Baru-baru ni vacuum cleaner di rumah ni rosak selepas 6 tahun berkhidmat. Kalau nak repair boleh tahan jugak harganya tu (jenama Dyson) jadi lebih jimat kalau beli vacuum baru je.
Lepas dapat green light dan bajet dari Suami Terchenta untuk beli vacuum cleaner baru, aku pun survey vacuum cleaner di Shopee. Tertarik dengan vacuum jenama Dreame dari China. Tapi sebelum beli, marilah tengok dan testing dulu vacuum di showroom Dreame dekat Mid Valley.
Salesman bernama Ee dekat showroom Dreame di Mid Valley ni sangatlah membantu 👍🏻. Aku bagitau dia yang aku minat dengan model Dreame Air sebab senang nak vacuum bawah sofa dan kabinet TV. Pada masa yang sama aku nak vacuum yang boleh menyedut rambut dan bulu kucing tanpa perlu kerap kena detangle rambut dan bulu kucing yang berpintal di roller vacuum. Dia tanya keluasan rumah dan terus syorkan aku untuk ambik model Dreame V50 instead of Dreame Air sebab bateri lebih tahan lama (90 minit vs. 40 minit). Plus, Dreame V50 ni ada teknologi tanglecut untuk 'memotong' rambut panjang supaya tak terbelit di roller. Senang citer, vacuum ni memang sesuai kalau dekat rumah korang ada masalah rambut dan bulu kucing merata-rata atas lantai.
![]() |
| Model V50 Pro Stick Vacuum - features berbeza sikit je dengan model V50 tapi harga yang ni RM1.3k |
Yang paling best, Ee siap tolong aku dapatkan harga yang sesuai dengan bajet aku. Kalau ikutkan, harga vacuum Dreame V50 ni lebih dari RM1k (exceed my budget) tapi dia suruh aku tunggu pukul 8 malam tu sebab Dreame ada buat live sale di Shopee. Malam tu aku pun check out vacuum ni dekat Shopee (lepas apply segala macam diskaun) dan alhamdulillah, harganya jadi less than RM1k, within my budget.
![]() |
| Alhamdulillah, 2 hari selepas aku buat payment, vacuum pun sampai ke rumah 🤩 |
![]() |
| Kena cas bateri sampai penuh dulu baru boleh guna |
Selepas seminggu aku guna vacuum Dreame V50, ni perbezaan antara vacuum Dreame V50 dengan vacuum lama aku (Dyson V11 Fluffy) yang aku boleh rumuskan:
Dari segi berat, vakum lama beratnya 2.7kg compare dengan Dreame V50 ni pulak beratnya 1.6kg. Bila aku guna vacuum Dreame V50, aku rasa lebih senang nak handle dan tangan tak cepat lenguh lagi-lagi bila nak bersihkan sesawang di siling dan sedut habuk di langsir.
Untuk ketahanan bateri pulak, bateri vacuum Dyson boleh bertahan 60 minit manakala bateri Dreame V50 pulak boleh bertahan selama 90 minit. Masa mengecas bateri lebih kurang sama (Dyson ~ 4.5 jam dan Dreame V50 ~ 4 jam).
Kedua-dua Dyson dan Dreame ada intelligent sensor boleh detect jenis permukaan lantai / carpet, dan boleh adjust kekuatan sedutan mengikut jenis permukaan. On top of that, Dreame V50 ada ciri smart dirt detection jadi kalau ada lebih banyak sampah atas lantai, lebih kuat kuasa sedutannya.
Kuasa sedutan (suction power) untuk Dyson V11 Fluffy ialah 185AW dan Dreame V50 pulak 220AW. Bermakna Dreame V50 ni lebih kuat menyedut habuk dan kotoran dari vacuum aku sebelum ni.
![]() |
| Contoh gambar docking station Dyson dilekat di dinding (sumber imej: Dyson.my) |
Cumanya Dyson V11 Fluffy ada wand storage clip yang boleh lekat dekat batang vacuum untuk memudahkan bawak sekali tool ekstra masa tengah vacuum rumah jadi bila nak tukar tool tu, tak payah la ulang-alik ke docking station nak ambik tool tambahan. Tapi benda ni minor inconvenience je la bagi aku, lainlah kalau aku duduk rumah 3 tingkat dan nak patah balik ambik tool tambahan tu kena turun 2 tingkat ke bawah lepas tu naik balik sambung buat kerja 😅.
Dari segi maintenance, kedua-dua vacuum ni tak memerlukan consumable parts (alat ganti habis guna) sebab roller brush, mangkuk habuk dan penapis kedua-dua vacuum ni boleh dibasuh dan pakai balik, jadi tak perlu lagi beli dustbag. Bila nak tanggalkan roller brush, Dreame V50 lebih senang nak tanggal sebab tekan je butang kat tepi dah boleh bukak, tapi Dyson ni kena cari syiling untuk pulas lever kat tepi baru dapat bukak dan tanggalkan roller brush tu. Agak leceh sikit la.
Satu kelebihan Dreame V50 yang aku appreciate sangat-sangat ialah aku tak payah nak tekan trigger sepanjang masa untuk hidupkan vacuum. Vacuum Dyson model lama ni je la kelemahannya, kena tekan trigger button sepanjang masa nak vacuum lantai sampai cramped jari dibuatnya. Dreame V50 ni pulak tekan je power button sekali dekat control panel lepas tu vacuum tu akan hidup sepanjang masa bekerja sampai la kita tekan power button sekali lagi untuk matikan vacuum.
Akhir sekali, harga Dyson V11 Fluffy ni masa aku beli 6 tahun lepas ialah RM3199. Semalam aku tengok harga stick vacuum dekat website Dyson, model yang paling murah pun RM2k+. Jenama Dyson ni asal dari UK, sebab tu kot harganya agak mahal. Pernah sekali tukar pek bateri sebab vacuum tak mau charging, melayang RM700+ ye huhu.
Harga Dreame V50 ni pulak RM911. Jauh lebih murah dari jenama Dyson sebab Dreame dari China. Tapi kualiti dan teknologi vacuum ni aku boleh katakan setanding atau lebih baik dari Dyson. Vacuum Dyson paling ringan pun 2.2kg, tapi vacuum Dreame yang paling ringan baru 1.1kg (Dreame Air yang aku mula-mula minat tu). But... we'll see how long it lasts. Aku harap boleh bertahan lama macam vacuum Dyson tu la. Kalau jangka hayatnya macam vacuum Panasonic hadiah kawen dari kakak aku kat rumah di Sarawak tu lagi bagus sebab sampai sekarang masih elok lagi 🤭.
Apapun, bersyukur sebab dah merasa guna vacuum Dyson selama 6 tahun. Dah tiba masanya untuk bertukar ke vacuum baru. Hehe. Over nau. Kbai.
Kalau panjang sangat nak baca, korang boleh refer je kat infografik ni. Kot-kot la ada yang tengah survey vacuum cordless stick, harap review ni membantu korang 😉.






0 Comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .