Resipi Aglio Olio Pasta (Modified Version)

Salam Jumaat kawan-kawan,

Rabu malam Khamis, aku takde idea nak masak apa. Dalam peti sejuk ada udang dan daging, tapi taknak makan daging sebab malam sebelumnya aku dah buat kari daging. Bukak drawer sayur, tengok ada capsicum. Terus timbul idea nak buat aglio olio pasta untuk makan malam.

Aglio olio pasta ialah salah satu pasta favourite aku. Aku prefer resipi original dari resipi yang dah di 'Melayu' kan (tambah bawang holland, sosej, kiub ayam, daun parsley/ketumbar etc.). Resipi asal aglio olio sangatlah simple sebenarnya - cuma perlu bawang putih dihiris nipis / dicincang, spaghetti yang dah direbus, minyak zaitun, chilli flakes dan parutan keju parmesan.

Resipi yang aku buat ni modified dari resipi asal Itali. Instead of minyak zaitun, aku guna butter. Aku masukkan udang untuk protein, capsicum untuk sayur dan since ada udang, aku tambah perahan jus lemon untuk rasa yang lebih 'kick'.  Untuk naikkan aroma aglio olio, aku letak mixed herbs jugak.


Aglio olio pasta with prawns and capsicum
Bahan-bahan aglio olio pasta. Sukatan jangan tanya - semua aku main agak-agak je ikut pengalaman 🤭

Langkah-langkah:

1. Rebuskan spaghetti sampai masak. Simpan satu senduk air rebusan dan toskan spaghetti.

(Langkah-langkah seterusnya rujuk gambar di bawah):

Aglio olio pasta with prawns and capsicum
Langkah 2: Cairkan mentega atas api sederhana


Aglio olio pasta with prawns and capsicum
Langkah 3: Goreng bawang putih yang dah dicincang sampai keperangan
 
Aglio olio pasta with prawns and capsicum
Langkah 4: Masukkan udang. Tekan-tekan sikit otak udang tu untuk naikkan lagi rasa dan aroma udang dalam masakan. Balikkan udang dan masak sampai kemerahan

Aglio olio pasta with prawns and capsicum
Langkah 5: Masukkan capsicum. Kacau.

Aglio olio pasta with prawns and capsicum
Langkah 6: Masukkan chilli flakes ikut tahap kepedasan masing-masing. Part ni aku masukkan mixed herbs sikit (lupa ambik gambar)

Aglio olio pasta with prawns and capsicum
Langkah 7: Masukkan pasta yang dah ditos tadi dengan sesenduk air rebusan pasta

Aglio olio pasta with prawns and capsicum
Langkah 8: Gaul sebati

Aglio olio pasta with prawns and capsicum
Langkah 9: Tambahkan jus lemon secukup rasa. Jangan banyak sangat takut masam pulak. Kalau guna buah lemon, perah setengah biji je cukup.

Aglio olio pasta with prawns and capsicum
Langkah 10: Taburkan parutan keju parmesan. Gaul sebati

Aglio olio pasta with prawns and capsicum
Langkah 11: Lastly, perasakan dengan garam. Aku guna garlic salt sebab nak naikkan lagi aroma bawang putih dalam pasta ni, dan sebab ada dalam pantry 😅

Aglio olio pasta with prawns and capsicum
Dah siap!

Alhamdulillah, Suami Terchenta dan anak-anak suka sampai licin sekuali pasta ni 🤭. Resipi yang sangat senang dan bahan-bahan pun tak complicated. Aglio olio pasta ni kalau banyak sangat bahan-bahannya, then it's not aglio olio. Kalau takde udang dan capsicum pun ok je tapi dekat rumah aku wajib ada protein dan sayur, jadi aku masukkan kedua-duanya untuk hidangan yang lengkap.

Korang pulak suka resipi aglio olio asal atau resipi yang dah di'Melayu'kan? Cer komen.

Nota kaki: Hari ni adik-beradik aku nak datang ke rumah untuk makan-makan. Semalam aku dah beli bahan-bahan untuk buat laksa Sarawak. Nak kena kemas rumah dan buat laksa Sarawak, makanya mungkin tak sempat nak blogwalking hari ni. Happy weekend korang!

Post a Comment

0 Comments