Salam Jumaat kawan-kawan,
Minggu lepas aku bawak anak-anak makan tengahari di Sunway Putra Mall memandangkan dieorang tengah cuti bergilir SPM. Lepas makan, kiteorang pun jalan-jalan cuci mata dekat mall. Ternampak ada pop up event dekat ground floor. Marilah kita singgah tengok apa yang menarik di sini.
![]() |
| Macam-macam produk kecantikan yang dijual di Guardian ada di sini |
![]() |
| Ada bahagian skin & health check jugak, tapi tak sure dieorang analisa kesihatan kulit tu macamana |
![]() |
| Selain jenama yang dah terkenal, ada jugak jenama kosmetik yang trending dan emerging. Contohnya produk barenbliss (bnb) dari Korea dan tołpa.® dari Poland |
Yang best nya dekat event macam ni, ada macam-macam tawaran dan diskaun harga yang menarik:
![]() |
| Atas: Face mask Hado Labo dijual dengan diskaun 50% Bawah: Produk Skintific pun ada diskaun 30% - 50%. |
End up aku beli 3 keping face mask Hado Labo sebab sekarang ni muka aku agak kering sampai kerap breakout dekat tepi rahang dan bawah dagu. Tak tau la sebab perubahan cuaca ke, perubahan hormon ke, kurang minum air ke. Eh, macam-macam la punca. Apapun harap mask ni membantu melembapkan kulit aku.
![]() |
| Face mask Hado Labo |







0 Comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .