Weekend Getaway di Mangala Estate Resort

Salam Selasa kawan-kawan,

Throwback aktiviti hujung minggu sepasang suami isteri bila anak-anak pergi aktiviti perkhemahan bulan September lepas.

Pagi tu lepas breakfast di TGSK dengan Kak Retna dan Sislin, kiteorang terus gerak ke Kuantan, Pahang sebab dah booking stay satu malam di Mangala Estate Resort. Mentang-mentang anak-anak takde, amik kesempatan mak pak dieorang pergi bercuti berdua je hihi. Kiteorang sampai lewat dekat pukul 5 petang sebab sesat - location resort yang pin dekat Google Maps dan Waze masa tu tak betul. Last-last pakai Apple Maps baru sampai ke resort. 

Sampai di resort, aku pun bagitau dekat staff resort untuk betulkan pin lokasi resort dieorang. Boleh pulak dia jawab - aah puan. Memang salah tak tau kenapa. Tadi ada jugak beberapa tetamu lain yang tak jumpa jalan ke resort. Lorrr... abis tu takkan aku pulak yang kena betulkan pin tu? Idok ler aku faham jawapan begitu 🙂‍↔️.


Mangala Estate Resort
Lobi hotel ni luas dan memang vibe nature sangat. Yang best nya, tetamu tak perlu berdiri beratur nak check-in. Sampai je kat lobi, kiteorang dijemput duduk dan dihidangkan minuman dan tuala sejuk untuk lap muka

Setel urusan check-in dan bayar deposit, kiteorang pun tunggu buggy untuk dihantar ke bilik. Kalau nak jalan kaki boleh jugak tapi berpeluh ketiak la. Jadi lebih baik la naik buggy aje.


Mangala Estate Resort
Gambar kiri: Naik buggy nak ke bilik hotel. Resort ni dalam estet kelapa sawit, ada pokok kelapa sawit di kiri dan kanan laluan ke villa
Kanan: Laluan ke villa kami. Memang privasi betul tempat ni. Sesuai untuk honeymoon atau couple yang nak sambut ulangtahun perkahwinan berdua je macam kiteorang hihi

Di Mangala Estate Resort ni ada beberapa jenis villa yang kita boleh pilih - Sara Villa, Jala Villa (atas air), Vana Villa, Amani Villa, Two-Bedroom Villa dan Bungalow Villa. Kiteorang tempah Vana Villa. Villa ni jenis berpagar untuk menjaga privasi tetamu. Sebabnya? Jeng... jeng... jeng... nanti korang tengok ye.

Sebaik membuka pintu villa, terus terasa sejuk aircond dalam bilik sebab pihak resort dah siap-siap hidupkan aircond sebelum kiteorang sampai. Resort ni bagi aku sangatlah lawa dan banyak menggunakan elemen nature dalam bilik ni.


Mangala Estate Resort
Katil king-sized dengan tilam yang empuk dan bantal yang sangat selesa

Mangala Estate Resort
Ada ruang tamu, meja untuk bekerja dengan plug points dan hot beverage station

Mangala Estate Resort
Buah-buahan complimentary dari pihak resort dengan welcome note atas coffee table di ruang tamu

Kenapa villa ni berpagar? Sebabnya bathtub dia kat luar gais hahaha! Ada berani nak berendam dekat luar? 😜 


Mangala Estate Resort
Bathtub

Mangala Estate Resort
Bilik air pun berkonsepkan terbuka 🤪 Takde bidai atau tirai nak tutup ye. Sambil termenung, boleh menikmati pemandangan alam semulajadi di luar 🤣

Mangala Estate Resort
Nasib baik ruang shower tertutup sikit. Tapi kat bahagian atas tu ada lubang angin. Macam bilik mandi zaman nenek kita dulu pulak hihi. Yang tak best serangga macam cicak dan kumbang boleh masuk jadi kebersihan agak kurang terjaga sebab ada najis dieorang dalam bilik air

Satu benda yang aku suka pasal resort ni ialah dieorang sediakan barangan mandi dari jenama L'Occitane. Kalau tak silap dulu pernah jugak aku menginap di hotel 5 bintang yang sediakan barangan mandi jenama ni tapi dalam botol mini hotel toiletries. Jenis yang pakai sekali dah habis. Tapi di Mangala Estate Resort ni dieorang letak botol yang besar ni gais. Lurveee sangat! Aku paling suka syampu dan conditioner jenama L'Occitane sebab wangi sangat. Of course la tak boleh bawak balik, kalau hilang kena bayar RM100+ kot kalau tak silap.


Mangala Estate Resort
Resort ni menyediakan kemudahan yang serba-serbi lengkap. Korang tinggal bawak baju, makeup dan barangan skincare je. Yang lain semua disediakan.

Pengalaman kiteorang di resort ni sayangnya agak spoiled sikit malam tu. Puncanya, lepas kiteorang balik dari makan malam di restoran resort, kiteorang tengok lantai di ruang tamu basah sebab aircond bocor. Bayangkan dah penat-penat driving dari KL, nak mandi dan masuk tidur, tapi kena panggil maintenance team untuk betulkan masalah aircond bocor. Selepas setengah jam, staff maintenance kata tak boleh repair sebab ada benda tersumbat, jadi kena tukar bilik. Kiteorang kena tunggu setengah jam lagi sebab team housekeeping kena prepare bilik baru. Sementara menunggu tu aku ingat nak baring la sekejap tapi ternampak binatang halus atas bantal. Binatang tu nampak macam pepijat pulak (bedbug). Terus aku tak berani nak baring-baring atas katil (nasib baik masa mula-mula sampai tu aku masih pakai tudung masa testing tilam dan bantal!). 

Ingatkan dapat la room upgrade, nan hado. The only consolation ialah kiteorang dapat check out lambat pukul 5 petang. 


Mangala Estate Resort
Gambar besar: Lantai resort basah sebab aircond bocor. Gambar kecil: Tak pasti binatang apa atas bantal ni tapi sekali imbas macam pepijat pun ya.

Dekat-dekat tengah malam jugak la baru kiteorang dapat masuk villa kedua. Malam tu Suami Terchenta kena bekerja jadi aku pun temankan dia sambil membaca kat sofa. Masa tengah membaca, aku terdengar bunyi berdecit di kawasan kabinet peti sejuk mini. Mula-mula aku ingatkan peti sejuk tu yang berbunyi. Agak lama jugak la bunyi berdecit tu. Baru je aku nak menyiasat, tetiba keluar tikus meluru dari bawah kabinet ke arah aku! Auto menjerit aku tengah-tengah malam tu gais! 🤣 

Terkejut Suami Terchenta dengar isteri dia tetiba histeria malam-malam hahaha! Aku tunjuk bawah sofa, "Ada tikus, bang! Cepat halau keluar!" Mujur la Suami Terchenta jenis tak takut tikus. Bila tikus tu lari keluar dari bawah sofa, dia halau ke sliding door lepas tu kuis tikus tu keluar pakai kaki je 😂. Sambil dia tengah meeting ye, kawan-kawan, gitu je dia halau tikus keluar bilik. Fuhhh... Terima kasih Ya Allah, jodohkan aku dengan lelaki sejati yang tak takut lipas atau tikus 🤪.

Itulah pengalaman kiteorang yang kelat masa menetap di Mangala Estate Resort ni. Esoknya masa pergi sarapan, aku cerita la dekat staff di bahagian reception tentang tikus dalam bilik kiteorang. Jawapan dia - oh, tikus hutan tu puan. Memang banyak kat sini. Erk. Speechless hakak. Sama speechless macam masa aku bagitau lokasi resort tu salah pin kat Google Maps dan Waze 🤭.

Anyway, it was an interesting stay. Seumur hidup tak pernah lagi aku jumpa tikus dalam bilik walaupun pernah menginap di resort tengah-tengah hutan di Mulu, Sarawak. Tapi selain dari pengalaman ni, yang lain-lain ok je. Ada banyak aktiviti menarik yang back to nature kind of activities di resort ni. Sangat sesuai kalau korang nak recharge dan keluar dari hiruk-pikuk kota. Yang tu aku kena tulis dalam entry yang berasingan ye.

Post a Comment

2 Comments

  1. Pengalaman pahit ni 😅. Sesat, kena tukar bilik, ada tikus. Rugi la bayar mahal kan. Agaknya sebelum ni pun ada masalah tikus tu.

    ReplyDelete
  2. Heheheh pengalaman macam tido dalam zoo plak ye 😅🙊🙊 tu la bilik blkg² tu mmg byk binatang² yg suka masuk bilik... kalau bilik belah² depan so far ok lagi .. pape pun kita pun suka aktiviti kat situ

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .