Salam Selasa semua,
Rasanya masih belum terlambat untuk aku ucapkan 'Selamat Hari Ibu' buat semua yang bergelar ibu / ummi / emak / mama / bonda 😊. Pengorbanan seorang ibu dari mengandung sampai la membesarkan dan mendidik anak-anak cukup besar dan takkan dapat terbalas jasanya.
Dan... menjadi seorang ibu ialah satu rahmat yang tak terhingga.
Kenapa aku kata menjadi ibu ialah satu rahmat? Sebab tak semua wanita direzekikan dengan zuriat dari rahim sendiri. Ada yang senang 'lekat' rezeki anak, ada yang terpaksa berhabis wang ringgit untuk rawatan kesuburan sebelum dapat bergelar ibu dan ada jugak yang masih lagi berjuang untuk mendapatkan dua garis.
Ambik contoh aku dan mak aku la. Mak aku ada ramai anak - lima orang yang masih hidup dan seorang anak syurga (premature baby dan meninggal dunia tak lama selepas lahir). Boleh dikatakan jarak umur kiteorang adik-beradik pun dekat-dekat (beza setahun atau dua tahun je).
Aku pulak, alhamdulillah Allah bagi aku rezeki anak jugak. Bezanya aku dan Suami Terchenta kena bersabar, berdoa dan berusaha berubat dulu barulah aku dapat mengandung. Tu pun kandungan pertama cuma bertahan 3 bulan sebelum gugur. 2 tahun kemudian, barulah lahir Khayla, diikuti Khadeeja. Lepas Khadeeja, aku beberapa kali mengandung dan keguguran lagi. Tapi aku tetap bersyukur sebab kalau ikutkan tak semua wanita yang menghidap PCOS macam aku dapat mengandung.
My first moment dalam perjalanan bergelar seorang ibu ialah aku pernah bermimpi didatangi oleh dua orang budak perempuan yang comel memakai baju sedondon setahun sebelum aku pregnant kan Khayla. Dalam mimpi tu, dieorang pegang tangan aku dan ajak bergambar. Lebih kurang macam ni la kiteorang bergambar:
![]() |
Seorang duduk sebelah kiri dah seorang lagi duduk sebelah kanan aku |
Bila aku terjaga dari tidur, aku terus catat mimpi tu dalam diari (masa tu masih rajin menulis diari hihi). Setahun kemudian, aku mengandungkan Khayla. Masa aku pregnant, Suami Terchenta pulak bermimpi dia kat hospital sebab dalam mimpi tu aku dah melahirkan anak. Bila dia pergi tengok baby, dia tengok anak kiteorang perempuan. Dua tahun selepas Khayla lahir, Khadeeja pulak lahir dan tarikh lahir dieorang pun 'sedondon'.
Sampai sekarang aku wonder sama ada mimpi-mimpi tu datang dari Allah atau kebetulan je. Wallahualam. Apapun, aku berterima kasih kepada Allah sebab bagi aku peluang menyambut Hari Ibu setiap tahun. Perjalanan aku menjadi seorang ibu adalah pengalaman yang sangat berharga. Kalau aku kena repeat moments mengandung, melahirkan dan menjaga dieorang masa kecik dulu - I would do it in a heartbeat! Sebab moments tu la yang buatkan aku jadi seorang ibu ♥️.
Lastly, alhamdulillah tahun ni berpeluang menyambut Hari Ibu dengan mak 🥰. Kebetulan 2 minggu lepas aku terjumpa tiket murah (pergi balik Bintulu-KL cuma RM139), terus aku belikan tiket untuk mak datang ke KL. Ni pun sebenarmya kiteorang baru balik dari Temerloh dan Kuantan bawak mak jalan-jalan sempena Hari Ibu sebab tu la lambat sikit nak wish Selamat Hari Ibu dekat kawan-kawan. Sibuk kita bawak mak berjimba di Pahang ðŸ¤.
Berbaloi rasa penat mengharung jem 5 jam nak balik ke KL semula malam tadi sebab mak kata dia enjoy sangat pergi ke Pekan Sehari Temerloh, lepak di Teluk Cempedak dan beriadah di Pantai Cherating. Minggu ni pun mungkin aku akan jarang-jarang update blog sebab nak bawak mak jalan-jalan di KL pulak.
Untuk kawan-kawan yang bergelar ibu - apa moment pertama korang yang paling tak boleh dilupakan? Cer kongsi di ruang komen 😉.
Orang kata apabila kita boleh terbayang samada dalam mimpi dan sebagainya, tentang masa depan itu dipanggil dejavu. Betulkan kalau saya salah ye.
ReplyDeleteSelamat Hari Ibu!
i plak lupa nak posing2 dgn my mom wpun i balik visit her dan kebetulan hari ibu kannn
ReplyDeleteMoga sihat ceria dan murah rezeki buat Carneyz dan semua ibu2.
ReplyDeleteSelamat hari ibu
ReplyDeleteSentiasaaa rinduuuu pd mak setiaphari