Keluar Makan Tengahari dengan Kakak dan Singgah ke Verrona Hills Bread & Pâtisserie

Minggu lepas aku ajak kakak aku makan tengahari di Sunway Putra alang-alang aku nak beli bahan-bahan membuat laksa Sarawak di Jaya Grocer dekat tingkat LG. Kiteorang makan di Nando's sebab malas fikir nak makan kat mana 😅.


Sunway Putra
Lunch date dengan kakak. Macam biasa aku ambik quarter chicken tapi dengan satu side dish je sebab aku sarapan lambat sikit hari tu
 

Lepas lunch, kiteorang jalan-jalan kejap membakar kalori 😜. Singgah di Verrona Hills Bread & Pâtisserie dekat pintu masuk ke Sunway Putra Hotel sebab nak cari roti sourdough. Sesambil tu, marilah kita cuci mata tengok roti dan pastri di kedai ni.


Verrona Hills Bread & Pâtisserie
Verrona Hills ialah sebuah kedai roti berkonsepkan Eropah. VH famous sebab menggunakan mentega dan tepung berkualiti tinggi yang diimport dari Perancis, sebuah negara yang terkenal dengan roti ddan pastri yang sedap-sedap

Verrona Hills Bread & Pâtisserie
Ni salah satu pastri yang viral di VH iaitu swiss rolls. Katanya paling laris di ASEAN! 

Verrona Hills Bread & Pâtisserie
Ada lebih dari 70 jenis roti dan pastri yang dibuat setiap hari supaya pelanggan akan dapat freshly-baked bread dan pastries bila singgah ke VH

Verrona Hills Bread & Pâtisserie
Bombolini nampak gebu-gebas, geram pulak tengok rasa nak beli setiap perisa 😍

Verrona Hills Bread & Pâtisserie
Ni antara pastri yang menarik perhatian aku. Semua nampak sedap 😋

Verrona Hills Bread & Pâtisserie
Selain dari kedai roti, Verrona Hills ada jugak kafe yang beroperasi di sebelah Verrona Hills Bread & Pâtisserie

Korang pernah singgah tak di Verrona Hills Bread & Pâtisserie ni?

Post a Comment

0 Comments