Sambung kisah JJCM di Jakarta. Sebelum bertolak ke Bandung, Fanny dan Raka jemput kami di hotel seawal jam 7 pagi lagi untuk sarapan bersama. Plan asal Fanny nak bawak kiteorang mencuba bakso Malang tapi terpaksa cancel sebab kedainya bukak agak lewat, pukul 9 pagi. Kiteorang pulak dah plan nak jumpa kakak, adik dan mak aku di Stesen Halim untuk naik keretapi Whoosh sama-sama ke Bandung. Akhirnya Raka pun mencadangkan Ah Pek Kopitiam sebab restorannya bukak awal pagi.
![]() |
| Ah Pek Kopitiam |
Pagi tu aku agak teruja sebab belum pernah mencuba restoran kopitiam di Indonesia jadi aku teringin nak tengok perbezaan kopitiam di Malaysia dan Indonesia. Rezeki kami dapat parking betul-betul depan pintu masuk ke restoran sebab kat sini parking agak limited.
![]() |
| Suasana dalam restoran |
Walaupun kiteorang sampai awal pagi, tapi dah ramai pelanggan di dalam restoran. Menurut Raka, restoran Ah Pek Kopitiam yang kiteorang pergi tu baru je beroperasi selepas berpindah dari lokasi lama yang tak jauh dari restoran ni. Patutlah kedainya nampak baru je.
Restoran Ah Pek Kopitiam ni kelihatan agak luas dan susunan meja pun tak serapat kebanyakan kedai kopitiam di Malaysia.
Selepas kiteorang duduk, staff restoran terus menghantar menu ke meja kiteorang. Ternyata menu di sini agak berbeza dengan menu kopitiam di Malaysia walaupun ada juga hidangan yang sama seperti roti bakar, dimsum, roti canai / roti prata, telur separuh masak dan egg tart. Kalau di Malaysia, menu kopitiam cenderung ke arah hidangan nasi lemak, nasi ayam Hainan, kari laksa, mi kari dan char kuey teow, tapi di Ah Pek Kopitiam, menunya cenderung kepada hidangan nasi goreng, bubur ayam dan hidangan mee macam mee gepeng dan misoa kuah.
Dah alang-alang berada di kopitiam di Jakarta, wajiblah aku mencuba menu lokal di Jakarta. Agak rambang mata sebab tak tau nak pilih nasi goreng, mee atau bubur ayam. Akhirnya aku pilih untuk mencuba mee gepeng pedas ayam kecap.
![]() |
| Mee gepeng pedas ayam kecap |
Mee gepeng merujuk kepada sejenis mee yang lebar dan nipis. Mee diaduk dengan kicap dan dihidang dengan sayur sawi celur, bawang goreng, isi ayam yang dicarik dan kulit wantan di atasnya, dan semangkuk sup kosong. Suapan pertama mengingatkan aku kepada rasa chilli pan mee. Rasanya sedap, manis kecap dan rasa savoury yang seimbang.
Oleh sebab Suami Terchenta bersengkang mata kena bekerja malam sebelumnya, pagi tu dia tak berapa lapar. Jadi dia pulak pesan pandan kaya toast.
![]() |
| Pandan kaya toast |
Rotinya dibakar sekata dan disapu dengan kaya pandan. Mentega antara kepingan roti tu masih lagi dalam bentuk ketulan, dan tak disapu sekata. Bagi aku, aku suka gigit mentega yang masih berketul macam ni sebab dapat rasa masin mentega dan manis dari kaya tu bergaul mesra dalam mulut hihi. Tapi ada orang tak suka rasa mentega dan prefer mentega tu disapu rata atas roti.
Raka dan Khadeeja pesan bubur ayam - Khadeeja pesan bubur ayam original dan Raka pulak pesan bubur ayam telur asin:
![]() |
| Bubur ayam telur asin |
Nampak sedap bubur ayam tu. Bubur ayam ialah hidangan sarapan pagi yang popular di Indonesia. Mungkin lain kali bila ke Jakarta lagi, aku akan mencuba bubur ayam pulak.
Fanny pulak pesan misoa kuah tomyam bakso seafood. Aku cicip sikit misoa ni - sedap betul kuah tomyam nya! Yang ni pun aku masuk bucket list untuk dicuba lain kali.
![]() |
| Misoa kuah tomyam bakso seafood |
Antara kedua-dua anak dara aku tu, Khayla sejenis yang tak berapa adventurous bab-bab mencuba makanan baru. Jadi untuk Khayla, dia pesan roti prata dengan kari ayam:
![]() |
| Roti prata kari ayam dengan roti prata ekstra |
![]() |
| Egg tart |
Untuk minuman pulak, Suami Terchenta pesan teh tarik dan aku dengan Fanny pesan kopi tarik butter. Yang ni aku tak ingat pulak rasanya macamana. Tapi yang penting sedap, cuma kopi tarik aku tu tak berbuih, tak macam kopi tarik yang Fanny pesan 😅. Mentega pun agak lambat mencair sebab kopi tu tak berapa panas.
![]() |
| Kiri: Teh tarik; kanan: Kopi tarik butter |
Actually ada beberapa makanan lain lagi yang dipesan oleh Fanny dan Raka tapi aku lupa ambik gambar rupa-rupanya. Nak tengok senarai lengkap makanan yang dipesan, korang boleh baca kat blog Fanny ya.
Insha Allah kalau ada rezeki ke kopitiam di Jakarta lagi, aku nak cuba misoa yang Fanny pesan dan jugak bubur ayam telur asin sebab nampak menarik betul 😋.
Alhamdulillah, sekali lagi terima kasih Fanny dan Raka sebab belanja sarapan pagi di Ah Pek Kopitiam 🫶🏻. Semoga murah rezeki selalu, Ameen YRA 🤲🏻.










0 Comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .