Salam Rabu kawan-kawan,
Tak semua pengalaman di resort ni yang kelat, ada jugak yang manis dan bagi aku dan Suami Terchenta, best sebab kiteorang jarang-jarang buat aktiviti rekreasi bersama-sama semenjak dia bertambah busy dengan kerja-kerja di pejabat. Jadi ni la masanya kiteorang meluangkan masa dengan each other.
Selain daripada ladang kelapa sawit, resort ni jugak terletak berhampiran tasik lombong bijih timah satu masa dulu. Antara aktiviti yang menarik di sini ialah berkayak dan menaiki paddleboat. Selain daripada aktiviti atas air, ada jugak aktiviti lain seperti berbasikal, sewa e-scooter, nature walk with guide, birdwatching with guide, bermain bola tampar dan memanah. Ada jugak kemudahan bersukan seperti petanque, bola sepak, table tennis, bola keranjang dsb. Untuk anak-anak kecik pulak, ada board games dan aktiviti melukis batik (batik painting). Oh ya, dekat resort ni pun ada spa jugak tapi disebabkan harganya agak pricey jadi aku pun skip aktiviti ni.
![]() |
| Kiri: Besar kawasan resort ni macam dalam peta ni. Kanan: Antara aktiviti rekreasi yang disediakan untuk tetamu resort |
Keesokan pagi, selepas kiteorang bersarapan di restoran, kiteorang decide nak jalan kaki balik ke bilik sambil explore kawasan resort.
Sampai di bilik, kiteorang terus salin pakaian yang sesuai untuk aktiviti outdoor. Nature walk with guide tu nampak menarik tapi timing pulak tak sesuai. Sudahnya kiteorang decide nak memanah dan berkayak di tasik je. Nak ke tempat rekreasi kena naik buggy sebab jauh.
Bila buggy sampai, staff tu tanya la sama ada kiteorang dah buat booking ke tak. Rupa-rupanya kena buat tempahan terlebih dulu sebab menggunakan fasiliti di kawasan rekreasi. Jadi kiteorang pun kena pergi ke lobi resort untuk daftar nama. Tapi pagi tu cuma ada kiteorang dengan satu keluarga dengan anak berumur dalam lingkungan 8-9 tahun. Masa kiteorang sampai, dieorang tengah guna kayak jadi kiteorang pun buat aktiviti memanah dulu sementara tunggu giliran berkayak.
![]() |
| Lenguh jugak tangan dan bahu lepas aktivit memanah ni! Tapi ok la, masing-masing dapat memanah ke 'bulls-eye' sekurang-kurangnya sekali. |
Akhirnya tiba giliran kiteorang pulak untuk guna kayak 2 orang ni:
![]() |
| Berkayak dari hujung tasik ke hujung tasik |
![]() |
| "Abang, kalau ada ular tengah tasik ni macamana kita nak lari?" Tanya seorang wife yang overthinking |
Tak cukup explore tasik besar, kiteorang berkayuh pulak ke tasik kecik, kena lalu bawah jambatan. Dekat tengah-tengah tasik kecik ni ada satu 'pulau' kecik dengan beberapa batang pokok atas 'pulau' tu. Dari jauh kiteorang curious tengok apalah yang bergantungan atas pokok tu. Bila kiteorang kayuh lebih dekat, rupa-rupanya sarang burung tempua. Masha Allah, cantik dan kemas je anyaman sarang burung tempua ni! Ada yang ada lubang macam ni, dan ada jugak yang melengkung ke bawah.
Hasil carian Google tentang sarang burung tempua, sarang yang berlubang tu dibuat oleh burung jantan sebab senang dia nak bertenggek sambil memperagakan diri-sendiri untuk memikat burung betina. Yang melengkung pulak sarang burung betina, untuk simpan telur dalam sarang tu. Satu lagi fakta yang menarik tentang burung tempua dan sarangnya ialah kedua-duanya tergolong dalam kategori "hidupan liar dilindungi". Mengambil dan menyimpan sarang burung tempua tanpa kebenaran dari ialah satu kesalahan undang-undang di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).
![]() |
| Sarang burung tempua |
Alhamdulillah seronok menghabiskan masa buat aktiviti rekreasi macam ni. Kiteorang pulang semula ke bilik bila hari dah semakin panas untuk mandi dan berehat. Lepas Asar kiteorang check-out dan bergerak pulang ke KL.
![]() |
| Selamat tinggal, bilik tikus! Eh, bilik resort! |
Tapi dalam perjalanan balik, kiteorang sempat singgah makan di Bentong, Pahang. Di manakah? Yang tu aku cerita kemudian ye.








1 Comments
ada aktivities tu menarik juga...mmg kita akan overthinking tu bila berkayak kn tiba2 nmpk ular hehe
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .