Lately ni cuaca KL tak menentu. Minggu lalu panas terik, minggu ni pulak hujan, berangin dan mendung aje. Awal minggu ni je ada kejadian pokok tumbang di kawasan Gombak dan Wangsa Maju, Alhamdulillah tempat kiteorang ok je.

Disebabkan minggu lepas panas lit2, kakak aku ajak kami jalan-jalan carik dessert sejuk. So lepas je Sis Lin balik, kiteorang pun join kakak dengan adik aku pegi jalan-jalan cari dessert.

Ni first time la aku sampai ke emart24 ni. Dari luar nampak macam convenience store, tapi bila masuk baru perasan ada cafe kat tepi.

emart24 Bangsar
Khadeeja posing sebelah patung emart24

emart24 ni asalnya dari Korea dan disebabkan rakyat Malaysia ni memang kaki makanan Korea, so dieorang pun bukak cawangan di sini jugak dalam tahun 2021. La, baru la jugak rupa-rupanya. Kedai ni berkonsepkan neighbourhood convenience store & pada masa yang sama, tempat berjumpa dan lepak-lepak.

emart24 Bangsar
Design kedai yang ceria dan mati-mati ko ingat ni convenience store je

emart24 Bangsar
Tapi tiba-tiba ko nampak kafe pulak kat dalam

emart24 Bangsar
Siapa yang suka snek, ramen dan apa-apa ajelah Korean stuff boleh cari kat sini

Makanan yang dijual kat kafe ni lebih kepada makanan ringan, pastri, minuman dan dessert bingsu / aiskrim lembut (soft serve).


emart24 Bangsar
Pastry kat sudut bakery

emart24 Bangsar
Memang ko feeling kat Korea la bila tengok dessert kat sini

emart24 Bangsar
Tempat makan kat bahagian atas, kaki Instagram boleh la posing kat tempat ni

Kalau sesiapa yang dah sampai ke Korea mesti tau yang Korea ni memang terkenal dengan street food scene. Orang Malaysia memang gemar sangat singgah gerai-gerai yang jual street food ni sampaikan penjual kat sana boleh bertutur Bahasa Melayu!

Macam aku ni somehow tekak aku tak boleh terima sangat makanan Korea (bagi aku makanan dieorang terlebih masin / manis), tapi lain pulak dengan adik-beradik aku. Dieorang ni memang hantu makanan Korea sungguh. Tapi haritu aku taknak kalah kan, so aku order la snow bingsu perisa mango, Cheesy Tteokbokki & iced cappuccino. 
.
emart24 Bangsar
Iced cappocinno - tak bergula gais, sihat sangat huhu...

emart24 Bangsar
Snow bingsu dia sedap - ni boleh repeat

emart24 Bangsar
Cheesy Tteokbokki - sorry la aku still tak boleh terima tahap kemasinan kuah dia

emart24 Bangsar
Maksud di sebalik nama kedai/kafe ni

Ok la, not bad sebab bingsu dia sedap dan kafe dia pun santai dan lawa. Kafe yang kiteorang pergi ni terletak kat Bangsar South. Sebenarnya lepas aku Google baru aku tau dia ada beberapa cawangan dan yang terdekat dengan rumah aku ialah di Sentul Point. Next time boleh la try soft serve ice cream dengan pastri dia pulak. 

emart24 Bangsar
Last sekali ambik gambar dengan adik-beradik. Muka aku paling besar sekali huhu

 OK Kak Ret, jom kita lepak sini next time :P

0 Comments