Lama sudah tak merepek dalam bahasa Melayu. Terasa jakun dan awkward (muntah darah!)

Anyway, Monday selamat datang! (diterjemah secara terus). Eh, tak penah-penah menyambut hari Isnin dengan sangat ceria kan? Selalunya I hate Monday. Tapi Monday kali ni ialah cuti semester. Suami Terchenta tak ada kelas malam ini. Horey!

Pagi tadi agak kelam-kabut. Menyiapkan princess kesayangan ke sekolah. Malam semalam dia tidur lewat kerana menemankan si emak membuat kerja sekolah. Akibatnya pagi tadi berlaku sedikit drama sebab dia enggan bangun dan enggan mandi. Merajuk di sofa. Huhu.

Oleh sebab Monday ialah hari membawa snek ke sekolah, maka saya pun terpaksa la bangun awal jugak. Berdiri di tengah dapur, berfikir snek apa yang boleh dibawa. Oooh, cucur lemak manis! Syukur emak saya ada membeli tepung cucur lemak manis Adabi. Maka saya rebus sebiji telur dan bancuh tepung cucur.

Si Khayla suka bangat! Biasanya pagi-pagi dia pandang sarapan pagi sebelah mata je. Hari ni dia boleh telan 3 biji cucur. Amazing!

Telur rebus sepatutnya dikupas panas-panas dan terus dimasukkan dalam acuan pembentuk 'teddy bear'. Tapi sebab saya sibuk, saya cuma kupas bila dah suam-suam kuku. Akibatnya, telur itu berbentuk aneh. Heee…



Malam semalam sebelum tidur tergerak hati menyemak buku Chatbook. Buku chatbook ialah buku komunikasi antara ibubapa dan guru. Nasib baik saya semak, sebab cikgu nak gambar binatang / benda yang bermula dengan huruf 'D'.

Lalu dengan mata yang mengantuk saya membelek majalah lama, mencari gambar yang sesuai. Akhirnya terjumpa gambar 'Drink'. Cepat-cepat gunting dan masukkan dalam buku sekolah Khayla!

Khadeeja kesayangan juga bangun awal sebab malam semalam dia tidur pukul 6.30 petang sampai esok paginya! Dia memang bayi yang sangat baik, sangat heaven bila bayi tidur awal tau! ^_^

Khadeeja, 115 days. Bayi yang awesome.
Oleh sebab terlalu asyik makan cucur, Khayla terlambat ke sekolah. Tapi sebelum keluar rumah, seperti biasa dia bersalaman. Selepas itu melambai-lambai tangan dan memberi 'flying kiss' beberapa kali sampai la saya tutup pintu. Heaven punya anak-anak macam Khayla dan Khadeeja!

Semoga minggu ni berterusan dengan sangat bahagia seperti hari ni, ya Allah. Amin :)

2 comments:

  1. Rambut Khadeeja panjang yek. Dia macam chubby lagi dari Khayla kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih kurang je Fiza. Cuma muka dia nampak lagi bulat dari Khayla :)

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .