Salam Isnin kawan-kawan,

Hari ni penat betul rasanya sebab semalam baru balik dari bawak my mom jalan-jalan ke Melaka. Sebelum bertolak ke Melaka, sempat lagi hadir ke Sports Day sekolah Khadeeja. Sudahnya, hari ni aku rasa flat, tak dan rasanya nak ber blogging. 

Nanti dah hilang penat Insha Allah aku akan buat entry pasal aktiviti kiteorang hujung minggu lepas. Sementara tu, ni la teaser gambar-gambar anak-beranak di Melaka. Kemain happy mak dapat jalan jauh trip kali ni (minggu sebelum tu, kakak dan adik aku bawak mak jalan-jalan ke Kemaman, Terengganu dan minggu ni giliran kiteorang pulak bawak mak jalan-jalan ke Melaka).


Melaka
Bawak mem besar melawat kota warisan dunia, Melaka

Nota kaki: Tak puas makan angin di Melaka sehari je. Paling kurang 2 hari baru dapat cover semua tempat kot.