Kenapa mesti photo-hosting untuk background template blog saya dah expired? Sungguh tidak berperikemanusiaan. Natijahnya, saya terpaksa meminjam layout Blogger. Pink gittew. Sumpah bukan diri saya sebenar.

Neways. Hari yang sungguh padat. Mengusung si Khayla ke hulu dan hilir menghadiri kenduri kawen member-member. Life as young parents. Membawa budak kecik seperti berpindah rumah. Tak sah selagi kereta tak dipenuhi barang-barang Khayla. Sesampainya di rumah member #1 di Bangsar. Tergedix menolak strolly (nama timangan manja stroller diberi oleh Suami Terchenta) ke majlis perkahwinan. Sudahnya berhempas-pulas fikir bagaimana nak muatkan stroller di celah-celah meja makan.


Berjumpa dengan kawan-kawan dari universiti adalah perkara yang sangat mengujakan. Masing-masing mendukung baby. Kami pun turut bahagia sebab tahun ni kami dah boleh join forum. Kalau tak, tumpang bahagia sahaja. As usual, pipi Khayla jadi fenomena yang tidak boleh tidak, dicubit dan dicium makcik-makcik (ye, kalian semua makcik. Muahaha!). Khayla buat-buat tak heran, padahal dahi sudah berkerut-kerut. Serius comel.

Mesti kamu rasa pelik kan, kenapa hari yang begitu happening tapi tak bergambar? Itulah feel jadi young parents. Gabra dengan si kecik sampai terlupa mengambil gambar. Sudahnya, cuma sekeping gambar bersama si kecik sahaja sempat diambil:

Khayla sedang mengeksperimen rasa jari sendiri. Kuman, Khayla.

Berpergian sepanjang hari sampai ke malam. Khayla dari pejam ke celik, pejam dan celik lagi. Dua botol susu dah dihabiskan. Akhirnya terpaksa 'Mayday' dengan emaknya di dalam kereta. Apa lagi. Susu fresh dari sumber. Khayla jadi teruja bila dapat berdakapan dengan emak.

Sampai di rumah, saya mandikan Khayla sambil berceloteh dengan beliau. Hari ini kita ke mana? Kenduri kawen. Kenduri kawen tu apa? Kenduri untuk makan-makan. Seperti biasa, Khayla mendengar dengan penuh berminat. Macam la dia faham apa yang emaknya berceloteh. Selepas mandi, dia melayan pulak si ayah bersembang. Hari ni mengeluarkan bunyian yang luar biasa. Khayla sudah pandai bersembang! Huhu. Anakku sudah membesar. Beliau bukan lagi newborn :p

Ok, esok akan bekerja semula. Huwargh! Si Khayla sudah menjerit dua tiga kali menyuruh emak masuk tido. Haruslah saya tido dulu. G'nite!

2 comments:

  1. salam carney..kamek dh bc kitak pun blog dh lamak eh.br nk komen.

    heeh..feel happy kan ada anak bila dh sekian lamak kita nunggu.

    ReplyDelete
  2. yeay..sila blog lebih aktif pasal khayla ok. n dun forget gmbr khayla yg comels2

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .