Salam Isnin kawan-kawan,
Bersambung dari entry jalan-jalan cari makan dengan mak, kali ni fokus dekat Oriental Kopi (OK) di Pejabat Pos Besar Lama KL depan Dataran Merdeka. Btw, OK sedang rancak jadi topik perbualan di Threads baru-baru ni sebab ada orang persoalkan kenapa buku menu dieorang tak guna bahasa kebangsaan, cuma BI & BC? Tapi bangga mengaku produk Malaysia. Erm. Aku rasa part ni memang khilaf pengurusan OK jugak (sebab kan bangga mengaku produk Malaysia, kena la jati diri Malaysia) tapi tak perlu la sampai jadi isu nak boikot bagai. Bagi komen elok-elok untuk penambahbaikan sudah la. Ada je restoran pemiliknya Melayu yang terkenal sampai kena beratur ambik nombor giliran tapi menu dieorang tak guna BM, sepenuhnya dalam BI je (taknak sebut nama takut menangguh di air yang keruh 😅). Takde pulak dibisingkan di Threads. OK, done into the scene.
Eh, kan melalut lagi 🫣. Ko memang suka melalut la Carneyz. Terimalah hakikat ðŸ¤.
Anyway, aku bawak mak ke Oriental Kopi di sebelah Bangunan Sultan Abdul Samad ni sebab tempat makan dekat tingkat atas tu estetik dan mak pun tak pernah lagi makan di sini.
Oriental Kopi di sini ada dua tingkat - ruang makan terletak di atas, dan kedai menjual produk OK di tingkat bawah. Bahagian kaki lima di tingkat bawah pun ada jugak meja makan tapi di luar restoran dan agak panas, tapi ada kipas besar. Cumanya tak perlu beratur tunggu lama sangat macam di ruang atas.
![]() |
| Mak posing depan mural Pejabat Pos Besar Lama KL dekat tingkat atas restoran Oriental Kopi ni |
Mak pesan nasi ayam Hainan dan passionfruit sour plum. Aku pesan Oriental Signature nasi lemak dan teh ais cincau. Sementara tunggu nasi sampai, kiteorang makan roti bakar.
Yang bagusnya di OK ni, servis cepat je lepas kiteorang dapat tempat duduk. Rasanya tak sampai 10 minit dah sampai semua makanan yang kiteorang pesan, walaupun pelanggan tengah ramai masa ni.
![]() |
| Nasi ayam Hainan |
![]() |
| Oriental Signature nasi lemak |
![]() |
| Teh ais cincau |
![]() |
| Roti bakar |
![]() |
| Mak dan minuman passionfruit sour plum yang besar gedabak confirm lepas tu korang rasa nak ke tandas |
![]() |
| Teh ais cincau ni aku dah pernah cuba di OK Sunway Putra, dan aku repeat sebab suka. |
Sebelum ni aku dah pernah review nasi ayam, roti bakar dan teh ais cincau di sini. Dari segi rasa, sama je dengan yang aku pernah makan dulu, so kudos tu the QC team sebab rasa makanan OK ni konsisten di kedua-dua cawangan OK yang aku pernah cuba ni. Rasa yang konsisten ni penting kepada pelanggan macam aku sebab ni menunjukkan jenama tu serius dengan kualiti makanan dieorang.
Portion nasi lemak agak besar la bagi aku, gigih aku nak menghabiskan sebab dah kenyang. Aku suka telur matanya sebab kuning telur tu cair. Nasinya pulak wangi (guna beras wangi biasa, bukan beras basmathi) dengan aroma santan dan sedap secukup rasa. Ayam berempah tu rangup di luar dan juicy di dalam, cuma ada bahagian yang aku rasa kurang masak sebab dagingnya masih merah sikit. Ikan bilis tu pulak, aku prefer ikan bilis yang lebih halus - ikan bilis kasar macam ni selalu lekat di celah gigi aku. Untuk standard kopitiam, nasi lemaknya OK la. Setakat ni aku belum jumpa lagi hidangan di OK yang betul-betul memikat rasa dan membuatkan aku rasa nak repeat OK selalu. Makanannya setakat ni memang sedap, tapi biasa je la. Yang pastinya, teh ais cincau dia kaw, rasa manisnya just nice dan sedap. Mungkin aku kena cuba lebih banyak menu di OK baru betul-betul jumpa yang aku betul-betul suka.
Korang dah pernah makan di Oriental Kopi tak? Korang suka pesan hidangan dan minuman apa? Cer kongsi di ruang komen.








0 Comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .