Alhamdulillah, 5 Juta PVs!

5 juta PV
Tak sempat nak tangkap PV yang ke 5 juta on the dot. Tapi nombor ni pun cantik, kan? 😍


4 tahun lepas blog ni baru je mencecah 500k page views lepas aku kembali ber blogging selepas 6 tahun menyepi. Alhamdulillah fast forward ke hari ni, dah pun melebihi 5 juta PVs. 

Terima kasih kepada semua pembaca dan kawan-kawan blog yang sudi melawat dan membaca penulisan di blog aku. Terima kasih kawan-kawan yang rajin meninggalkan komen dan menyapa aku di blog, rasa macam rapat sangat dengan korang bila berjumpa walaupun tak jumpa hari-hari 🤗.

Terima kasih jugak buat penasihat blog a.k.a. Sislin yang rajin bagi tips untuk naikkan SEO blog (walaupun sampai sekarang aku masih lagi blur apa bendalah la SEO ni hihi) dan tolong tukarkan template blog. Sislin kalau pasal blog memang otai, tak kira la template blog ada problem ke atau nak tukar yang baru ke. Korang boleh contact Sislin dekat blog dia untuk mintak tolong dia hal-hal berkaitan blogspot. Insha Allah Sislin boleh bantu dengan upah yang berpatutan.

Sebenarnya masa PV baru cecah 4,900,000 aku ada terfikir nak buat pertandingan tangkap PV yang ke 5-juta tapi somehow aku asyik delay je buat entry tu sebab ada banyak lagi entry tertangguh yang aku kena tulis 😅. Pagi ni baru teringat dan baru nak buat poster contest, sekali tengok - eh eh... dah 5 juta! 🤣 Mungkin kena tunggu sampai 5,900,000 PV baru buat contest tangkap PV ke 6 juta pulak 😉.

Terima kasih kerana menyokong blog Coffee Break With Me. Semua yang baik dan bermanfaat datang dari Allah, yang buruk / kelemahan dalam penulisan aku ialah dari diri aku sendiri 🙇🏻‍♀️. 

Post a Comment

2 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .