Beli Apa 11.11?

Masa sale 11.11 baru-baru ni, bukanlah aku tak membeli langsung tapi aku dah terbeli satu produk ni sehari sebelum sale 11.11. Sebab tu bila 11.11 tiba, aku pun tidur awal sebab takut makin lari pulak bajet bulan ni 🤪.

So, apa yang aku beli? Jeng... jeng... jeng! 

Rewind sebulan sebelum ni. Ingat tak kisah staycation di resort tikus? Balik dari staycation, aku terjatuh chenta dengan bau syampu dan conditioner jenama L'Occitane dekat resort tu. Tak habis-habis aku puji baunya yang wangi, sampai Suami Terchenta akhirnya took the hint dan belanja aku syampu L'Occitane 🤭. Alhamdulillah, rezeki jangan ditolak. Apa lagi, teruslah si isteri yang pantang dapat offer ni singgah ke kedai L'Occitane di MidValley.

Aku rasa sales assistant dekat L'Occitane MV ni bagus sangat-sangat sebab sudi melayan aku walaupun aku pakai sempoi je masa masuk kedai dieorang. Aku pantang betul kalau SA pandang kau atas bawah lepas tu buat endah tak endah je layan ko just because ko nampak macam baru balik dari pasar ikan. Tapi SA yang layan aku tu bagus sangat, walaupun aku jujur cakap bajet aku sekian-sekian je. End up aku pun sign up jadi member L'Occitane sebab aku rasa berbaloi beli produk L'Occitane.

Bayangkan beli 2 barang je (syampu dan body oil) tapi dapat macam-macam sampel percuma:


L'Occitane
Aku beli 2 benda yang dekat atas tu je, tapi dapat macam-macam freebies (dekat bawah tu semua freebies!)

Selepas beberapa minggu aku pakai produk L'Occitane termasuk la sampel percuma tu, aku decide untuk menambah koleksi produk L'Occitane. Kali ni aku beli shower oil, conditioner rambut dan beli lagi body oil (selain dari bau wangi yang tahan lama, kulit aku makin lembut selepas guna body oil ni). Teringin nak beli serum muka L'Occitane (aku cuba sampel serum L'Occitane, esoknya kulit muka rasa lembap dan anjal!) tapi rege nya di luar bajet aku pulak. Kena menabung dulu kalau nak beli.

Aku beli dekat official website L'Occitane sebab nak kumpul point. Points ni boleh redeem diskaun untuk next purchase. Satu lagi, bila beli certain amount, dapat lagi sampel percuma, holiday limited edition gift box dan monthly free gift. Dapat diskaun 11% sempena sale 11.11. Actually, kalau beli kat Shopee masa sale 11.11 dapat lagi murah (dekat website harga sebotol conditioner RM180+ tapi dekat Shopee harganya RM140+ je!) tapi tak dapat points, monthly free gift dan limited edition gift box tu.

3 hari selepas aku beli online, parcel aku pun sampai. Hello my favourite yellow box! 😍


Sale 11.11
Unboxing the yellow box. Cantik kotak hadiah limited edition ni, boleh simpan gambar-gambar lama dan holiday souvenirs 😄

L'Occitane
Yang kat atas tu ialah produk yang aku beli + November free gift (body almond milk concentrate dalam tiub hijau kecik) dan yang kat bawah tu ialah sampel percuma yang aku dapat. Sampel ni aku akan guna masa travelling

Alhamdulillah. Setakat ni aku berpuas hati pakai sebab nampak perbezaan yang ketara - kulit lebih lembut, kurang garis halus, kulit kaki dah tak gatal-gatal dan rambut pun wangi dan lembut je 🥰. Patutlah kat Thread ramai yang puji produk shower oil dan body oil L'Occitane ni 👍🏻. 

Semoga yang membaca blog entry ni pun direzekikan dapat pakai produk L'Occitane jugak 🤲🏻.

Post a Comment

0 Comments