Makan Malam di Estate Dining @ Mangala Estate Resort

Sambungan dari entry sebelum ni.

Malam tu kiteorang malas nak keluar jadi kiteorang makan di restoran dalam kawasan resort je la. Kiteorang pun telefon reception untuk request buggy ambik di villa dan hantar ke restoran. Restoran Estate Dining ni terletak di belakang bangunan lobi hotel. Memang lawa tempatnya dan luas.


Mangala Estate Resort
Restoran Estate Dining di bahagian luar

Mangala Estate Resort
Bahagian dalam restoran

Kiteorang duduk di bahagian tengah ni tapi menghadap ke arah kolam renang di luar. Selepas kiteorang duduk, staff restoran pun datang bawak buku menu. Malam tu kiteorang berdua nak makan nasi jadi aku pilih nasi goreng biasa (tak ingat namanya) dan Suami Terchenta ambik nasi goreng tomyam / Thai kot. Lupa pulak ambik gambar nama menu 😅. Untuk minuman, kiteorang ambik air kelapa pandan dalam biji kelapa.

Sementara tunggu makanan sampai, aku ambik beberapa gambar menarik dalam restoran.


Mangala Estate Resort
Lampu pendant design industrial yang cantik

Mangala Estate Resort
Hiasan meja

Mangala Estate Resort
Pandangan sisi hiasan meja makan

Finally, makan malam kiteorang pun sampai:


Estate Dining
Air kelapa pandan

Estate Dining
Nasi goreng dengan telur mata (sayangnya tak bergoyang!), ayam goreng berempah, tempe goreng, keropok ikan, acar dan ulam-ulaman


Estate Dining
Nasi goreng Thai / tomyum. Lauk sampingan lebih kurang sama je kecuali yang ni dihidangkan dengan telur dadar

Overall aku rasa nasi goreng kat sini ok la, not bad. Nasi goreng ada rasa wok hey / smoky. Portion sangat la besar, mengah pulak nak habiskan 😅. Ayam goreng berempah dalam pinggan aku ada bahagian yang kurang masak tapi aku malas nak komplen sebab dah kenyang masa tu. Antara dua nasi goreng ni, aku rasa nasi goreng Suami Terchenta lebih menepati citarasa aku. Tapi sedap je dua-dua tu haha.

Gambar selfie berdua takde ke? Malas nak letak, muntah darah pulak korang tengok 🤪. Maklumlah dah lama tak keluar dating malam-malam berdua je.

Balik tu Suami Terchenta tanya nak jalan kaki tak balik ke villa? Semestinya la tak. Aje gila kome nak berjalan celah-celah pokok kelapa sawit malam-malam dalam gelap nak balik ke bilik? Buatnya terserempak dengan kak ponti acaner? Sudahnya balik naik buggy je. End up malam tu lebih menyeramkan dari terserempak kak ponti, sebab terserempak tikus dalam bilik! 🤣

Post a Comment

3 Comments

  1. Yang penting dapat menikmati masa bersama Suami Terchenta!

    ReplyDelete
  2. Hahaha.. baru nak komen pasal nasi goreng, terkejut pulak baca ada tikus dalam bilik, menjerit tak tu, Carneyz???

    ReplyDelete
  3. berselera betul tengok hidangan makan malam di Estate Dining ni! Suasana malam kat Mangala Estate Resort ni pun nampak romantik dan tenang sangat. Memang complete pakej getaway kalau dapat jamu selera tempat sedap-sedap macam ni

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .