa kiteorang singgah sini, memang penuh la semua restoran dan kafe sampai kena beratur! Kiteorang yang bukan FOMO ni tak gigih nak beratur jadi datang sini semata-mata nak tengok pameran di KL City Gallery je selain dari menghayati kecantikan binaan Sultan Abdul Samad selepas dibuka semula. Bangunan ni tersangat-sangat cantik, kalau nak ber OOTD kat sini pun sesuai sangat! 😄
 |
| Kecantikan senibina bangunan Sultan Abdul Samad |
1 Comments
plan nak berjalan atas walking pad lepas siap masak pun tinggal harapan je. lepas masak dah nak buat blog post lepas tu campur malas lagi memang takde la nak excercise. hahaha. menarik jugak pameran dalam tu ye.
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .