Kalau korang tengok aku cuba aiskrim baru ni, semuanya gara-gara terpengaruh dengan blogger Anies ye hihi.
Kebetulan ke Family Mart baru-baru ni, dan aku ternampak ZUS Coffee x Farm Fresh Cream Hauz Ice Cream bars dalam peti aiskrim.
Takkan la aku tamak haloba nak ambik ketiga-tiga perisa tu kan 😜. Sudahnya aku pilih yang perisa Spanis Latte.
![]() |
| Aiskrim ZUS Coffee perisa Spanish latte |
Ni rupa aiskrim ni selepas dibuka pembalutnya:
![]() |
| Salutan kat luar tu nampaknya retak sikit jadi kena makan dengan berhati-hati supaya tak bersepah |
![]() |
| Selepas gigitan pertama, terus retak dekat bahagian tepi tu 🤭 Sedikit fragile ye aiskrim ni. |
Kesimpulannya, adakah rasanya macam minuman Spanish latte di ZUS Coffee? Ehhh 👋🏻 Adalah sipi-sipi. Rasa aiskrim belah dalam tu boleh la ada rasa macam Spanish latte. Yang salutan kat luar tu pun ada bau dan rasa kopi yang mild. Sedap ke? Sedap la jugak. Cuma salutan belah luar tu mudah crumble bila digigit. Jadi nikmatilah aiskrim dengan berhati-hati ye.
Kalau tak silap aku harganya RM5 kot. Kalau rasa nak minum Spanish latte ZUS tapi tak cukup bajet boleh la cuba aiskrim ni sebab lebih murah dari harga air kat ZUS tu hihi.



0 Comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .