Salam Khamis kawan-kawan,
Semalam sempena cuti Hari Malaysia, aku gantung kuali sebab Suami Terchenta ajak makan tengahari di luar. Tekak aku teringin nak makan makanan India tapi anak-anak pulak nak makanan western. Last-last kiteorang pergi ke Bricks & Butter di The LINC KL sebab aku pernah tengok IG reel restoran ni menghidangkan menu western dan India, dan dua-dua nampak sedap.
![]() |
| Restoran Brick & Butter @ The LINC KL, Jalan Tun Razak |
Masa kiteorang sampai, restoran masih lagi penuh walaupun dah dekat pukul 3 petang. Pelanggan yang datang terdiri dari pelbagai bangsa, jadi aku yakin tempat ni mesti sedap kalau dah Melayu, Cina dan India makan kat sini 🤠(btw, pemilik restoran ni Muslim, jadi Insha Allah halal).
![]() |
| Beberapa snapshots di restoran ni yang aku ambil |
Disebabkan kat dalam dah penuh, kiteorang pun duduk di bahagian luar. Servis di sini agak cepat cuma kena rajin melambai kat staff restoran sebab kat meja takde butang nak tekan untuk panggil staff. Kat sini aku rasa kena ada penambahbaikan sebab bila ramai pelanggan susah pulak nak panggil staff untuk ambil pesanan. Sepatutnya dieorang buat sistem pesan guna kod QR atau ada butang di meja untuk panggil staff bila kita memerlukan layanan. Tapi yang bagusnya dekat sini masih lagi bagi buku menu supaya senang nak belek menu sebelum buat pesanan.
Sementara menunggu pesanan sampai, aku masuk ke dalam sebab nak tengok pastries dan dessert yang dijual di sini. Semuanya nampak sedap, tapi harga boleh tahan kayangan la. Tetiba teringin pulak nak lepak sini makan pastries dan dessert je sebab semua nampak menarik!
![]() |
| Pastries dan dessert |
Masa menunggu makanan sekitar 10 minit je, bagi aku reasonable. Makanan dihantar sekaligus semuanya jadi tak perlu menunggu semua pesanan sampai sebelum boleh makan.
Ni apa yang kiteorang pesan di sini:
![]() |
| Minuman - mango lassi untuk aku dan Khadeeja, Kinabalu sunset mocktail untuk Suami Terchenta dan Orea marshmallow milkshake untuk Khayla |
Mango lassi tu je dah mengenyangkan! 😅 Dalam tu ada chia seed dan yogurt, dari segi rasa tak terlalu masam so aku suka. Kinabalu sunset tu pulak kena kacau betul-betul sebab kalau tak manis leting! Bahagian atas pulak masam. Suami Terchenta memang suka minuman yang masam, tapi aku tak suka. Milkshake tu aku tak rasa tapi Khayla kata sedap.
Untuk makanan pulak, Suami Terchenta pesan spicy chicken tikka biryani. Pinggan nasi biryani ni ditutup dengan chapati dan dihidangkan dengan sos yogurt dan kuah kari dhal. Spicy chicken tikka tu pulak ditutup dengan timbunan nasi biryani di bahagian atas. Nasi biryani menggunakan beras basmathi yang panjang dan keseluruhan rasa hidangan ni tak mengecewakan - tak terlalu pedas dan cukup rempah. Portion banyak macam boleh kongsi makan berdua. Suami Terchenta tak dapat habiskan jadinya bungkus bawak balik lebihan nasi biryani dengan spicy chicken tikka tu.
![]() |
| Spicy Chicken Tikka Biryani (RM35) |
Aku pesan Lamb Rogan Josh, sejenis hidangan yang berasal dari Kashmir. Hidangan ni datang sekali dengan nasi putih, pappadum dan aloo gobi (hidangan sayur cauliflower dan kentang). Boleh pilih nak nasi atau roti naan. Daging kambing lembut dan mudah lerai sebab direbus perlahan dan lama. Kuah Rogan Josh tu pulak sedap, pekat dan tak terlalu pedas. Sedap makan dengan nasi atau cicah dengan roti.
![]() |
| Spaghetti chicken bolognese (RM38) |
Anak-anak pesan spaghetti chicken bolognese yang dihidang sekali dengan garlic bread. Habis dieorang makan jadi aku assume sedap la tu 😅.
Untuk hidangan pencuci mulut, aku pesan gulab jamun untuk dikongsi. Dessert bebola yang dibuat dari tepung, ghee dan keju ni macam biasa sedap di tekak aku tapi Suami Terchenta tak suka sebab manis sangat sebab direndam dalam gula sirap.
![]() |
| Gulab jamun (RM18) |
Untuk pastry pulak, aku pesan dolce tiramisu (di sini ada classic tiramisu dan dolce tiramisu. Bezanya ialah dolce tiramisu ni disalut dengan coklat ganache). Bagi aku, tiramisu kat sini sedap, tak manis sangat dan serbuk kopi yang ditabur atas tiramisu tu bagi rasa yang balance. Keju mascarpone rasa ringan dan aku rasa dieorang guna biskut ladyfingers yang direndam dalam larutan kopi di bahagian dalam. Ada sesetengah tempat dieorang guna kek chiffon / span kat dalam tapi tiramisu asli sepatutnya guna biskut ladyfingers atau savoiardi dalam bahasa Itali. Sebagai peminat tiramisu, definitely aku akan repeat kalau ke sini lagi 😋.
![]() |
| Dolce tiramisu (RM21) |
Overall, makanan dan layanan kat sini sangat memuaskan hati. Cuma dari segi harga bila aku bandingkan dengan restoran Jamun yang aku pernah pergi sebelum ni, kat sini jauh lebih mahal dan kayangan. Sekali-sekala boleh la makan kat sini sebab rasa makanannya sepadan dengan harga yang dikenakan tu.
![]() |
| Alhamdulillah atas rezeki-Nya. |










14 Comments
rege memang kayangan lah tu..tp food semua nampak sedap so kira worth the price lah! terliur beriani!! kena tahan sabar selama 3 bln ni..kalau dpt achieve target, bolehlah i mkn mcm biasa nanti
ReplyDeletehusband akak pn suka air jenis masam2...menarik tgk dolce tiramisu tu
ReplyDeleteHarga mahal kalu sedapp ok
ReplyDeleteKalu kurang itu yg rasa terkilan
ammi tengah puasa harini dan bila tengok posting ni sebagai anak India...terus gulpppp telan liur tau kita. tp gulab jamun tu ammi tak pernah makan pun...macam more to Pakistani dessert je
ReplyDeleteMbak Carneyyyzzzz.. maaf agak terlambat mengucap ni.
ReplyDeleteTapi, terima kasih banyak yaaa atas hadiahnya. Putri senang betul, sampai-sampai girang dan menari, hihihi.
Saya mau upload video unboxingnya Jumat besok ya :D
Cantik menarik resto ni. Rasa macam best kalau makan kat sini dengan dekorasi yang menarik, sedikit open air ada pokok besar tu. Pastries dan desserts pun meriah. Hidangan air dia pun wow sangat presentation dia.
ReplyDeleteDorang kena letak button kat meja tu kan, baru memudahkan pelanggan. Atau mungkin tak nak pening kepala kejap kejap kena panggil. hee...
Nama macam ala ala western tapi food nya dari india tapi air marshmallow oreo nampak sedap la pulak. Chicken Tikka tu saya suka juga la.
ReplyDeleteSemua makanan nampak sedap sangatt!
ReplyDeleteTeringin pulak tengok tiramisu tu.
ReplyDeleteBaru google di manakah The LINK ini.. oh tak jauh dari rumah.. okla boleh terjah nanti huhuu
ReplyDeleteSuka juga makanan India cuma pencuci mulutnya tidak pernah cuba.
ReplyDeleteTempat ini sesuai lah kalau bawa anak yg seleranya lebih ke western. Macam anak saya kurang suka menu2 India, tp kalau di sana ada western food juga, dipastikan mereka masih mau makan.
ReplyDeleteBolehlah kalau ada waktu nanti, saya dan Raka coba. Sebab kami suka menu2 India begini. Apalagi ada banyak menu India yang saya baru dengar setelah baca tulisan Karni.
Lamb Rogan josh dan gula jumun saya baru lihat. Antara penasaran juga lihat gulab jumun ini.
Tapi kalau dibayangkan minum dengan sesuatu yg masam, mungkin jadi balance 😄.
Sama macam jun, saya suka minuman2 yg asam ðŸ¤
Utk harga memang pricey lah yaa. Mengingat tempatnya pun bagus dan lokasi juga menentukan. Asalkan rasa dan penyajian sedap, masih okelah untuk dicoba sesekali
Betul2 harga kayangan ni. patutlah 2 beradik tu makan sampai habis. he he he. Sesekali tak pe. Kalau selalu gugur rambut Junaidi. ha ha ha.
ReplyDeleteGulab jamun sedapnya, tapi semua pun nampak sedap. Harga mahal kalau sedap, memang lah berpatutan.
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .