Menonton Pertunjukan Api di Lexis Hibiscus Resort

Salam Jumaat kawan-kawan,

Bersambung dari sini.

Malam tu ada fire show yang dibuat di tepi bangunan utama resort. 


Kemain dalam gambar ni orang tu tak pakai baju 🤭 Agaknya taktik nak tarik ramai penonton datang kot 🤪

Pertunjukan tu bermula pukul 8 malam, jadi lepas solat Maghrib, terus panggil buggy bawak kiteorang ke lobi hotel. Lepas tu menapak ke tempat pertunjukan tu. Walaupun baru jam 7.30 malam, tapi dah ramai yang berkumpul walaupun ada setengah jam lagi sebelum pertunjukan bermula.

 
Fire Show
Ramai yang datang awal dan dah 'chop' tempat duduk

Tepat pukul 8 malam, pertunjukan api pun dimulakan.


Fire Show
Masa ni dieorang tengah buat 'warm up' dulu

Semua teruja tengok pertunjukan api ni dan mendapat tepukan dari penonton. Macam-macam gaya dieorang hayun obor api. Tapi part yang paling mendapat tepukan gemuruh ialah masa dieorang sembur minyak tanah ke arah nyala api!


Fire Show
Setiap kali dieorang sembur 'api' ni semua orang bersorak dan tepuk tangan!

Persembahan tarian api pun ramai yang suka.


Fire Show
Persembahan yang memukau penonton

Fire Show
Rain of fire. Khadeeja tanya tak sakit ke orang tu kena bara api? 🤭 Aku rasa dieorang mesti dah lumur sesuatu dekat badan dieorang supaya 'kalis' api


Fire Show
Agak payah nak ambik gambar yang cantik sebab dieorang banyak bergerak tapi dapat jugak tangkap beberapa shot yang menarik

Korang boleh saksikan beberapa adegan pertunjukan api malam tu dekat YouTube video ni:


Post a Comment

0 Comments