Salam Khamis kawan-kawan!
I'm back! Ada yang rindu tak? Hehe. Sebenarnya hari Selasa lepas dah sampai rumah tapi biasalah sokseksoksek unpacking, cuci baju kotor bawak balik blablabla last-last tangguh dulu la update blog ni. Setel kan dulu apa-apa yang patut disetel, barulah senang hati nak duduk ngadap laptop update tentang kisah cuti balik kampung ni.
Done celoteh, marilah meneruskan penceritaan kisah balik kampung ni. Kiteorang bertolak hari Selasa 2 Disember, naik Batik Air KUL-KCH pukul 7.20 pagi. Memandangkan flight awal pagi dan kiteorang akan berada di Sarawak selama seminggu, kiteorang pun buat perbandingan sama ada nak naik Grab dari rumah atau drive ke: 1. Putrajaya Sentral dan naik KLIA transit; 2. parking di LTCP (Long Term Car Park) KLIA.
Akhirnya kiteorang decide untuk drive sendiri ke parking LTCP di KLIA sebab itulah option yang paling murah dan senang (RM108). Kalau naik Grab, sehala je dah RM70+. Kalau park dekat Putrajaya Sentral Park & Ride (total 7 hari RM106), kena beli tiket KLIA transit pulak (tambah lagi RM20+). Dari LTCP, kiteorang naik bas perantara percuma ke bangunan terminal KLIA1 dan KLIA2.
Sampai di KLIA pukul 6 pagi dan kiteorang terus masuk ke balai berlepas untuk menunaikan solat Subuh dekat dalam departure hall. Selesai kewajipan, kiteorang sempat mengalas perut makan nasi lemak bungkus sebelum ke pintu perlepasan. Pukul 7 pagi, boarding dan berlepas.
Dalam Batik Air tak disediakan makanan kecuali untuk penumpang yang dah membuat tempahan makanan. Memandangkan kiteorang memang plan nak tidur sepanjang flight, jadi takde la beli makanan dan tak boleh la review makanan Batik Air 😅.
![]() |
| The journey begins! |
Flight kiteorang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching on time. Setakat ni aku berpuas hati naik Batik Air Malaysia sebab selalu on time, jarang-jarang la delayed. Selepas melalui pemeriksaan imigresen, kiteorang tunggu suami sepupu aku datang hantar kereta. Kebetulan suami sepupu tu pun nak travel esoknya, jadi dia bagi je kiteorang guna kereta dia untuk jalan-jalan di Kuching dan bawak balik ke kampung Suami Terchenta di Samarahan sampai dia pulang dari outstation.
Destinasi pertama kiteorang sepatutnya ialah ke Sepinang Sari Cafe & Restaurant untuk mee sapi Haji Salleh, tapi masa nak set Waze ke sana, rupa-rupanya kafe tu tutup setiap hari Selasa! Lorhhh... Lupa nak check part yang tu. Takpelah, kita set lokasi ke Mom's Laksa je la pagi tu, esoknya baru la sarapan mee sapi Haji Salleh. No hal punyalah!
Destinasi #1: Kafe Mom's Laksa
![]() |
| Mom's Laksa |
Dah lama aku tak jejak kaki ke Mom's Laksa. Rupa-rupanya dah banyak berubah! Dah ada kuih, dessert dan pastri!
![]() |
| Mata anak-anak terus bersinar-sinar tengok pelbagai jenis pastri dan kuih di Mom's Laksa |
Kafe Mom's Laksa ni memang tak asing lagi di kalangan orang Kuching dan jugak pelancong. Yang pasti, kalau ke sini jangan lupa memesan hidangan popular di sini iaitu laksa Sarawak dan jugak nasi aruk ikan terubok masin. Portion kedua-dua hidangan ni agak besar bagi aku. Aku suka kuah laksanya yang pekat dan sambal laksa pun sedap jugak. Kalau ada daun ketumbar, then perfect la laksa tu bagi aku (tapi laksa kat sini takde letak hirisan daun ketumbar, mungkin sebab daun ketumbar susah nak dapat dekat Sarawak).
![]() |
| Nasi aruk ikan terubok masin dan laksa Sarawak |
Destinasi #2: Borneo Cultures Museum
![]() |
| Borneo Cultures Museum |
Kiteorang dah berjanji dengan Khayla sebelum ni yang kiteorang akan bawak dieorang ke Borneo Cultures Museum sebab kali pertama pergi dulu, dieorang tak sempat habis melawat ke semua pameran dalam muzium (muzium tutup pukul 5 petang dan kiteorang pulak sampai pukul 3 petang masa tu). Kalau ke sini, korang wajib allocate setengah hari dalam muzium ni je sebab muzium ni ada 5 tingkat! Dah la besar, setiap pameran tu pulak interaktif jadi pengunjung bukan setakat baca penerangan yang terpampang tapi boleh dengar audio, tengok wayang dan berinteraksi dengan pameran yang menggunakan teknologi sensor. Kalau bawak budak-budak, memang dieorang akan seronok belajar sejarah tentang Borneo di sini sebab boleh tengok, pegang, dengar dan berinteraksi.
Memandangkan aku dah pernah pergi ke British Museum, Natural History Museum di London dan Van Gogh Museum di Amsterdam, aku boleh katakan Borneo Cultures Museum ni setanding atau mungkin lebih canggih dari muzium kat luar negara 😄. Walaupun korang mungkin bukan peminat muzium, tapi pendapat aku, korang pun akan rasa Borneo Cultures Museum ni menarik untuk dilawati. Boleh baca lebih lanjut tentang muzium ni dekat entry aku sebelum ni.
![]() |
| Antara replika asal / tiruan yang dipamerkan di Borneo Cultures Museum. Tengkorak manusia (gambar atas hujung kanan) tu kalau tak silap, tengkorak sebenar ye. |
Destinasi #3: Top Spot Seafood Food Court
Selesai jalan-jalan di Borneo Cultures Museum, kiteorang check in di hotel Pullman. Malam tu pulak aku dah berjanji dengan adik dan sepupu-sepupu aku untuk makan malam di Top Spot.
Top Spot terletak di tingkat 6 bangunan UTC Kuching. Dari hotel Pullman, kiteorang berjalan kaki je sebab jaraknya tak sampai 5 minit dah sampai. Tempat ni popular dengan pelbagai gerai menjual makanan laut segar dan makanan yang terkenal di Sarawak seperti sayur midin belacan, oyster omelette, linut, ayam pansuh dan lain-lain lagi.
Total semuanya RM289.30. Not bad la. Minuman pulak aku tak tau berapa sebab sepupu aku yang belanja.
![]() |
| Aku dan sepupu-sepupu (muka pun dah dekat-dekat seiras kan? 😅) |
![]() |
| Happy tummy, happy family hihi. Alhamdulillah licin semua yang dipesan, rasa tak membazir bila semua makanan habis dimakan |
Alhamdulillah, ada rezeki berkumpul dengan sepupu-sepupu trip kali ni. Selalunya tak sempat nak jumpa sebelum aku balik ke kampung Suami Terchenta.
Good food. Great company. With that, we retired to bed happy. Bersambung kisah jalan-jalan Kuching esoknya di entry yang lain pulak 😄










22 Comments
Waaa seronok balik kuching dapat jumpa sepupu sepapat.. kita tak pernah lagi naim batik air ni.. okla kalau on time selalu.. bagus buat kiraan mana yg jimat nk ke KLIA tu.
ReplyDeleteAlhamdulillah selain agenda makan2, agenda jumpa family pun tak dilupakan hihi. Jarang2 dapat jumpa, raya pun kadang2 tak jumpa sebab masing2 dah berkeluarga.
DeleteSetakat ni naik Batik Air memang puas hati, so far tak pernah lagi experience delay.
Rindu Kuching. Makanan sedap, tempat visit pun banyak. Top Spot memang best. Moga dapat bercuti ke Kuching lagi.
ReplyDeleteJom la Kak Mulan, join Fanny jalan2 ke Kuching tahun depan hihi.
DeleteOkey boleh masukkan tempat2 ni dalam wishlist...Insha'Allah kalau ada rezeki dannizin dari Allah memang nak ke Sarawak bawak suami sebab dia x pernah sampai lagi..yg penting swpinang sari kena pi jugak no matter what...hahaha...
ReplyDeleteYe, masukkan semua tempat ni SA. Semua ni memang tempat wajib tourist singgah di Kuching hehe.
DeleteMy hometown 🥰 Lama dah tak balik sana.
ReplyDeleteOla kaseh... semoga dapat balik hometown kitak dalam masa terdekat 🥰
Deleteok sgt rege mkn2 tu sbb mkn beramai2!! muzium tu nmpk menarik! my hubby muzeum lover (contrast dgn MZ)
ReplyDeleteKan MZ? Sebab kiteorg semua 12 orang, kira 24+ sekepala dengan lauk ketam, udang, sotong, ikan, sayur 2 jenis & oyster omelette tu mmg berbaloi.
DeleteMenarik la plating set nasi aruk & terubuk masin tu, curlassss. ..
ReplyDeleteHopefully ada rezeki I sampai sana, nak melawat muzium tu.
Kalau order ni kena kongsi sis, sebab portion agak besar jugak hehe. Semoga ada rezeki sis sekeluarga bercuti ke Kuching tahun depan (tahun depan tahun melawat Malaysia, mana tau ada promo best kan? 😉)
DeleteCuya negeri Sarawak belum berkesempatan ke sana.
ReplyDeleteOrang Sarawak memang Chinese look kan hehe
Makanan tu nampak sedap, muzium pon sudah pasti menarik utk dikunjungi memandangkan dia guna tarikan interaktif yg berteknologi tinggi
Ramai org kata macam tu. Dulu masa kecik2 belum pakai tudung selalu je orang ingat akak budak Cina hehe.
DeleteDatang la ke Sarawak kalau ada kesempatan, Cuya. Seronok dapat tengok macam2, makanan pun sedap2 semuanya 😄
berbaloi harga makanan tu...nampak sedap2 pula tu... Alhamdulillah, dapat jumpa sepupu2 dulu.. muzium Boneo tu memang nampak seronok.. nak kena pergi kuching juga ni.. bila ye.. hahaha
ReplyDeleteAah kalau kira2 sekepala RM24+ tapi lauk macam2, memang berbaloi hehe. Alhamdulillah, ada rezeki reunion dgn sepupu2 & adik yg menetap di Kuching. Muzium Borneo tu wajib pergi kalau ke Kuching!
DeleteHarap2 tahun depan bisa ke sana, walau belum yakin lagi, Krn trip 2026 dah fix akan kemana 🤣🤣.
ReplyDeleteTapi pastinya museum Borneo tuh akan saya visit kalau bisa kesana 😍😍😍😍. Memang sukaaaa lah kalau ketemu museum yg interaktif seperti itu. Saat lihat stories nya di IG Karni, saya dah yakin akan suka. 😍😍
Khusus utk daun ketumbar, ntah kenapa saya tak suka hahahhaha. Seledri sukaaa, tapi daun ketumbar, masih blm bisa tertelan 🤣. Padahal miriiip kan
Kita terbalik. Kalau daun sup tu saya tak suka, tapi daun ketumbar saya suka sangat! Memang daun ketumbar ni divisive sangat sampai ada kajian kenapa ada orang suka sangat daun ketumbar dan ada yang tak dapat terima rasa dan aroma daun ketumbar ni:
Deletehttps://www.en-vols.com/en/taste/gastronomy/coriander-why-do-we-love-or-hate/
Wow! saya pula lah ni ketinggalan konten dalam blog, sudah tu laksa sarawak..Mom Laksa tu saya dan suri hati ada pergi, orang sarawak bawa kami ke temopat makan tu..bestnya bila ingat..
ReplyDeleteYa kalau balik Sarawak wajib la makan laksa Sarawak cikgu hihi.
DeleteSelamat travel dalam negeri dalam negara, Sarawak memang indah juga..masyarakat ramah tamah..Warterfront tempat paling menarik, boleh ja naik ke atas titian tu ..
ReplyDeleteSeronok jadi pelancong di negeri sendiri Cikgu. Jarang2 dapat peluang balik & berjalan2 di negeri sendiri sejak menetap di Semenanjung ni.
DeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .