Beli Makeup Jenama Time Phoria di Watsons

Throwback kisah bulan September. Aku singgah ke Watsons nak beli cushion foundation baru sebab cushion foundation jenama Skintific yang aku pakai dan beli di Watsons jugak dah habis. 

Asalnya aku nak beli refill Skintific jugak (dah check kat apps takde promo), tapi takde stok pulak yang aku nak tu. Hmm. Lepas tu ada seorang sales assistant ni ajak aku test makeup jenama Time Phoria. Adik ni pandai sangat buat sales last-last aku terbeli dua benda yang lain jugak - lipstick dan skin tint stick 🤭. 


Cushion foundation, lipstick dan skin tint stick. Dapat free gift tempat gantung lipstick boleh sangkut dekat handbag.

 
Lepas unboxing.

Skin tint ni sebenarnya foundation stick tapi versi ringan je. Sesuai pakai kalau malas nak pakai bedak muka atau setakat nak pergi kedai runcit atau pergi makan kat luar sekejap

Lepas balik rumah, barulah aku Google jenama Time Phoria ni. Sama jugak macam jenama Skintific, Time Phoria ialah jenama kosmetik berasal dari China. Dipasarkan sebagai kosmetik 'vegan' dan 'cruelty-free', dan berkonsepkan futuristik dengan packaging berwarna logam metallic.

The good thing pasal barangan kosmetik dari negara Asia ialah produk dieorang lebih sesuai untuk kulit orang Asia compare dengan jenama kosmetik dari Eropah atau US. 

Dekat gambar ni aku guna lipstick Time Phoria masa keluar makan dengan Khadeeja di MyTown. Lipstick dia actually glossy tapi bila dah makan dan minum hilanglah kilat tu. Aku pakai cushion foundation Time Phoria jugak masa ni, herlok je tutup pori bagi nampak la peloles sikit hihi. Abaikan dahi yang berminyak tu, paham2 je la bila ambik gambar guna ipong memang tak menipu takde nya nak bagi filter peloles macam kamera smartphone yang lain 🤭.


Setakat keluar makan jadi tepek la bedak muka dengan gincu kat bibir dah siap!

So far, aku berpuas hati pakai makeup dari jenama Time Phoria ni terutama lipstick dia sebab zero-transfer (tak meninggalkan kesan di gelas / botol air bila aku minum). Cuma nak tanggalkan je renyah sikit sebab kena guna makeup remover wipe tissues beli kat Mr DIY baru hilang. Aku guna micellar water bubuh atas cotton pad pun belum tentu tanggal sepenuhnya.

Post a Comment

0 Comments