Jalan-jalan ke Pasar Seni

Dah lama tak jalan-jalan ke Pasar Seni, kali terakhir tak silap masa awal-awal kelonggaran pergerakan awam, time tu masih kena scan MySejahtera dan pakai pelitup muka nak masuk ke tempat ni.

Jom tengok apa yang dah berubah kat Pasar Seni sejak kali terakhir aku datang ke sini.


Central Market
Pasar Seni

Kali ni Pasar Seni ada ramai pengunjung dari pelancong asing luar Malaysia. Masa kiteorang masuk tu, ada sekumpulan pelancong ni tengah dengar penerangan dari tour guide. Tarikan kat Pasar Seni ni ialah barang-barang cenderahati tempatan sebab tu la ramai pelancong suka datang ke sini. Dari kraftangan etnik sampai la kraftangan kertas, semuanya ada kat sini. Anak-anak suka la sebab banyak cenderahati dan kraftangan yang comel-comel kat sini, rambang mata dieorang berdua dibuatnya.


Central Market
Antara kedai cenderahati yang menjadi tumpuan

Central Market
Atas: Cantik kan tiffin tu? Bawah: Patung arnab yang comel


Selain dari kedai cenderamata dan kraftangan, sekarang ni dah ada kiosk-kiosk yang menjual makanan tempatan macam ikan patin tempoyak dan macam-macam lagi. Terlupa pulak nak ambik gambar sebab bila jalan-jalan lagi, aku ternampak ada something yang baru dekat sini - Pasar Besar.


Central Market
Pasar Besar berkonsepkan pasaraya

Dalam Pasar Besar ni banyak produk tempatan dan mostly produk makanan dijual kat sini. Kalau korang nak cari coklat untuk gantikan coklat Cadbury yang tengah diboikot tu, boleh la pergi sini cari coklat buatan Malaysia. Ada coklat premium macam coklat dari Sabah ni dan coklat biasa macam Berry's jugak.


Central Market
Gula nipah dan coklat premium

Central Market
Muruku, kerepek, teh, kopi dan macam-macam lagi la ada kat sini


Kalau ikutkan, banyak lagi tempat dalam Pasar Seni tapi bila tengok Suami Terchenta dah mula urut-urut belakang tu faham ler dia dah bagi signal sakit belakang tu. Insha Allah ada rezeki aku nak jalan-jalan kat tempat ni lagi.


Central Market
Seni mural yang cantik

Sanah Helwah buat Sislin!

Semoga ceria selalu Sislin!

Selamat ulang tahun yang penuh kebahagiaan, Sislin! 🎉 Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas usia yang dipinjamkan untuk terus bernafas dan mengenali sahabat blogger seorang ni dari zaman awal-awal kahwin sampai la sekarang. Perkenalan kiteorang bermula dari menjadi pengguna Msjbox yang dibangunkan oleh Suami Terchenta dan bertambah akrab bila banyak join aktiviti-aktiviti Msjbox yang dianjurkan oleh Shai. Kalau buat aktiviti gathering kat JB, rumah Sislin la tempat kiteorang menumpang masa tu hehe. Rindu zaman tu kan? 🥰

Semoga tahun ini membawa berkah dan kebahagiaan yang melimpah buat Sislin sekeluarga. Teruslah menjadi sahabat yang ceria dan disenangi kawan-kawan sekeliling. Dan semoga sukses selalu dalam dunia blogging.

Psst... bila nak turun KL lagi? 😁

Nasi Mandy dan Teh Adeni di Qasar Balqis

Kalau masuk blog aku ni, memang banyak je entri pasal tempat makan kan 😂. IF pun dah tergendala sejak last bendera Jepun. Ater camane nak kurus? 🤦🏻‍♀️ Mungkin kena ikut jejak langkah Kak Fzy ikut program diet kot huhu.

Malas la nak citer pasal diet. Nak citer pasal makan nasi mandy dekat Qasar Balqis di Taman Melati 2 minggu lepas. Balik dari ambik Khadeeja di rumah kawan, kiteorang singgah makan kat sini.


Yemeni restaurant KL
Restoran Qasar Balqis seberang KL East Mall


Aku dengan Suami Terchenta pesan mandy kambing. Macam ni la rupa setnya. Portion ok, tak banyak sangat tak sikit sangat. Aku perasan sekarang ni tak banyak dah restoran yang hidang nasi mandy dengan tabbouleh (salad Arab). Korang tau ke kat mana restoran yang masih hidang nasi mandy dengan tabbouleh?


Qaisar Balqis
Lamb mandy (RM34) - sos harrahnya tu pedas menyengat so aku letak sikit je la

Macam biasa anak-anak pesan kunafa (takde dalam gambar). OK la, cheesy. Untuk minuman, kiteorang pesan satu teko teh adeni.


Teh adeni
Sedap cuma dieorang tak tapis daun teh tu jadi dengan hampas teh sekali 😅

Dari segi servis pulak, makanan boleh dikatakan cepat jugak sampai. Lepas tu bila sup habis kiteorang boleh mintak refill. Cuma time nak mintak refill tu, jenuh nak memanggil pekerja datang sebab dieorang macam sibuk bersembang pulak. 

Kalau korang pulak, kat mana kedai makan favourite korang untuk hidangan nasi mandy?

Adab Sendawa Dalam Islam

sendawa
Sumber imej: Freepik.com

Burrppp... erkkkk...

Pernah tak duduk sebelah orang yang bersendawa lepas makan petai? Terus keluar bau petai hihi. 

Sendawa ialah bunyi yang keluar dari kerongkong akibat gas yang ditolak naik dari dalam perut. Sebab tu bila seseorang bersendawa lepas makan makanan yang berbau kuat, orang sekeliling boleh terhidu bau makanan yang sedang dihadam dan tak semua merasakan bau tu enak.

Menurut Dr. Nur Mohammad Hadi Zahalan (Hadi Almaghribi), seorang penceramah bebas dan selebriti TV Al-Hijrah, terdapat beberapa adab ketika bersendawa menurut pendapat para ulama.

1. Menahan sendawa

Terdapat dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Tarmizi, seorang lelaki sendawa di sisi Rasulullah SAW lalu Rasulullah SAW bersabda:

Tahanlah sendawamu di hadapan kami. Kerana orang yang paling kenyang di dunia, (dibimbangi) paling lama laparnya di hari kiamat.

Hadis ini merujuk kepada perbuatan sendawa akibat makan sehingga kekenyangan kerana makan berlebihan ditegah dalam Islam untuk mengelakkan seseorang dari lemah fikiran dan tubuh badan sehingga malas beribadah.

Oleh itu, apabila seseorang ingin bersendawa, hendaklah dia menahannya kerana akan menyebabkan orang sekeliling berasa tidak selesa akibat bunyi yang kuat dan bau yang kurang menyenangkan.

2. Mengucapkan 'Alhamdulillah' selepas sendawa

Tiada hadis yang menyatakan seseorang perlu mengucapkan 'Alhamdulillah' selepas bersendawa, namun sebagai hamba Allah, kita disyariatkan untuk mensyukuri nikmat Allah. Mengucapkan 'Alhamdulillah' selepas sendawa ialah tanda syukur seseorang atas nikmat makanan yang diberikan oleh Allah kepadanya.

3. Menutup mulut ketika sendawa dan tidak sendawa di depan orang lain

Sebagai umat Islam, kita ditegah daripada menyakiti saudara kita dan juga orang sekeliling baik dari perbuatan mahupun percakapan. 

Oleh itu, apabila kita tidak dapat menahan diri dari sendawa, hendaklah kita menutup mulut supaya menghindari bau yang terkeluar dari mengganggu dan menimbulkan rasa tidak selesa kepada orang lain. Sekiranya kita boleh beredar, hendaklah kita beredar dan mengeluarkan sendawa jauh dari orang lain.

Sumber: MStar

Mencuba Halal Chinese Cuisine di Canton Boy @ MyTown

Minggu lepas, aku dan kakak temankan adik aku ambik kunci rumah baru di Putrajaya. Alhamdulillah, adik bongsu aku dah ada rumah sendiri. Buat masa sekarang ni dia masih tumpang rumah kakak sementara tunggu pemaju repair defects dekat rumah dia.

Balik dari Putrajaya, kiteorang singgah di MyTown untuk makan. Kakak aku ajak makan di Canton Boy. Since aku pun tak pernah lagi cuba makan kat sini, so aku pun onz je la. Buat korang yang suka makan dimsum tapi ragu-ragu nak makan dekat kedai yang takde sijil halal JAKIM, boleh la cuba Canton Boy ni sebab dieorang ada sijil halal JAKIM.


MyTown
Canton Boy


Kat sini yang famous of course la dimsum dan nasi ayam dieorang. Tapi ada jugak hidangan selain dimsum dan nasi ayam di restoran sini. So Apa yang kiteorang order dekat sini? Jom tengok:


Hainanese Roasted chicken rice
Roasted chicken rice (RM18.80) - nasi ayam Hainan yang autentik. Suka ayam tu sebab kulit ayam tu crispy.

Shanghai xiao long bao
Shanghai xiao long bao (RM12.80) - hidangan kegemaran kiteorang, sedap giler sup dalam kulit dimsum ni macam sup ayam yang direneh

Canton Boy
Crystal Har Gow (RM14.80) - udangnya segar dan manis

prawn rice roll
Atas - prawn rice roll (RM15.80); bawah - siu mai king (RM13.80). Chili oil untuk prawn rice roll tu sedap tapi tak boleh lawan Dolly Dimsum punya chili oil

Canton Boy
Salted egg lava charcoal bao (RM11.80) - tak boleh komen sebab aku tak makan

Canton Boy
Signature Portugese egg tart (RM13) - tak terlalu manis, ok sedap la jugak.

Alhamdulillah puas hati makan dekat sini. Memandangkan kiteorang order dan kongsi bertiga jadi takde la terlalu mahal. Kesimpulannya nak makan kat sini kena ajak member kongsi makan dan bayar sekali! 😂