Terjebak!

Salam Khamis semua,

Hari ni mungkin aku tak sempat blogwalking sebab sokseksoksek hidung aku ni dah menjadi-jadi. Nak makan ubat selsema lepas tu sambung tidur.

Sebelum tu, sambung cerita pasal aktiviti dengan mak masa dia ke KL. Oh ya, mak dah di KL sekarang, di rumah adik aku. Insha Allah, kalau takde aral melintang dan diizinkan oleh Allah, mak dan kakak aku bakal ke tanah suci Mekah minggu depan untuk menunaikan umrah. Risau jugak sebab minggu ni MAS cancel semua flight ke Jeddah disebabkan situasi konflik antara kerajaan Saudi dan pihak Houthi Yemen. Jadi dengan rendah hati, aku nak mintak korang tolong doakan mak dan kakak aku dipermudahkan perjalanan bermusafir ke Jeddah minggu depan dan semoga ibadah umrah dieorang dapat dilaksanakan. Ameen YRA.

Eh, aku suka kan menyelit perkara lain bila nak bukak mukadimah entry blog aku ek? Tapi tu la, benda tu sekarang mengganggu fikiran aku, so I need to get it out of my chest first and foremost sebelum sambung cerita.

Anyway, lepas kiteorang lunch di Hanbing Korean Dessert Cafe, kiteorang jalan-jalan dalam Nu Sentral sambil cuci mata. Ternampak outlet Rituals, rasanya masa kiteorang pergi tu outlet tu baru je bukak sebulan lepas sebab dieorang tengah ada promosi pembukaan.

Tetiba mak aku bukak mulut, "Hari tu adik bagi mak pakai body cream Rituals yang dia punya. Sedap la bau dia. Mak suka..."

Ah sudahhhh... Mak dah terjebak dengan produk Rituals jugak 😅.

Baiklah, kuturuti juga permintaan mak. Lepas tu terus aku hantar mesej kat adik bagitau mak nak body cream yang sama dengan dia punya. Alhamdulillah, adik aku belanja hihi. 


Rituals Nu Sentral
Muka sinyum sebab adik belanja body cream Amsterdam Collection

Rituals Nu Sentral
Eh, dengan aku sekali terbeli beberapa barang Rituals sebab tengah ada diskaun masa tu 😅

Alang-alang kiteorang tengah shopping di Rituals, adik pesan belikan massage oil dan shower gel jugak untuk dia, nanti dia bayar balik kat aku. Aku suka bila dia mintak tolong belikan sekali sebab kalau beli banyak, selalunya dapat produk percuma. Rituals ni agak pemurah jugak bagi barang free time ada sale. Kadang-kadang dapat voucher RM50.


Rituals Nu Sentral
Hasil shopping di Rituals - dapat minyak wangi botol kecik, mini shower gel dan reed diffuser percuma 😍

OK cukuplah kuota shopping barang Rituals untuk tahun ni. Suami Terchenta pun dah mula jeling tengok botol shower gel  Rituals bersusun je atas rak dalam bilik mandi hihi. Aku pulak jenis berjimat masa pakai, pam sekali je setiap kali guna. Sebab buihnya banyak dan sekali pam je dah wangi satu badan. Konsepnya, alah membeli menang memakai 🤭. Alasan sangat! 🤣

Post a Comment

0 Comments