Salam Khamis kawan-kawan,
Semalam lalu di lobi kondo, aku ternampak sesuatu yang baru - loker makanan Grab. Wah, rupa-rupanya Grab ada sediakan loker makanan yang dipesan dari GrabFood. Sebelum ni pihak pengurusan sediakan meja panjang di ruang lobi untuk letak makanan yang dipesan melalui Grab / FoodPanda sebab rider tak boleh hantar sampai sampai depan pintu rumah (polisi keselamatan kondo tak membenarkan pelawat yang tak didaftarkan dengan security naik ke atas).
![]() |
| Loker makanan dari GrabFood - makanan yang ditinggalkan dalam loker kekal panas dan tak terdedah |
![]() |
| Peti simpanan dilabelkan untuk makanan halal dan tak halal |
Cara-cara menggunakan loker makanan Grab:
1. Pilih destinasi - taip "Grab Locker" atau pilih "Grab Locker" dalam aplikasi Grab (pembayaran melalui aplikasi Grab sahaja, bayaran tunai tidak diterima).
2. Terima notifikasi - Rider tinggalkan makanan dalam peti loker, pelanggan akan dapat notifikasi pesanan telah dihantar dalam apps beserta nombor loker makanan.
3. Ambil makanan - pergi ke loker, imbas kod QR pada skrin menggunakan aplikasi Grab dan loker makanan akan dibuka secara automatik.
4. Had masa - makanan perlu diambil dalam masa 4 jam atau ia akan dilupuskan (part ni aku tak pasti siapa yang akan buka peti tu dan buang makanan yang tak diambil)
![]() |
| Sumber: Laman web Grab |
Sebenarnya aku jarang-jarang pesan makanan di GrabFood sebab aku malas nak turun ke lobi ambik makanan 😜. Tapi lain kali bila datang kerajinan nak ambik makanan tu, boleh la kot aku cuba perkhidmatan loker makanan Grab ni.



7 Comments
Bagusnya inisiatif macam ni takdela risiko makanan hilang.
ReplyDeletemenarik betul idea dan effort ni!! i time tak diet, kerap gak oder grab..ni kdg2 order jugak tp utk my boys lah esp time mls nak kuar dan i plak malas nak masak utk diaorg (on weekend)
ReplyDeleteada tmpt locker makanan camni tkde la makanan hilang
ReplyDeleteKat building ofis aku dah beberapa bulan ada benda alah ni. Lepas ni J&T pulak nak masuk. X sure lagi tunggu apa kata JMC. macam x je, sebab dah tak berapa nak ada space dah.
ReplyDeleteEh bagus juga yang seperti ini. Tak tahulah di Kondo dan apartemen di sini ada atau tidak. Tapi sayapun tipe yang malas nak ambil makanan jika sedang staycation di hotel 😂😂. Apalagi pernah salah masukkan nama hotel. Jadi si driver pergi ke hotel yang salah 😂
ReplyDeletebagus la ada kemudahan mcm ni utk penghuni condo. janji makanan tu selamat sampai kpd pembeli ye..
ReplyDeleteIdea yang bagus juga ni Carneyz. First time nampak.
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .