Last week, aku terperasan ada orang post pasal kedai makan baru di Sunway Putra Mall. Boleh tahan jugak deko kedai ni, dan yang paling penting kedai ni menjual makanan Sarawak. Wah, menarik!

Since Sunway Putra Mall ni memang dekat dengan rumah kiteorang, maka kiteorang dengan tak menyabarnya pegi melawat kedai makan ni.

Kedey Kamek (atau terjemahan BM dia 'Kedai Saya') ni memang tak asing lagi dari warga Sarawak yang berada di KL. In fact, Kedey Kamek ni ada beberapa cawangan di KL tapi semua agak jauh dari rumah kiteorang sebelum ni. So ni first time la kiteorang nak merasa masakan Kedey Kamek ni since dia dah bukak cawangan dekat dengan rumah.

Kedey Kamek
Hiasan dalam restoran memang simple tapi wow

Kedey Kamek
Grand Old Lady terletak di Miri, bersempena owner kedai berasal dari Miri, Sarawak. Tok Nan tu memang ikon kebanggaan orang Sarawak

At first glance, aku memang fall in love dengan decoration restoran yang moden & ceria. Sudut aku suka pandang ialah dinding putih yang berlakarkan the Grand Old Lady (telaga minyak pertama di Miri / Malaysia) dan petikan kata-kata arwah Tok Nan (Ketua Menteri Sarawak yang paling disayangi rakyat Sarawak).

Pelanggan boleh pilih nak duduk di meja ada armchairs yang empuk, bangku berlatarbelakangkan gambar Tok Nan, atau kalau siapa yang datang makan sorang-sorang tu boleh jugak duduk di bar chairs di bahagian belakang kedai. 

Kedey Kamek
Suasana kedai yang santai dan chill je

Kedey Kamek
Maksud 'kamek'

Bila aku baca review, ramai orang cakap laksa dia sedap & ada banyak variasi. Nak laksa udang galah? Laksa udang besar? Semua ada. Tinggal nak standby duit dalam dompet je.

Tapi memandangkan malam tu aku tak lapar sangat, maka aku decide nak order mee kolok super special abis sebab ada tendon. Aku suka mee kolok ada tendon tau. Rasa kenyal je bila gigit. Suami Terchenta pulak order mee jawa kambing dan budak-budak ni nak makan mee kolok ayam.
Air tak banyak pilihan, semua air tin je ada. Mungkin sebab kedai ni baru bukak belum ada tukang buat air lagi. Tak kesah sangat pun, sebab tujuan kiteorang nak merasa menu makanan kat sini je.

Bila makanan sampai, mak aih... besarrrrrnyaaa portion dia! Aku pandang Suami Terchenta, Suami Terchenta pandang aku balik. Masing-masing tengah fikir camane nak habiskan makanan kiteorang hahaha!

Kedey Kamek
Mee jawa kambing, harga dalam RM20++

Kedey Kamek
Mee kolok ayam, harga RM10++

Kedey Kamek
Mee kolok super special abis (aku ambik set dengan pisang cheese & air), RM30++

Pada pendapat aku, boleh laaa... mungkin akan kena di tekak aku kalau sup tu dia memang ikut resipi sup mee kolok dan bukannya sup tulang. Lagi satu, aku suka mee kolok yang kenyal ('springy' kata omputeh) tapi mee dia pulak hari tu aku rasa kembang / 'soggy' sikit. Hirisan ayam tu pun tak berapa kena dengan tekak aku and the girls. Bak kata Khadeeja, 'Mommy, the chicken tastes not like chicken!'

Bila aku rasa mee jawa kambing dia pulak, bagi aku ada something yang kurang. Mula-mula aku ingatkan sebab dia lupa bagi limau kasturi hiris (sebab bila makan mee jawa ni, kena perah limau kasturi baru ada 'uumph') tapi bila dah request limau kasturi still rasa macam ada benda yang kurengggg. Tapi aku tak tau apa sebab tak penah tau camane nak buat mee jawa hehe. Cuma bila bandingkan mee jawa Pulau Melayu @ padang golf di Miri yang femes tu (makan dengan chicken wing goreng dia sedap perghhhh) aku rasa jauh beza sangat rasa mee jawa di restoran ni.

Tapi aku taknak berputus asa lagi sebab kena la support bisnes orang Sarawak kan. Next time aku datang sini aku nak try la laksa Sarawak dia yang orang kata sedap sangat tu. Mungkin specialty kedai ni ialah laksa Sarawak. Lagi satu, ada menu ayam penyet dan linut (orang Sabah panggil 'ambuyat'). Harap-harapnya menepati citarasa aku la menu-menu lain ni.

Kawan-kawan negeri lain yang nak merasa makanan popular Sarawak boleh datang ke Kedey Kamek ni. Sebenarnya ok je rasa makanan dia cuma as orang Sarawak yang dah selalu makan mee kolok & mee jawa, tekak kiteorang memang cerewet sikit sebab dah sebati dengan mee kolok & mee jawa di tempat sendiri 😋

0 Comments