Yeay, blog kita dah berwajah baru!

Coffee Break With Me

Terima kasih kepada Sis Lin sebab sudi tolong betulkan template sebelum ni. Dah lama tinggalkan dunia blogging lepas jadi single parent selama 6 tahun, bila nak mula balik rupa-rupanya banyak benda dah berubah! 

Cerita sikit sejarah blogging ni. Aku start blog actually lepas grad dan start kerja. Bila free je, aku blog sebab pertama, nak lepaskan perasaan stress dengan kerja (tapi sebenarnya tak stress mana pun, cuma suka menulis pasal drama kat ofis hahaha!) dan kedua, masa tu ahem, baru start couple dengan Suami Terchenta. Sikit-sikit bila ada problem dengan html code blog (masa tu buat blog pakai html code, sampai dari tak terer jadi terer baca kod hehe) terus email mintak tolong Suami Terchenta hehehe. Pastu dia pun acah-acah gentleman tolong la aku betulkan, ajar buat coding sikit-sikit dan hari-hari tinggalkan komen kat blog aku 😝

Pastu ada sekali tu kiteorang gaduh lepas tu aku delete blog! Huhu, menyesalnya... Banyak momen manis yang dah ditulis tapi hilang sebab 'perang' masa tu. Tapi lepas tu bosan lagi, buat lagi blog baru. Tak lama lepas tu, dia buat Msjbox, siap sponsor subscription lagi hahaha! Siapa-siapa yang guna Msjbox mesti ingat Msjbox caj yuran tahunan kan 😜 Sebenarnya dia nak cover kos bayar hosting maklumlah masa tu gaji ciput lagi.

Dari awal-awal blogging sampai sekarang, memang aku setia pakai Blogspot. Senang dan free je. Walaupun iman tergugat jugal bila tengok Wordpress lagi lawa! Tapi malas nak transfer blog hosting kan, so tetaplah kita di Blogspot selagi boleh. First blog ni wujud, alamat URL memang aku letak carneyz (carneyz.blogspot.com) sebab tiru Suami Terchenta yang letak URL junaidix (junaidix.blogspot.com). Tapi nama blog maintain je - Coffee Break With Me. Sebabnya aku ada citer kat sini.

Tup-tup, gaduh besar, delete blog, buat blog baru letak pulak nama domain gemini5.blogspot.com. Adeh, sampai came sekali gaduh zaman bercinta kan? 😂 Now gaduh sekejap je pastu tido sekatil esok dah baik semula 😘

So back to story. Sekejap je la tukar domain blog, rasa macam tak best pulak so aku pun tukarkan balik ke carneyz.blogspot.com. Lepas kawen, barulah Suami Terchenta bermurah hati beli domain dan URL bertukar jadi carneyz.com. 

Tapi bila aku pindah ke Bintulu dan sibuk dengan kehidupan sebagai ibu berkerjaya/single mom to 2 toddlers, memang tak menyempat la nak blogging sangat 😰 Suami Terchenta pun sama jugak, asal free je dia travel balik jumpa kiteorang. So bila free je, kiteorang lebih kepada fokus kat anak-anak, memanfaatkan masa bersama-sama dan tido! Penat fizikal, emosi & mental bila jadi pasangan jarak jauh ni!

Sampai la satu hari aku tergerak nak check blog, tapi instead of blog aku, page lain yang muncul! 😡 Rupa-rupanya Suami Terchenta lupa nak renew domain carneyz.com so ada la yang pegi hijack domain tu dengan harapan owner asal akan beli balik dengan harga tak masuk akal! Piraahhhhh! 👊💩

So dengan berat hati aku terpaksa lepaskan domain carneyz.com dan bertukar ke coffeebreakwithme.com. Harap-harapnya satu hari nanti aku dapat balik carneyz.com tu, korang doakanlah ye!

Tu la sedikit-sebanyak sejarah perjalanan blogging aku dari tahun 2003. Content pun berubah dari berceloteh pasal kawan-kawan dan boss di ofis, ke kehidupan lepas kawen, lepas ada anak-anak, dan buat review hotel dan travel (dengan harapan ada la hotel yang sponsor aku stay free 😝)

Pengalaman manis bila blogging ni ialah jadi alasan untuk rapat dengan Suami Terchenta (sis dulu major crush dengan Suami Terchenta tau, kalau nak tau kisah camane kami kenal, couple dan kawen, boleh la letak kat komen 😜) dan berjumpa dengan kawan-kawan yang kemudiannya jadi kamceng rapat melalui Msjbox (terima kasih GENG KAMIE!). Kadang-kadang bila baca balik entry lama memang tersenyum-senyum sorang dibuatnya.

Apapun, sekali lagi nak ucapkan terima kasih kat Sis Lin yang tolong tukarkan template, buat Google ID dan sebagainya, FOC (Free of Charge) pulak tu! Semoga jasa Sis Lin dibalas dengan kebaikan dan pahala oleh Allah SWT 💖

Insha Allah aku akan terus blogging sebab dah minat menulis dari zaman sekolah dulu. Mana tau satu hari nanti bila aku dah takde, ada la kenangan untuk anak-anak dan kawan-kawan tentang kami suatu masa dulu 😘

4 Comments

  1. wowww panjang betul sejarah dia hahaha...
    pasni bole buat novel tau :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahahaha! Boleh difikirkan tu tapi kang takut ada yang menyampah pulak baca :p sikit2 break, pastu sambung, pastu break lagi. Nasib baik kawen akhirnya! :D

      Delete
  2. Hehehehe... sama-sama..
    Keep writing and keep sharing..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah. Skrg hidup dah tenang sikit tak serabut2 mcm dulu :p

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .