Minggu lepas, kiteorang bawak anak-anak ke kedai KKV yang sekarang ni tengah viral di IG. KKV ialah rangkaian kedai gaya hidup (lifestyle) dari China. Konsepnya lebih kurang Miniso, Daiso dan Muji yang bergabung haa gittew... Barang-barang dalamnya memang menarik dan berwarna-warni, kalau korang masuk sini  rasanya 2 jam pun tak cukup nak belek-belek barang-barang dalam KKV 😅. Semuanya comel dan buatkan rasa geram je nak borong semua!


Lifestyle store
Dari jauh dah nampak bangunan KKV yang berwarna kuning terang. Kedainya tak jauh dari stesen MRT Bukit Bintang

Dalam kedai ni ada 4 tingkat yang menempatkan pelbagai barangan dari pewangi rumah, barangan kosmetik dan kecantikan; permainan macam lego dan plush toys; alat tulis yang comel dan barangan DIY; pakaian dan peralatan rumah termasuk aksesori hiasan dan barang kemas, beg dan topi; travel essentials (e.g. botol mesra travel untuk gel mandian/syampu/ubat gigi dll.tuala muka pakai buang, dll.), dan snek.

Jom tengok apa yang menarik dalam KKV ni:


home products
Tingkat 1 ada snek, pewangi rumah dan plushies

stationeries
Tingkat kedua pulak ada alatulis dan permainan. Semestinya anak-anak aku paling lama melekat di sini sebab rambang mata tengok pen berwarna pelangi kat dinding, stickers yang comel dan notebooks (dieorang ni gila buku nota sebab suka melukis)

KKV Bukit Bintang
Permainan lego yang comel. Susun atur kedai ni memang interesting sebab pandai menggunakan warna yang terang dan menarik perhatian pelanggan

homewares
Yang ni pulak di tingkat 3 kalau tak silap. Ada bermacam-macam barangan rumah dalam pelbagai warna yang cantik 😍

bath bombs
Bath bombs ni berbentuk pastries dan cupcakes 🤤 Tetiba rasa nak cari hotel yang ada bathtub semata-mata nak cuba bath bombs!

bath bombs
Comel kan? Jangan bagi anak kecik nampak takut dieorang ingat makanan pulak 😜 Yang macam aiskrim batang tu pulak ialah sabun

snacks
Ni pulak ialah snek macam lollipop, biskut, gula-gula dan minuman. Gambar background Khadeeja posing ni ialah tempat yang paling ramai orang ambik selfie

ramen and noodles
Yang ni pun sama, dinding ni penuh dengan pelbagai jenis mee segera dan ramen

Kalau anak-anak 'melekat' di tingkat 2, emak dieorang pulak 'melekat' di tingkat 4 🤭. Apa yang menarik di sini ialah barang-barang beauty products dan penjagaan diri. 


lip gloss
Comel giler lip gloss bentuk aiskrim ni

beauty products
Antara barangan kecantikan yang ada ialah facial mask, body mask, pencuci muka, losyen badan, gel mandian, makeup sponges, barangan makeup dan macam-macam lagi

Hasil tangkapan aku pada hari tu ialah gel mandian yang baunya seakan-akan gel mandian hotel, beberapa keping facial mask (sebab murah!) dan makeup brushes (padahal pakai makeup pun jarang-jarang!). Tapi itulah sifat perempuan yang kalah bila tengok barang-barang kecantikan yang murah-murah ni 🤣. Banyak-banyak hasil tangkapan tu, aku paling suka gel mandian tu (lupa ambik gambar dah buang pun kotaknya) sebab lepas pakai kulit tak rasa kering pun. Lepas mandi wangi satu bilik air dibuatnya 👍🏻. Nama gel mandian tu ialah 'Dear Irean' - Saipan Holiday.

Siapa lagi yang pernah masuk ke kedai KKV ni? Cer kongsi apa barang yang korang beli yang paling berbaloi dan tak menyesal beli 😊.