Sabtu lepas, member aku Yana ajak kiteorang ke rumah dia yang baru lepas renovate selepas kiteorang hint nak tengok dapur baru dia yang lawa hihi. Akhirnya dia termakan pujuk rayu kiteorang dan buat jugak la housewarming merangkap makan-makan sempena birthday anak sulung dia yang jugak BFF Khadeeja.

Walaupun Yana kata tak payah bawak apa-apa tapi aku dan Jaja tak sampai hati la nak datang berlenggang-kangkung je. Aku bawak donut dari Big Apple dan Jaja pulak bawak Tauhu Anora. Mujur ada Big Apple Donut tu sebab Yana sebenarnya nak buat cookie cake untuk kek birthday anak dia tapi tak sempat pulak. Sudahnya donut tu la pengganti kek birthday. Dan since kiteorang lepak lama-lama kat rumah Yana sampai ke petang, tauhu Anora tu end up untuk minum petang.


Donut Big Apple jadi pengganti kek birthday

Dah lama tak makan tauhu Anora ni...

Yana buat nasi ayam Hainan untuk jamu tetamu. Sedap, boleh buat bisnes nasi ayam ni!

Nasi ayam Hainan guna rempah '5 spices'

Yang ni pulak dessert mochi yang dia order tapi dia tak puas hati sebab mochi dah la lambat sampai, lepas tu saiz pun tak sekata. Coklat kat dalam mochi tu pun masih beku lagi (sepatutnya cair)

Sebelum kiteorang pergi ke rumah Yana, sempat lagi aku dan Khadeeja keluar ke Sunway Putra cari hadiah untuk BFF dia tu. Lepas tu dia menghabiskan masa decorate paper bag untuk letak hadiah tu.


Gigih Khadeeja lukis dan warna paper bag untuk letak hadiah

Hasil kreativiti Khadeeja


Suka sangat BFF dia bila dapat hadiah dari Khadeeja. BFF dia tu dah pindah sekolah, jadi bila dieorang berdua berjumpa memang tak berenggang la sepanjang kiteorang dekat rumah Yana.


Birthday girl happy dapat jumpa Khadeeja. Kali terakhir jumpa bulan Mei masa aku jemput makan-makan raya

Sebelum balik, ambik gambar ramai-ramai buat kenangan

Thank you tuan rumah Yana sebab sudi jemput kiteorang datang ke rumah walaupun barang-barang tak habis kemas lagi. Sempat dia bawak house tour di tingkat atas rumah dan kiteorang semua setuju berbaloi la dia tunggu setahun lebih sebelum rumah dia akhirnya siap di renovate 😄.