Salam Selasa uolls,
Salah satu periuk non-stick yang aku beli 3 tahun lepas dan calar-balar, jadi dah tiba masanya aku ganti dengan periuk baru takut jadi masalah kesihatan pulak kalau terus pakai.
Mula-mula aku berkenan dengan periuk stainless steel tapi kalau tak reti guna dan jaga, makanan akan melekat dekat permukaan periuk masa memasak dan periuk jadi pudar dan tak berkilat. Aku pulak sejenis suka periuk yang estetik sebab lebih bersemangat nak memasak 🤭. Terapi mata gitu.
Masa sale 10.10 yang lepas, Suami Terchenta offer belikan periuk baru. Alhamdulillah, akhirnya new kitchen toy dari jenama Ecowin ni dah selamat sampai 🤩.
Jom unboxing my new kitchen toy ni:
![]() |
| Kotak periuk sampai dengan selamat dan tak kemek |
![]() |
| Periuk ni ada penutup sekali |
![]() |
| Dapat free gift senduk, pemegang periuk silikon dan 2 keping span basuh pinggan |
![]() |
| Tadah! Corak kerang dekat bahagian luar periuk ni dengan pemegang warna emas ni sangat cantik di mata aku 😍 |
![]() |
| Harapnya warna periuk ni kekal dan tak bertukar kehitaman selepas digunakan dalam jangka masa lama |
Selain estetik, periuk baru ni lebih dalam (deep) jadi sesuai untuk goreng nasi / mee sebab makanan tak tumpah keluar dari periuk.
The downside pulak, periuk ni manja sikit tak boleh sental kuat-kuat dan tak dishwasher-friendly. Periuknya cepat panas jadi kena guna api yang perlahan atau sederhana, tak boleh la buat aksi memasak sampai api masuk dalam periuk 😅. Satu lagi, tak boleh masak ketam atau kerang takut calar pulak coating non-stick tu.
Semoga periuk ni kekal cantik dan dapat berkhidmat dengan lama sekurang-kurangnya 3 tahun 😁. Mana la tau lepas ni aku rajin buat post masakan sebab dah tak malu dengan rupa periuk yang kehitaman 😜.





0 Comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .