Salam 11 Syawal kawan-kawan,
Pejam celik pejam celik, dah hampir 2 minggu kita menyambut Hari Raya Aidilfitri. Semalam aku habiskan masa blogwalking dan baca entry kawan-kawan tentang sambutan Raya. Cuma aku tak sempat nak tinggalkan komen dekat setiap entry. Maklumlah, dah lama tak melawat blog kawan-kawan apalagi blog sendiri 😅. Blog ni pun dah macam lombong tinggal huhu.
Anywayyyyyy.... Raya kami pulak macamana? 😉
#1 - Nak balik, nak balik kampung... Kampung siapa dulu?
🤭 Tahun ni kiteorang beraya di kampung Suami Terchenta dulu sebelum balik ke kampung aku pada hari raya ke-5. Tapi yang kelakarnya, kena balik kampung aku dulu baru sampai kampung Suami Terchenta 😆. Sebabnya flight kiteorang transit kat Bintulu sehari baru fly ke Kuching. Flight direct ke Kuching, harga tiket mahal yakmat 😅. OK la, ada hikmahnya dapat berbuka puasa dengan mak dan ayah aku sebelum kiteorang balik ke kampung Suami Terchenta.
#2 - Ketipak-ketipung, sayang, baju raya dah beli ke, sayang?
Tahun ni raya pertama kiteorang pakai baju yang kiteorang beli untuk wedding adik aku bulan Januari lepas. Masih kira baru la jugak, kan? 😆. Raya kedua kiteorang recycle baju raya tahun lepas pulak. Raya ketiga kiteorang pakai je baju yang ada. Janji baju masih elok, cantik dan tak lusuh. Masa bulan puasa hari tu, banyak baju kurung lama (yang masih elok sebab kiteorang jarang berbaju kurung) yang aku dermakan dekat projek baju raya, jadi mana yang tinggal dalam almari tu la yang kiteorang bawak balik untuk beraya.
#3 - Tolong bonda masak serba lengkap...
Biasanya sebelum raya aku tolong mak mertua aku siapkan hidangan raya untuk dihantar ke masjid pagi raya. Tapi tahun ni mak mertua aku dah pandai outsource ke jiran belakang rumah 😜 Dia tinggal bagi duit je, jiran belakang rumah yang masakkan dan hantar lauk-pauk raya ke masjid. Jadi tahun ni aku buat menu sendiri - laksa Sarawak. Sebelum balik kampung pulak aku memang dah siap-siap masak rendang daging dalam pressure cooker dan bekukan sebelum bawak balik ke kampung. Gambar rendang takde pulak, lupa nak ambik. Cuma nak bagitau, rendang tu aku buat ikut resipi KA - tu je la resipi KA yang aku buat tahun ni 😜. Tak menyempat aku nak jadi pelajar KA weyh, tengok resipi dia post setiap hari pun mata aku dah juling! 🤪
![]() |
| Laksa Sarawak hidangan untuk keluarga di pagi raya |
#4 - Kuih-muih sudah terhidang, kita jemput sekampung datang...
Kalau korang berkesempatan beraya di Sarawak, korang jangan terkejut ye sebab kat sana tuan rumah cuma hidang kuih-muih dan biskut raya je dekat tetamu. Jarang-jarang tuan rumah hidangkan makanan berat macam rendang, ketupat, nasi dan lauk-pauk dekat tetamu yang datang berkunjung pada hari raya. Lauk-pauk ni cuma dihidangkan di meja makan keluarga je melainkan kiteorang buat rumah terbuka baru la ada makanan berat. Tetamu yang datang beraya biasanya dihidangkan dengan kek lapis, biskut raya, sotong merah (favourite orang Sarawak ni!) dan kekacang. Minuman pulak biasanya air berkarbonat atau air berperisa dalam kotak (green tea, susu soya, teh krisantimum dsb.). Sebab tu orang Sarawak boleh beraya sampai berpuluh-puluh buah rumah sehari sebab setakat makan sekeping dua kek lapis dan biskut raya dekat setiap rumah takde hal la 😂. Kiteorang banyak menyembang dari makan masa 'bejarah raya'. Jangan hairan bila tengok ramai orang berbaju raya singgah makan di restoran segera sebab dah sedia maklum di rumah orang kemungkinan besar tak jumpa makanan berat. Macam tu la sedikit sebanyak budaya raya di Sarawak.
#5 - Everybody nak selfie, semua busy raya OOTD...
Acara wajib pagi raya tak lain tak bukan bersalam-salaman bermaaf-maafan dan ambik gambar keluarga buat kenangan raya. Tahun ni kurang meriah sikit gambar pagi raya sebab cuma adik ipar lelaki aku je yang ada. Jadi kiteorang ambik gambar dengan mak dan ayah mertua dan gambar family berempat je la.
![]() |
| Gambar raya dengan mak dan bapak mertua |
![]() |
| Gambar raya berempat dengan pelbagai ragam Khadeeja yang suka menyakat 😆 |
Kalau korang perasan, aku guna lirik lagu raya untuk cerita pengalaman raya kami. Cuba teka tajuk lirik lagu raya yang aku selitkan dalam entry ni 😉. Selamat Hari Raya kawan-kawan, Maaf Zahir & Batin!



44 Comments
lain2 tempat lain budaya kan. kat Semenanjung pun ada je rumah yang sediakan kuih raya je takde makanan berat. tapi kebanyakkan memang ada makanan berat kalau awal2 raya tu.
ReplyDeletePernah sekali je beraya di Semenanjung ikut kawan balik kampung dia di Raub. Masa tu awkward je sbb saya igtkan bila pergi beraya rumah orang lain makan ringan2 je jadi kat rumah member tu saya dah makan kenyang2 pagi tu sebelum ke masjid utk solat raya hihi. Bila pergi beraya, kena paksa makan lagi sbb semua rumah yg member saya bawak tu semua hidang nasi hihi.
Deletesalam eidul fitri utk carneyz sefamili. menarik la entry guna tajuk2 lagu raya!! oooo lain betul budaya org sarawak dgn org semenanjung bab2 jamu mknn tu...kalau kat kelantan...setiap rumah ada mknn berat laaa esp nasi impit, ketupat, kuah kcg, rendang etc
ReplyDeleteHaah lain sangat2 budaya raya kat sini dari Semenanjung hihi. Klu org Semenanjung dtg beraya takut kebulur pulak sbb tuan rumah cuma jamu kek lapis & biskut raya hihi. Tapi ada jugak tuan rumah yg hidangkan lemang, ketupat & rendang cuma tak banyak.
DeleteAdoi..siap teka tajuk lagu ni..Linda siap nyanyi bila baca tajuk sub² topik tu.
ReplyDeleteSelamat hari raya kak Mim sekeluarga, maaf zahir batin.
haha, saja je mencipta kelainan sikit supaya pengunjung tak bosan baca entry pasal raya yang ke-100+ 🤪
DeleteSelamat hari raya Linda. Ni kali kedua tersilap ni blog kakmim 😅. Marah pulak kakmim nanti hihi
Deleteselamat hari raya Carneyz&family....biasa juga dengar cerita kawan2 adat budaya raya di sarawak lain dari kita di semenanjung
ReplyDeletelagu raya gen Z ni kan Carneyz...aisha retro,mimifly
Haah, pandai Afzan teka lagu raya ni hihi. Cuma lagu Jodoh Lebaran je tak boleh nak fit dlm entry ni sbb dah beraya kat kampung jodoh pun tahun ni 🤭
Deleteselamat hari raya carney, jun & double K!! alu x berjumpa kita di hari raya... maaf 0-0 k
ReplyDeleteyalatekkk mala jak lupak koh haha. Tahun depan giliran raya di Igan. Maybe tahun 2028 kot kita polah plan k 🤭 semoga panjang umur ada jodoh dapat berjumpa time raya 2028 kelak 🤲🏻
DeleteSelamat Hari Raya Aidilfitri Carneyz......Maaf Zahir Batin...
ReplyDeleteSelamat Hari Raya SA, maaf zahir & batin 😘
DeleteSelamat hari raya!
ReplyDeleteSelamat Hari Raya sis! Terima kasih singgah baca blog ni 😊
DeleteSalam Aidil Fitri buat Carneyz sekeluarga. Maaf zahir batin.
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Kak Amie, maaf zahir & batin 😘
DeleteSelamat hari raya maaf zahir batin dari ciknur sekeluarga
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Ciknur, maaf zahir & batin 😘
DeleteSalam Syawal 11.
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Shai, maaf zahir & batin 😄
Deleteselamat hari raya ke 11 ;-)
ReplyDeletenak tgk koleksi kek lapis sarawak raya ni hehehe
alamak, takde ambik gambar kek lapis tahun ni sbb masuk2 rumah je sibuk menyembang tak snap gambar sgt hehe.
DeleteSelamat Hari Raya anies, maaf zahir & batin 😘
meriahnyer raya, selamat hariraya maaf zahir batin., aminn
ReplyDeleteAlhamdulillah, selamat hari raya maaf zahir & batin 😊
DeleteRendang Carneyz ikut terbanglah kan? Kalau jual, harga mahal tu 😀
ReplyDeleteAlamak..akak tak reti lagu orang muda, tak tau 😄
Ye, ikut terbang sekali hihi. Bawak 3 bekas - satu bagi dekat mak, satu bagi dekat ayah saya satu lagi bawak ke kampung mertua 😄
DeleteAlamak terliur nampak laksa sarawak tu Carneyz. Laksa dia letak bihun kan?
ReplyDeleteAah, betul tu sis Ezna. Laksa Sarawak mmg pakai bihun 😊
DeleteSelamat hari raya, maaf zahir batin..meriahnya..cantik gambar kenangan..
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Cikgu, maaf zahir & batin 😄
DeleteSik terlambat rasanya untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidifitri buat ktk sekeluarga...Maaf zahir dan batin
ReplyDeleteSelamat Hari Raya mrhanafi, maaf zahir & batin 😊
DeleteSelamat Hari Raya Maaf Zahir Batin utk sis sekeluarga. Cantik pose Raya family depa 😍
ReplyDeleteSelamat Hari Raya sis, maaf zahir & batin 😘
Deleteselamat hari raya utk carneyz sefamily...sedap laksa sarawak
ReplyDeleteSelamat Hari Raya kak Amy, maaf zahir & batin 😘
DeleteSelamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin ya Carneyz
ReplyDeleteNampak laksa Sarawak sedapnya
Selamat Hari Raya kak Mulan, maaf zahir & batin 😘
DeleteMat Ri Ye tau...
ReplyDeleteSuka la posing2 tu.... nampak meriah sangat
Matriye Uncle 😄 anak no. 2 tu mmg havoc sikit time bergambar hehe
DeleteWaah hrs transit dulu baru ke kampung suami yaaa 😄. Saya belum cek lagi kalau tiket ke Sarawak dari jakarta. Kemarin tuh ada buka rute baru airasia, tp lupa pula dari mana berangkatnya.
ReplyDeleteLirik lagu yg dimaksud yg #2 nih kan 😄. Lagunya memang terngiang2 di telinga sebab sering dengar 😄.
Kalau baju raya, sayapun jaraaaaang beli. Sebab biasa pakai yg lama. Baju2 begini saya memang jarang pakai, Krn itu ada baju raya yg dah bertahun2 tp msh bagus. Dipakai cuma setahun sekali 😅.
Naah tradisi bertemu tp hanya makan kue, itu sebenarnya sama juga dengan di kampung suami saya, Solo jarang makan berat. Krn biasanya makan berat itu hanya di raya pertama. Raya selanjutnya itu cukup kue.
Ya, memang aneh AA sebab route transit lagi murah dari direct. Jadi harus transit dulu di kampung saya esoknya baru pulang ke kampung suami saya 😂
DeleteYa betulll... ni lirik lagu yang viral 2-3 tahun ni hihi.
Rata2 orang di sini akan beli baju baru untuk hari raya atas alasan sunnah pakai baju baru pada hari raya. Kalau beli baju baru pun, saya beli sehelai je untuk hari raya pertama, dan hari raya kedua dan ketiga, pakai baju recycle. Sama, saya pun pakai setahun sekali atau untuk pergi ke kenduri je.
Di Malaysia, berbeza tradisi di Semenanjung dan di Sarawak sebab di Sarawak memang hidang kek lapis je dari hari pertama sampai la hujung raya 😅 Melainkan ada buat acararumah terbuka baru hidang makanan berat.
Salam Aidilfitri kak! Maaf Zahir Batin!
ReplyDeleteOhhh..macamtu tradisi raya kat sana ye.. Senang la macamtu. Tak payah masak banyak banyak sangat makanan berat kan 👍🏻
Btw.. akak pakai lagu Nabila Razali &Aisyah Retno!! Hehe..
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .