Makan Tengahari di The Ruai Room

Salam Rabu kawan-kawan,

Sabtu lepas kakak aku ajak kiteorang makan tengahari di The Ruai Room sebab mak dan adik ipar aku di KL minggu ni. Khayla seorang je tak dapat ikut sekali sebab dia ada program kepimpinan di sekolah. 


The Ruai Room
Family reunion dengan mak, kakak, adik dan adik ipar

The Ruai Room ialah restoran terbaru yang menyajikan hidangan dari Sabah dan Sarawak. Lokasi restoran ni di Anjung Melayu, Bukit Petaling dengan ruang parkir yang luas dan bersebelahan dengan bangunan Malay Chamber of Commerce. Mula-mula aku ingatkan pemilik restoran ni dari Sarawak sebab nama restoran ni ada perkataan 'Ruai' yang bermaksud ruang beranda yang memanjang di rumah panjang dalam bahasa Iban. Tapi bila aku Google, rupa-rupanya pemiliknya orang Sabah 😅.

Satu lagi, restoran ni takde kaitan dengan Ruai House of Sarawak yang terletak di bangunan Pejabat Pos Besar Lama KL ye. Konsep pun tak sama - Ruai House of Sarawak berkonsepkan fine dining, The Ruai Room pulak makanannya memang ikut resipi dan cara masakan asli masyarakat Sabah dan Sarawak.


The Ruai Room
Bahagian luar restoran dengan hiasan buluh, diinspirasikan dari ruang beranda di rumah panjang


The Ruai Room
Bahagian dalam restoran dengan ambience yang cosy, gabungan warna earth tones dengan berkonsepkan modern rustic

Hiasan dalaman The Ruai Room ni sangat estetik sebab konsep dieorang lebih kepada natural dengan gabungan elemen kayu, rotan dan tumbuh-tumbuhan hijau. Ruang makan restoran ni nampak terang dari cahaya semulajadi yang masuk menerusi tingkap-tingkap besar. Paling menarik perhatian aku ialah lampu gantung rotan dengan hiasan anyaman dekat siling. Nak datang makan sambil ber OOTD pun boleh!

Kakak kata dia nak belanja kali ni. Kiteorang pesan la apa yang nak 🤩. Semua pesan ikut anak tekak masing-masing hehe. Ada la lebih kurang 13 jenis lauk yang sampai ke meja lepas kiteorang habis buat pesanan.


The Ruai Room
Buku menu

Ni antara menu yang kiteorang pesan:

The Ruai Room
Lamb Shoulder with Signature Sauce (RM48)

Daging kambing panggang (fire-grilled) ni dipesan oleh adik aku dan suaminya. Tekstur daging lembut dan senang dikunyah. Bila cicah dengan signature sauce tu, menambahkan rasa manis semulajadi daging. Tapi bagi aku signature sauce dia biasa-biasa je, takde wow factor yang buatkan aku teringat-ingat rasanya. Lepas tu aku confuse kenapa dihidangkan dengan limau kasturi, biasanya limau ni untuk makanan laut (ikan bakar / sotong bakar / udang panggang) sebab nak kurangkan rasa hanyir. Tak pernah pulak aku perah limau atas daging. Untuk hidangan ni, aku boleh bagi 3.5/5.


The Ruai Room
Ayam pansuh (RM26)

Hidangan pilihan semua ialah ayam pansuh. Hidangan ni bagi aku ialah the litmus test yang menentukan sama ada hidangan masakan Sarawak di restoran ni authentic atau tak.  Kalau restoran ni gagal buat ayam pansuh, bermakna hidangan lain pun gagal jugak di tekak aku.

Nasib baik ayam pansuh dekat sini lulus dengan cemerlang! Rasa bunga kantan dalam masakan ni sangat menyerlah, which aku suka. Aku bagi rating 5/5. Yang lain semua setuju ayam pansuh ni sedap 👍🏻.


The Ruai Room
Kiri: Ikan Saba bakar (RM38), kanan: umai ikan kerapu (RM32). Dua-dua ni kakak aku pilih

Untuk hidangan ikan, kakak aku pilih ikan Saba bakar (Pacific mackerel). Rasanya sebijik macam makan ikan panggang di restoran Jepun, mungkin sebab cara penyediaan lebih kurang sama dan ikan ni diimport dari Jepun. Isi ikan ni ada gabungan rasa umami dan manis. Rating aku bagi 4/5.

Umai ni pulak, isi ikannya segar dan manis, cuma bagi aku perahan limaunya tak digaul sekata menyebabkan isi ikan ni jadi terlalu masam. Kakak aku kata mungkin dieorang tak gaul betul-betul kot sebab adik aku dapat isi yang rasanya manis macam gula 😅. Tapi bahan-bahan dan rasa umai tu dah ada, cuma terlalu masam sampai overpower manis isi ikan tu. Aku bagi rating 3.5/5.


The Ruai Room
Kiri: Stir-fried white prawns with salted egg (RM48)
Kanan: Fire-grilled sea tiger prawn (medium) (RM48)

Udang salted egg tu dipesan oleh adik aku dan mak aku, manakala udang panggang tu pulak dipesan oleh Khadeeja, peminat udang nombor satu dalam family kiteorang 😅. Udang salted egg tu sedap (tak pernah tak sedap masakan salted egg ni 🤭) sebab isi udangnya rasa segar dan salutan salted egg yang sekata di kulit udang. Jadinya aku ratah sekali dengan kulit udang tu. Aku bagi rating 5/5 untuk udang salted egg ni.

Tapi untuk udang panggang ni, aku rasa isinya agak lembik. It would be nice kalau ada rasa charred sikit. Aku bagi rating 3/5.


The Ruai Room
Atas: Sotong katak (RM32), bawah: White clams (RM26)

Hidangan seterusnya ialah sotong katak dan white clams, kedua-duanya dipanggang sebelum disiram dengan kuah yang rasanya mirip rasanya dengan masakan kam heong, tapi rasa karinya tak terlalu kuat dan ada rasa kunyit jugak. Ambik masa jugak untuk lidah aku terima masakan ni tapi bagi aku, OK la. Sedap la jugak. Aku bagi rating 4/5.


The Ruai Room
Kiri: Grilled mini eggplant (RM22); kanan (atas): pucuk paku dengan ikan tenggiri masin (RM22), kanan (bawah): Manicai / cekur manis dengan telur kampung (RM14)

Sebenarnya ada 4 jenis sayur yang kiteorang pesan tapi sayur kangkung tumis belacan (RM16) tu sampai lambat jadi aku tak ingat nak ambik gambar. Sayur ialah menu wajib dihidang atas meja makan kiteorang, sebab tu sampai 4 jenis kiteorang ambik 😅. Antara keempat-empat sayur ni, aku paling suka grilled mini eggplant tu. Aku tak pasti dieorang prepare hidangan ni macamana atau apa yang dieorang tabur atas terung selain dari bawang merah, cili dan daun sup tu. Tapi overall, rasa umami dari bahan-bahan dan kuah yang masam manis tu sedap. Aku bagi rating 5/5 untuk hidangan ni.

Aku agak berbelah-bahagi dengan hidangan pucuk paku tu sebab kat Sarawak kiteorang tak makan batang pucuk paku yang besar macam ni 😅. Selalunya kiteorang buang, ambik yang bahagian pucuk je hehe. Tapi to the restaurant's credit, batang pucuk paku ni lembut dan masakannnya sedap bila ditambah dengan ikan tenggiri masin. Aku prefer hidangan pucuk paku yang ini dari hidangan pucuk paku yang kiteorang cuba di Ruai House of Sarawak sebelum ni. Anyway, aku bagi rating 4.5/5 dengan ikan tenggiri masin yang menyelamatkan hidangan ni dari dapat rating yang lebih rendah.

Lastly, cekur manis dengan telur kampung tu tak sama dengan cara kiteorang masak di Sarawak. Aku tepek gambar macamana rupa hidangan ni sepatutnya:


Kelab Kidurong Bintulu
Sayur cekur manis / cangkuk manis yang dihidangkan di Kelab Kidurong Bintulu

Sayur ni sepatutnya diramas sampai sedikit lumat. Bawang putih sepatutnya dicincang halus. Hidangan ni sepatutnya basah tapi tak berkuah. Mak aku kata mungkin dia patut ke dapur ajar chef cara nak buat hidangan ni dengan betul 😅. Untuk hidangan ni aku bagi rating 3/5.


The Ruai Room
Atas: Kerabu mangga (RM4); bawah: Sambal bunga kantan (RM5)

Last but not least, kiteorang ambik 2 hidangan side dish iaitu kerabu mangga dan sambal bunga kantan. Kerabu mangga ni kurang menepati standard kiteorang sebab mangganya terlalu muda dan kerabunya agak kering. Appearance-wise, warnanya terlalu pudar dan agak kurang membangkitkan selera. Aku sampai ingat ni kerabu betik muda ke sebab warnanya seakan-akan betik muda.

Sambal bunga kantan tu buatkan kiteorang rasa tertipah, sebab terlalu garing dan kering sampai aku ingat dieorang hidangkan bawang goreng gais. Sikit lagi nak tanya bila nak hantar sambal bunga kantan ni? 😜. Garing sangat sampai tak rasa aroma bunga kantan tu bila dimakan. Yang ni aku bagi rating 2/5. Agak harsh kan, tapi totally menyimpang dari my expectation.

Overall, aku rasa restoran ni worth repeat dan makanannya lebih menepati selera kiteorang dari hidangan di Ruai House of Sarawak. I wish they would have more variety of dessert sebab pencuci mulut kat sini cuma pisang goreng dengan kuih penyaram. Selepas makan hidangan yang berat, kiteorang nak la pencuci mulut yang light on tastebud macam nanggiu (pencuci mulut masyarakat Kadazandusun) tak pun bubur kapur Sarawak. Untuk pencuci mulut, aku prefer dessert di Ruai House of Sarawak.

Satu lagi cadangan aku untuk restoran ni. Staff restoran kena pergi training ambik group photo sebab kiteorang semua tak sedia lagi tapi dia dah snap gambar 😅. Bukan satu, semua gambar dia ambik tu ada je tak kena. Yang aku letak kat atas tu je paling senonoh 😜.

Kalau korang berminat nak mencuba hidangan dari Borneo, aku sarankan korang pergi dulu ke The Ruai Room ni sebab hidangannya lebih authentic dari Ruai House of Sarawak. The latter is not for beginner yang baru nak kenal makanan Borneo 😆. Ia lebih sesuai untuk orang yang dah biasa dengan masakan Borneo tapi nak mencuba kelainan dari segi penyediaan dan penampilan hidangan yang diolah dari bahan yang dah biasa kami makan. Kesimpulannya, Ruai House of Sarawak ialah Borneo traditional dishes with a modern twist gitu, manakala The Ruai Room ialah authentic Borneo traditional dishes.


The Ruai Room
Alamat: Lot 734, Anjung Melayu, Jalan Bukit Petaling, Bukit Petaling, 50460 Kuala Lumpur,
Masa Operasi: 12-3pm (makan tengahari) / 5.30 -10pm (makan malam)
Instagram: @theruairoom

Post a Comment

1 Comments

  1. Ingat sama cafe yg ktk pernah mkn dolok tek.. duhal lain.. maok juak makei nama ruai.. x carik nama yg ala sabah oo.. eh x puas hati indah.. haha

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .