Jalan-jalan di pasar Ramadhan Mukah
Memandangkan aku akan balik kampung hujung minggu ni, aku amik peluang ni untuk mengambil gambar pemandangan di Mukah. Mukah ialah sebuah bandar yang majoriti penduduknya berbangsa Melanau. Malah Ketua Menteri Sarawak berasal dari Mukah. Hampir setiap bangunan di sini i.e. bangunan pentadbiran (Menara Pehin), masjid baru, stesen bas, pasar tamu, etc. mempunyai rekabentuk seperti 'terandak' iaitu topi yang dipakai oleh orang Melanau suatu masa dulu. Topi ni berbentuk kon dan mempunyai corak yang menarik:
Source: sarawakhandicraft.com

Petang hari kedua, aku mengikut mak saudara ke pasar Ramadhan di pasar tamu Mukah. Bermacam-macam jenis kuih yang menarik terdapat di sini
.Tapi aku tak amik semua la sebab dieorang hairan tengok aku asyik snap gambar je, bukan beli pun!
:




Kuih celorot, kuih tradisional di Sarawak. My faveret 


Pasar tamu Mukah ni terletak bersebelahan dengan stesen bas Mukah. Aku tak sempat amik gambar stesen bas ni tapi aku amik gambar bas je. Korang kat sana asyik merungut pasal perkhidmatan bas tak de aircond la, buruk la dsb tapi orang kat sini rilek je naik bas apa saja pun asalkan selamat sampai. Kadar kemalangan di Sarawak melibatkan kenderaan awam pun amat sedikit. Yalah, nak pandu lelaju camane, bukan ada highway pun:

Next entry aku citer pulak pasal aktiviti aku mengemas & decorate rumah mak saudara aku sebab aku boring & tak tau nak buat apa. Hehe. Aku nak amik gambar sebelum dan selepas tapi terlupa nak amik gambar sebelum tu. So, tengok je la hasilnya lepas 2 hari menyapu, mengemop & mengalihkan perabot sesuka hati aku! 
0 Comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .