Salam Isnin kawan-kawan,
Hari terakhir dalam bulan November. Esok dah masuk our favourite month - Disember. Bulan kelahiran anak-anak dan jugak ulangtahun perkahwinan kiteorang 🥰. Cepatnya masa berlalu, tau-tau dah nak sampai ke penghujung tahun 2026! Semoga sempatlah aku menyiapkan semua entry untuk tahun 2026 sebelum tahun ni melabuhkan tirainya hihi.
Kisah campak ke belakang lagi. Bulan Oktober lepas, aku keluar berdua dengan Khadeeja ke MyTown. Kalau tak silap, Khayla ada praktis di sekolah sebab tu dia tak ikut. Suami Terchenta dah penat bekerja malam jadi dia malas nak keluar. Jadi la mother-daughter outing dengan anak bongsu.
Walaupun kedua-dua anak dara rapat dengan aku, si Khadeeja ni lebih manja dan masih lagi nak pegang tangan kalau jalan-jalan di luar. Si kakak dah segan dan cuma boleh pegang tangan dia waktu melintas jalan besar je 😅. Amboi, kemain ek. Tak ingat lettew masa kecik-kecik dulu selalu remind aku, "Hold Khayla's hand, Mommy!" walaupun tangan aku penuh dengan barang dan dukung si adik. Dah besar malu pulak nak berpegangan tangan dengan mak dia. Tapi dengan bapak, tak pulak. Kalau keluar, dua-dua sibuk bergayut dekat lengan kiri dan kanan Suami Terchenta. Tak kasi can langsung dengan mak dieorang ðŸ¤.
![]() |
| Baik pulak mood Khadeeja bila mak dia suruh posing depan patung kucing ni 😅 |
Dah penat menapak dalam mall sambil cuci mata (tak beli apa-apa pun sebab takde yang menarik), kiteorang singgah makan di Ume Tei dalam BookXcess sebab Khadeeja nak makan makanan Jepun. Dah beberapa kali makan di Ume Tei ni sejak adik aku belanja makan di sini. Aku suka sebab harganya berpatutan tapi portion boleh tahan besar dan sashimi kat sini potongannya tebal dan ikannya segar.
![]() |
| Aku pesan set tempura (RM38) dengan sashimi moriwase (RM35) untuk kiteorang share |
![]() |
| Khadeeja pesan set udon (RM20) |
![]() |
| Set tu datang sekali dengan temaki crab roll ni |
![]() |
| Untuk dessert, kiteorang pilih ichigo daifuku (strawberry mochi), kalau tak silap dalam RM12-RM15 macam tu. |
Set kiteorang datang sekali dengan minuman teh hijau (Japanese green tea).
Makanan kat sini sedap tapi yang tak syoknya dalam BookXcess sebelah restoran ni, ada piano yang sesiapa je boleh main. Masa kiteorang tengah makan, ada la seorang hamba Allah yang bermain piano di situ. Kalau pandai main piano takpelah jugak, jadi halwa telinga. Ni dah la sumbang, kuat, lama pulak tu! Hawau jadinya! 😂 Aku dan Khadeeja mampu gelak je sambil cepat-cepat habiskan makanan sebab dah tak tahan bingit telinga kiteorang. Sabar je la...
Alhamdulillah, kenyang sampai ke malam. Nanti nak cari masa dating dengan Miss Khayla pulak. Sebagai mak anak dua orang je, kenalah berlaku adil dan saksama ðŸ¤.
![]() |
| Dengan Khadeeja; buah hati pengarang jantung, teman berborak dan bergaduh pun ye jugak... |






0 Comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .