Salam semua!

Fuhhh... finally long overdue story. Bukan apa, banyak sangat gambar dari galeri gambar aku dan kawan-kawan dan akhirnya aku pun berjaya shortlist gambar-gambar untuk entry kali ni hehe. Lepas pilih gambar kena pulak buat sedikit research tempat-tempat yang kiteorang pergi tu untuk diolah menjadi sebuah blog entry yang menarik 🤭.  Sebab tu ambik masa sikit untuk publish entry kali ni hihi.

Sambungan dari siri jalan-jalan ke Eropah musim panas 2025:


Apalah maknanya makan angin kalau tak ambik gambar wefie banyak-banyak? 😜

Day 4 - Paddington. Oxford. Oxford Street.

Hari ke-3 di UK, kiteorang bersiar-siar di bandar Oxford yang terletak di luar kota London. Plan asal, Aini join kiteorang sekali dan drive ke sana. Tapi since member tu baru dapat kerja baru, jadi kiteorang tukar plan naik tren GWR ke Oxford. Harga tiket tren pergi-balik lebih kurang RM150 seorang, kiteorang beli dekat Trip.com. British pound kan. Bak kata Anies, jalan-jalan di UK memang best cuma currency je tak best haha.

Paddington

Tren ni bertolak dari Paddington Station jadi pagi tu kiteorang decide nak cari sarapan sekitar Paddington.


Paddington, London
 
The Wild Table of Love terletak berhampiran Paddington Station

Mula-mula kiteorang ingat nak bersarapan di kafe Treelogy tak jauh dari Paddington Station:


Treelogy Coffee

Tapi sayangnya kafe ni penuh pulak. Jadi kiteorang pun tukar plan dan patah balik ke Paddington Station. Kebetulan terjumpa Market Halls iaitu food hall (kalau kat Malaysia kita panggil food court la, sebab ada banyak gerai makanan dan tempat duduk dalam Market Halls). Kiteorang akhirnya beli sarapan di Farm Girl. Aku ambik macchiato dan pancake. Tapi seriously, macchiato dia tak sedap haha. Pancake pun nampak macam frozen pancake masak dalam oven. Emm... tak berbaloi. Tak payah datang sini ye guys hehe.


Sarapan pagi di Farm Girl

Lepas sarapan,  kiteorang jalan-jalan dalam stesen Paddington sementara menunggu pukul 9.52 pagi iaitu waktu tren bertolak. Stesen ni terkenal dengan statue Beruang Paddington, salah satu ikon terkenal Britain. Peminat Beruang Paddington pasti tak melepaskan peluang bergambar dengan statue Paddington Bear dalam stesen ni dan jugak di kedai menjual cenderahati Beruang Paddington.


Paddington Station dan Beruang Paddington

Akhirnya tren kiteorang pun sampai. Tempat duduk kiteorang ialah di Coach B. Masa kiteorang naik, tren memang agak penuh. Nasib baik dah beli tiket awal-awal sebab dapat assigned seats. Kalau beli last minute, mungkin ada tempat duduk kosong tapi kena duduk terpisah. Harga pun lebih mahal.


Perjalanan menaiki tren dari London ke Oxford mengambil masa sejam

Oxford

Woohoo! Finally sampai jugak ke Oxford! Satu masa dulu aku pernah berangan-angan nak belajar di salah sebuah universiti terkemuka dan tertua di dunia ni. Tapiiiii… tinggal angan-angan je la 🤭. Tak pelah, kalau takde rezeki jadi pelajar kat sini, jadi pelancong pun boleh 😂. 


Sekitar bandar Oxford

Dari stesen keretapi kiteorang berjalan kaki je ke bandar Oxford. Vibe di Oxford lain sangat dengan London tau. Kalau di London, suasananya moden dan sibuk, tapi suasana di Oxford lebih santai dengan bangunan-bangunan lama yang penuh dengan sejarah dari kurun ke-12 lagi. Kalau sampai ke Oxford, korang kena allocate sehari untuk meneroka Oxford sebab ada banyak tempat yang menarik. Ni antara tempat-tempat yang kiteorang kunjungi di Oxford:


1. Ashmolean Museum



Muzium milik Universiti Oxford ni dah dibuka dari tahun 1683 lagi dan terkenal sebagai muzium seni dan arkeologi dari pelbagai tamadun dunia. Antara koleksi yang dipamerkan dalam Ashmolean Museum ialah Alfred Jewel , mumia dari Mesir dan lukisan-lukisan seni dari zaman silam.


Antara koleksi yang dipamerkan di Ashmolean Museum

Kalau korang terfikir, kiteorang ni peminat sejarah ke, banyak nau muzium kiteorang redah dekat UK 🤭. Sebenarnya takde la minat sangat, tapi sebab masuk ke muzium di UK percuma je, jadi kiteorang pun masukkan muzium dalam aktiviti kiteorang ke mana-mana kiteorang pergi 😅. Tapi not bad la, sebab muzium dekat sana banyak patron (penyumbang dana), jadi muziumnya dijaga dengan baik dengan kemudahan yang moden. Mungkin Muzium Negara pun kena ada patronage program kot untuk upgrade jadi muzium interaktif macam Muzium Budaya Borneo di Kuching? Barulah nampak muzium kita setanding dengan muzium di luar negara 😄. Just my two cents.


2. History of Science Museum

Muzium History of Science yang terletak di tengah-tengah bandar Oxford ni menyimpan pelbagai instrumen dan peralatan saintifik dari Zaman Pertengahan hingga ke abad ke-19. Ianya ialah bangunan muzium awam yang tertua di dunia, dan bangunannya juga dikenali sebagai Old Ashmolean Building untuk membezakannya dengan bangunan Ashmolean Museum yang dibina pada tahun 1894.

Pameran yang paling popular di muzium ni ialah Einstein’s Blackboard. Semasa Einstein dijemput mengajar di Universiti Oxford, beliau telah menulis formula untuk menerangkan tentang “General Theory of Relativity” di atas sebuah papan tulis. Papan tulis tu la satu-satunya seumpamanya yang dikenali di dunia yang mempunyai kedua-dua notasi saintifik dan tandatangan Albert Einstein, sentuhan peribadi daripada salah seorang tokoh saintis terhebat dalam sejarah.


Einstein's Blackboard memaparkan formula "General Theory of Relativity" ditulis sendiri oleh saintis terkemuka, Albert Einstein


3. Sheldonian Theatre dan Clarendon Building

Kiteorang tak masuk bangunan-bangunan ni, sekadar ambik gambar dari luar je. Sheldonian Theatre ialah bangunan milik Universiti Oxford dan selalu digunakan untuk acara rasmi Universiti Oxford seperti majlis graduasi, syarahan akademik percuma iaitu Romanes Lectures yang diadakan setiap tahun dan persembahan muzik.

Pelancong boleh melawat bangunan ni tapi dikenakan bayaran antara £8 (self-tour) - £14 (guided tour). Memandangkan kena bayar, kiteorang pun skip lawatan ke Sheldonian Theatre ni.


Sheldonian Theatre

Bersebelahan dengan bangunan Sheldonian Theatre pulak ialah bangunan Clarendon. Asalnya digunakan untuk percetakan buku-buku ilmiah yang digunakan oleh Universiti Oxford, tapi sekarang ni menempatkan bahagian pentadbiran universiti termasuk pejabat pendaftar dan bahagian kewangan universiti.  Memandangkan Clarendon ialah bangunan pejabat, orang awam tak dibenarkan masuk jadi cuma boleh ambik gambar dari bahagian luar je. Bahagian luar bangunan ni seakan-akan British Museum dengan tiang-tiang besarnya dan warna bangunan pun seakan-akan sama. 


Clarendon Building


4. Martyrs' Memorial

Terletak di tengah-tengah bandar Oxford, monumen ni dibina sempena memperingati paderi-paderi Protestant yang dihukum bunuh dengan cara dibakar hidup-hidup oleh wakil Vatican.

Mengikut sejarah yang aku baca dari Wikipedia, England suatu masa dulu berpecah dari gereja Roman Katolik dan menubuhkan gereja England atas arahan Raja Henry ke-VIII, yang melantik dirinya sendiri sebagai ketua tertinggi gereja England dan tak lagi mengiktiraf kuasa dan undang-undang gereja Katolik. Disebabkan tu, wakil Vatican telah memutuskan hubungan dengan Raja Henry ke-VIII dan memerintahkan hukuman bakar hidup-hidup ke atas pengasas-pengasas gereja England atas tuduhan menyebarkan ajaran sesat.


Martyrs' Memorial


5. Hertford Bridge / Bridge of Sighs

Diinsipirasikan dari Bridge of Sighs di Venice, Italy, Hertford Bridge ni ialah laluan jambatan melengkung yang menghubungkan dua bangunan Hertford College di atas New College Lane. Jambatan ni dibina pada tahun 1914 dan menjadi salah satu tumpuan pelancong yang tertarik dengan kecantikan seni bina jambatan ni.


Hertford Bridge (Bridge of Sighs, Oxford)

6. Christ Church College

Christ Church College ialah highlight lawatan kiteorang ke Oxford. Kolej ni ialah kolej yang paling terkenal di Universiti Oxford atas beberapa sebab - pertama; reka bina bangunan-bangunannya yang ikonik dan cantik, kedua; ianya menempatkan kolej dan juga gereja besar (cathedral), ketiga; seramai 13 Perdana Menteri Britain dan ramai lagi pemimpin dunia adalah bekas pelajar kolej ni dan keempat; struktur tradisional bangunan-bangunan kolej menjadi lokasi penggambaran filem-filem terkenal seperti Harry Potter, The Golden Compass dan yang terbaru, My Oxford Year gandingan Sofia Carson dan Corey Mylchreest.

OK la, aku jujur ye, kiteorang ke sini sebab kiteorang peminat Harry Potter. Sekian. Hehe.


Christ Church College dari luar

Bayaran yang dikenakan untuk self-guided tour ialah sebanyak £18 seorang (harga tiket berubah setiap bulan, bergantung dengan tourist crowd agaknya). Pelawat akan diberikan multimedia guide untuk mendengar penerangan tentang setiap bahagian dalam bangunan kolej ni (tapi tak semua tempat boleh masuk, contohnya bangunan kediaman pelajar dan bangunan kelas. Manakala dewan makannya pulak ditutup pada waktu makan pelajar dan akan dibuka untuk lawatan di luar waktu makan).


Christ Church College dibina pada tahun 1546 - lama tu! Bayangkan bangunan-bangunan ni dah wujud beratus-ratus tahun dulu.

Sebelah kiri - Tom Tower iaitu menara loceng yang dibina oleh arkitek terkemuka, Christopher Wren pada tahun 1681-1682. Ianya dinamakan Tom Tower sempena nama locengnya, iaitu Great Tom. Setiap malam, loceng dari Tom Tower akan dibunyikan sebanyak 101 kali untuk 101 cendekiawan asal dari kolej Christ Church 

Peminat Harry Potter mestilah tak melepaskan peluang bergambar di beberapa lokasi dalam Christ Church College, antaranya ialah di Bodley Staircase dengan siling bercirikan Gothic ni dan dewan makan Oxford yang menjadi lokasi dewan makan di Hogwarts.


Bodley Staircase yang digunakan sebagai lokasi Great Hall of Hogwarts School of Witchcraft and Wizardry dalam filem Harry Potter

Dewan makan di Christ Church College ni dijadikan set penggambaran untuk scene di dewan makan Hogwarts School of Witchcraft & Wizardry

Christ Church Cathedral

7. Shopping Street di Oxford

Dari Malaysia menjejakkan kaki ke Oxford, wajib la bawak balik cenderahati. Dekat sini ada banyak kedai yang menjual barangan Oxford University. Aku beli dua helai hoodie berharga £9.99 sehelai untuk anak-anak buat kenangan dan jugak sebagai inspirasi untuk dieorang. Mana la tau, bukan rezeki aku untuk menjejakkan kaki ke Oxford University, tapi rezeki anak-anak ke. Ameen YRA!


Antara cenderahati yang dijual di kedai barangan Oxford University

Aku dan Susan beli poskad untuk diposkan ke Malaysia. Ambik masa 2 bulan jugak la baru sampai hehe


8. Covered Market Oxford

Kiteorang singgah makan tengahari di sini. Bangunan pasar berbumbung ni dah berusia lebih dari 250 tahun! Dalamnya ada banyak kedai-kedai makan dan menjual pelbagai barangan cenderahati.


Oxford Covered Market

Singgah menikmati margherita pizza di Sartorelli. Sedap sangat sebab dieorang guna roti sourdough

Sebelum balik ke London, sempat singgah solat di Muslim Prayer Room di bangunan Robert Hooke. Sementara menunggu aku solat, kawan-kawan aku plan nak singgah masuk ke Oxford Museum of Natural History bersebelahan dengan Muslim Prayer Room, tapi sayangnya dah tutup pulak.

Sebenarnya nak masuk Muslim Prayer Room ni kena ada access card. Kebetulan masa aku nak masuk tu, ada student yang nak masuk jugak, jadi alhamdulillah dapat la aku menunaikan solat di situ. Kalau tak aku kena cari mana-mana tempat tersorok sikit nak solat.

Selesai solat, kiteorang pun bergerak ke stesen keretapi untuk balik ke London. Sesampainya di London, kiteorang singgah balik di kedai Paddington sebab ingat nak beli keychain Paddington untuk anak-anak. Malangnya dieorang kata keychain tu dieorang dah tak jual. Kelakar jugak sebab pagi tu elok je bergantungan dekat display tapi masa tu kiteorang ingat nak beli lepas balik dari Oxford. Mungkin ada isu dengan stok tu kot. Akhirnya kiteorang beli jugak keychain tu tapi dari kedai lain. Harga pun lebih murah dari official store Paddington. Murah pun lepas convert ke RM, berpeluh jugak nak bayar hehe.

Next stop, kiteorang singgah makan malam di Kendal Kitchen.


Ada 50% diskaun bila book dekat apps TheFork


Lepas makan malam, kiteorang pergi ke Oxford Street. Ingatkan nak jalan-jalan menikmati suasana waktu malam di sini tapi memandangkan dah lewat, jadi tak de apa-apa yang menarik pun. Jalan pun dah lengang sebab kedai semua dah tutup. Ingatkan kawasan ni macam Bukit Bintang di KL sebelah malam, walaupun dah tengah malam masih lagi meriah. Rupa-rupanya tak ye hehe.


Oxford Street, London

With that, we were done with day 3. Esoknya ialah hari terakhir kiteorang di London sebelum bertolak ke Paris. Walaupun penat tapi seronok berjalan-jalan sekitar London dan Oxford. Sepanjang kiteorang di London cuaca tak berapa panas sangat, jadi kiteorang sedikit skeptical bila Aini kata London panas giler haha. Sampai la kiteorang tiba di Paris... barulah kiteorang betul-betul merasa suasana musim panas yang sebenar 😅.


OOTD hari ke-3 di UK

16 comments:

  1. Dapat juga tgk negara org melalui post carneyz ni...kaki belum dapat melangkah ke sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah, kalau ada rezeki sampai ke sana boleh la sis baca entry ni utk rujukan 😄

      Delete
  2. Memang kalo nak tulis cerita traveling itu takes time sangat. Edit foto, pilih2 mana yg bagus untuk cerita, belum lagi buat cerita nya 🤣. Makanya saya pun lamaaa selesai kalo nak tulis traveling.

    Raka yg nak sangat ke UK, lebih tepatnya ke Liverpool. Tempat lain tak nak hahahah. Saya ikut saja.. karena saya lebih suka eropa timur sebenarnya.

    Aiiih sayangnya tak jadi sarapan di treelogy. Dapat ganti yg tak sedap pula ..lihat aneka pastry di treelogy bener2 drooling 😄🤤.

    Kalo museum2 sejarah di sana free, saya pasti masuk juga 😍😍😍. Sukaaaa liat aneka sejarah begini. Apalagi kalo penjelasannya lengkap. Bisa untuk 1 postingan detil saja 😄.

    Ngeri kalau zaman dulu yaaa. Pemuka agama yg dianggab tak sesuai dengan agama resmi negara, langsung main bakar saja. 😔. Dah macam wanita2 zaman itu yg dianggab penyihir.

    Harry Potter nih saya sukaa bukunya, tp memang tak nonton filmnya 😅😅. Jadi tak ingat samasekali adegan2 di movie hahahah. Ntahlah kenapa tak suka movie nya. Dari dulu kalo suatu movie diadaptasi dari buku, pasti saya lebih suka bukunya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, lagi2 tempat yang banyak sejarah. Kalau tak masukkan gambar & sejarahnya rasa tak lengkap pulak 😅 Jalan2 di Oxford mmg menarik tapi kalau ke UK lagi saya akan ke tempat lain pulak contohnya Edinburgh utk lihat bangunan bersejarah di sana 😄

      Delete
  3. Penuh info setiap tempat.
    Nasib baik dapat solat di Muslim Prayer Room.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah saya dah hampir putus asa tapi tiba-tiba ada student nak masuk jadi saya pun tanya boleh tak saya nak masuk sekali untuk solat, dan dia pun pelawa saya masuk sekali.

      Delete
  4. tringat jln2 kt oxford street...lps tu geng gegurl shopping plak..ank2 tinggal kt geng bapa....museum tkde singgah dlu..tq for sharing...mcm2 info

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sporting geng2 bapa jaga anak2 sementara wife shopping hihi. Seronok jalan2 kat oxford street ni tapi mampu window shopping je la, pengsan nengok harga barang2 kat UK hehe. Tapi masuk primark ada jugak yg affordable.

      Delete
  5. Seronoknya carneyz bawak kami jalan- jalan..ntah bila la kami merasa nak pi tour eropah ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah mana tau ada rezeki SA boleh jalan2 ke sana 😄 kalau jalan2 belah2 eropah timur, harga tak keras sangat macam jalan2 dekat belah barat.

      Delete
  6. poskad tu dah siap ada setem ke mcm mana tu?

    patut laa familiar...rupanya lokasi shooting harry potter rupanya...

    senibina kat sana mmg jelas sgt 'english'nya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Idok ehhh kena beli hehehe. Tapi kedai jual poskad tu ada jual setem jugak. Dalam 20p klu tak silap. Best jalan2 dekat Oxford sbb suasana santai & banyak bangunan2 bersejarah

      Delete
  7. cantik la gmbr ur OOTD tu! i pernah sampai oxford masa mula2 i fly to notts (2007-2008)---berbelas tahun sudaaaa tapi bangunan2 tu maintain gitu jer...classic design

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, dekat2 20 tahun dah tu MZ, tapi bangunan kat sana maintain je kan. Suka suasana kat situ, santai je.

      Delete
  8. Carneyz....bestnya semua tempat2 yang dilawati tu. Suka tengok hiasan bumbung Gothic dan tempat makan Harry Potter tu. Pizza Margherita tu menyelerakan dan gebu la nampaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu sis Ezna. Oxford ni lawa sangat dan kaya dgn bangunan bersejarah. Kalau ada kesempatan ke UK, boleh la bawak Dania datang ke sini mana tau terbuka hati nak sambung Masters dekat Oxford ke hehe

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .