Tahun 2022, aku bertukar dari menggunakan tuala wanita ke menstrual cup disebabkan beberapa faktor, antaranya kurang selesa dengan tuala wanita (cepat naik ruam, terlupa bawak tuala wanita ekstra bila keluar rumah, dan paling tak best bila berlaku kebocoran) dan nak mencari alternatif yang lebih mesra alam sekitar.
Bila aku bertukar ke menstrual cup (MC), semua masalah yang aku alami tu dapat diatasi dan aku lebih selesa dan gembira menggunakan MC dari tuala wanita.
Tapi MC ni ada jugak kelemahannya, antaranya:
- Waktu period yang agak heavy, MC cepat penuh dan kena la mencari tandas terdekat kalau aku kat luar rumah. Malam-malam pulak aku terpaksa bangun dari tidur untuk mengosongkan MC jadi mengganggu kualit tidur aku.
- Teknik masukkan MC kena betul kalau tak, rasa tak selesa dan boleh berlaku kebocoran jugak.
- Disebabkan bentuk MC yang lonjong, MC ni ada risiko terkeluar masa duduk atas toilet, jadi kalau pergi tandas kena keluarkan MC dulu sebelum melepaskan hajat takut jatuh pulak dalam lubang toilet 😅 (pernah terjadi tapi nasib baik buang hajat kecik je masa tu dekat tandas rumah).
Baru-baru ni aku terbaca ada satu lagi revolusi terbaru penjagaan kebersihan wanita yang ramai orang kata lebih baik dari MC iaitu menstrual disc (MD). Lepas baca banyak review yang menarik tentang MD, aku pun buat keputusan untuk mencuba MD pulak.
![]() |
| Menstrual Disc Helloqween (aku beli dari Shopee, harga RM128.60) |
Harga MD ni agak keras sikit, tapi bila bandingkan harga tuala wanita beli bulan-bulan selama 10 tahun, memang berbaloi. Set yang aku beli ni datang sekali dengan sterilising cup, pencuci MD (cuci setiap kali keluarkan untuk dikosongkan) dan cecair pelincir KY Jelly (untuk yang baru pertama kali bertukar ke MD / MC).
![]() |
| Macam biasa, pilih warna favourite aku i.e. purple muda / lilac 🤠|
![]() |
| MD boleh menampung lebih banyak discharge jadi boleh pakai lebih lama hingga 12 jam berbanding MC yang kena kosongkan setiap 3-4 jam masa heavy period |
Kelebihan MD berbanding MC
- Kapasiti lebih besar: Boleh menampung lebih banyak cecair dari MC, jadi boleh pakai lebih lama sebelum perlu dikosongkan. Walaupun masa heavy flow, tidur aku tak terganggu sebab dah tak terjaga malam nak kosongkan MC macam sebelum bertukar ke MD.
- Tiada Suction (Sedutan): Tak seperti MC, MD tak mencipta vakum, jadi ia lebih mesra pengguna IUD sebab tak akan menarik IUD keluar. Ini juga bermakna kurang tekanan pada dinding faraj, menjadikannya lebih selesa untuk sesetengah orang, terutamanya yang mempunyai pangkal rahim (cervix) tinggi atau sensitif.
- Lebih selesa: Selepas dipakai, pengguna takkan rasa apa-apa dan bebas melakukan aktiviti harian seperti berenang, bersukan dan sebagainya. Tak sesuai untuk yang jenis pelupa - risau pulak terlupa nak keluarkan MD ni 😅
Macam MC jugak, nak pakai MD ni pun ada learning curve jugak sebab belum biasa lagi guna 😬. Cabaran kali pertama nak pakai MD ni ialah bibir MD yang agak keras dengan bukaan lebih luas membuatkan agak terkial-kial jugak nak masukkan MD ke dalam, walaupun MD dan MC dua-duanya dibuat dari medical grade silicone berkualiti tinggi. Cabaran kedua ialah masa nak tarik MD ni keluar, kena cari dulu ‘cincin’ yang kadang-kadang tersorok. Tapi Insha Allah, lama-lama bila dah biasa benda ni akan jadi second nature sama jugak macam masa awal guna-guna MC dulu.
Berdasarkan pengalaman aku menggunakan MC dan MD, aku rasa lebih selesa dan selamat guna MD berbanding MC. Jadi aku nak syorkan kepada kawan-kawan lain yang ada masalah period selalu bocor dan ada ruam bila guna tuala wanita supaya bertukar kepada MD. Confirm tak menyesal!
Aku kongsikan video cara-cara pakai MD:
Kalau berminat dengan MD dari Helloqween ni, korang boleh tekan link ni atau cari kat Shopee guna kod ni: BEG-URN-EVM. Helloqween siap ada support group untuk bantu newbie yang baru nak bertukar ke MD sampai berjaya guna MD dengan betul, so korang jangan risau tak reti nak pakai MD ni lepas beli 😄.




0 Comments:
Post a Comment
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .