Salam 11 Syawal kawan-kawan,
Pejam celik pejam celik, dah hampir 2 minggu kita menyambut Hari Raya Aidilfitri. Semalam aku habiskan masa blogwalking dan baca entry kawan-kawan tentang sambutan Raya. Cuma aku tak sempat nak tinggalkan komen dekat setiap entry. Maklumlah, dah lama tak melawat blog kawan-kawan apalagi blog sendiri 😅. Blog ni pun dah macam lombong tinggal huhu.
Anywayyyyyy.... Raya kami pulak macamana? 😉
#1 - Nak balik, nak balik kampung... Kampung siapa dulu?
🤠Tahun ni kiteorang beraya di kampung Suami Terchenta dulu sebelum balik ke kampung aku pada hari raya ke-5. Tapi yang kelakarnya, kena balik kampung aku dulu baru sampai kampung Suami Terchenta 😆. Sebabnya flight kiteorang transit kat Bintulu sehari baru fly ke Kuching. Flight direct ke Kuching, harga tiket mahal yakmat 😅. OK la, ada hikmahnya dapat berbuka puasa dengan mak dan ayah aku sebelum kiteorang balik ke kampung Suami Terchenta.
#2 - Ketipak-ketipung, sayang, baju raya dah beli ke, sayang?
Tahun ni raya pertama kiteorang pakai baju yang kiteorang beli untuk wedding adik aku bulan Januari lepas. Masih kira baru la jugak, kan? 😆. Raya kedua kiteorang recycle baju raya tahun lepas pulak. Raya ketiga kiteorang pakai je baju yang ada. Janji baju masih elok, cantik dan tak lusuh. Masa bulan puasa hari tu, banyak baju kurung lama (yang masih elok sebab kiteorang jarang berbaju kurung) yang aku dermakan dekat projek baju raya, jadi mana yang tinggal dalam almari tu la yang kiteorang bawak balik untuk beraya.
#3 - Tolong bonda masak serba lengkap...
Biasanya sebelum raya aku tolong mak mertua aku siapkan hidangan raya untuk dihantar ke masjid pagi raya. Tapi tahun ni mak mertua aku dah pandai outsource ke jiran belakang rumah 😜 Dia tinggal bagi duit je, jiran belakang rumah yang masakkan dan hantar lauk-pauk raya ke masjid. Jadi tahun ni aku buat menu sendiri - laksa Sarawak. Sebelum balik kampung pulak aku memang dah siap-siap masak rendang daging dalam pressure cooker dan bekukan sebelum bawak balik ke kampung. Gambar rendang takde pulak, lupa nak ambik. Cuma nak bagitau, rendang tu aku buat ikut resipi KA - tu je la resipi KA yang aku buat tahun ni 😜. Tak menyempat aku nak jadi pelajar KA weyh, tengok resipi dia post setiap hari pun mata aku dah juling! 🤪
![]() |
| Laksa Sarawak hidangan untuk keluarga di pagi raya |
#4 - Kuih-muih sudah terhidang, kita jemput sekampung datang...
Kalau korang berkesempatan beraya di Sarawak, korang jangan terkejut ye sebab kat sana tuan rumah cuma hidang kuih-muih dan biskut raya je dekat tetamu. Jarang-jarang tuan rumah hidangkan makanan berat macam rendang, ketupat, nasi dan lauk-pauk dekat tetamu yang datang berkunjung pada hari raya. Lauk-pauk ni cuma dihidangkan di meja makan keluarga je melainkan kiteorang buat rumah terbuka baru la ada makanan berat. Tetamu yang datang beraya biasanya dihidangkan dengan kek lapis, biskut raya, sotong merah (favourite orang Sarawak ni!) dan kekacang. Minuman pulak biasanya air berkarbonat atau air berperisa dalam kotak (green tea, susu soya, teh krisantimum dsb.). Sebab tu orang Sarawak boleh beraya sampai berpuluh-puluh buah rumah sehari sebab setakat makan sekeping dua kek lapis dan biskut raya dekat setiap rumah takde hal la 😂. Kiteorang banyak menyembang dari makan masa 'bejarah raya'. Jangan hairan bila tengok ramai orang berbaju raya singgah makan di restoran segera sebab dah sedia maklum di rumah orang kemungkinan besar tak jumpa makanan berat. Macam tu la sedikit sebanyak budaya raya di Sarawak.
#5 - Everybody nak selfie, semua busy raya OOTD...
Acara wajib pagi raya tak lain tak bukan bersalam-salaman bermaaf-maafan dan ambik gambar keluarga buat kenangan raya. Tahun ni kurang meriah sikit gambar pagi raya sebab cuma adik ipar lelaki aku je yang ada. Jadi kiteorang ambik gambar dengan mak dan ayah mertua dan gambar family berempat je la.
![]() |
| Gambar raya dengan mak dan bapak mertua |
![]() |
| Gambar raya berempat dengan pelbagai ragam Khadeeja yang suka menyakat 😆 |
Kalau korang perasan, aku guna lirik lagu raya untuk cerita pengalaman raya kami. Cuba teka tajuk lirik lagu raya yang aku selitkan dalam entry ni 😉. Selamat Hari Raya kawan-kawan, Maaf Zahir & Batin!



5 Comments
lain2 tempat lain budaya kan. kat Semenanjung pun ada je rumah yang sediakan kuih raya je takde makanan berat. tapi kebanyakkan memang ada makanan berat kalau awal2 raya tu.
ReplyDeletesalam eidul fitri utk carneyz sefamili. menarik la entry guna tajuk2 lagu raya!! oooo lain betul budaya org sarawak dgn org semenanjung bab2 jamu mknn tu...kalau kat kelantan...setiap rumah ada mknn berat laaa esp nasi impit, ketupat, kuah kcg, rendang etc
ReplyDeleteAdoi..siap teka tajuk lagu ni..Linda siap nyanyi bila baca tajuk sub² topik tu.
ReplyDeleteSelamat hari raya kak Mim sekeluarga, maaf zahir batin.
selamat hari raya Carneyz&family....biasa juga dengar cerita kawan2 adat budaya raya di sarawak lain dari kita di semenanjung
ReplyDeletelagu raya gen Z ni kan Carneyz...aisha retro,mimifly
selamat hari raya carney, jun & double K!! alu x berjumpa kita di hari raya... maaf 0-0 k
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .