Memandangkan dah lama tak update blog, jadi lepas ni akan ada banyak posting throwback hihi. Yang first ni throwback bulan September lepas. Kiteorang tak tau nak makan malam kat mana so end up makan malam di restoran Pakistan tak jauh dari area rumah kiteorang.
Dalam restoran agak luas dan bersih. Ala-ala makan kat kedai Arab la.
Dalam restoran |
Banyak jugak pilihan menu cuma tak tau nak makan apa |
Masa belek menu, memang clueless jugak la nak order apa sebab tak pernah makan di restoran Pakistan sebelum ni. Selalu makan kat kedai Arab atau kedai India Muslim je kan. Last-last kiteorang pesan hidangan nasi untuk kongsi makan, sejenis kebab Pakistan dan pencuci mulut.
Kabuli Pulao |
Sebenarnya aku confuse sebab bila aku Google hidangan ni sebenarnya berasal dari Afghanistan, bersempena dengan nama bandar utama Afghanistan iaitu Kabul. Tapi mungkin sebab dieorang negara berjiran kot, sebab tu ada hidangan ni dalam menu restoran Pakistan ni. Nasi ni dihidangkan dengan sejenis sup (kofta) dan salad timun. Kalau korang penggemar hidangan nasi dari Timur Tengah boleh la cuba sebab bagi aku sedap.
Selain dari hidangan nasi, Suami Terchenta jugak pesan kebab Pakistan ni:
Rasanya agak berbeza dari kebab Turki atau kebab Arab. Ianya ialah daging kisar yang diperap dengan rempah-ratus termasuk garam masala sebelum dipanggang. Bagi aku not bad, cuma aku lebih suka kebab Arab.
Khayla pulak pesan roti cheese naan dia. Memang melimpah dengan cheese ye! Kiteorang tumpang rasa, memang sedap roti cheese naan kat sini.
Cheese naan (Khayla bagi rating 10/10) |
Yang terakhir, kiteorang pesan hidangan pencuci mulut, kheer / puding nasi. Dessert ni dibuat dari nasi (beras basmati), susu, gula dan buah pelaga (cardamom) dan ditabur dengan kekacang. Simple je resipinya tapi sedap.
Kheer |
Overall, makanan kat restoran ni memang sedap dan menepati citarasa kiteorang. Cuma satu je la, susah nak parking sebab betul-betul kat tepi jalan raya utama.
Alamat: Lot 161, Jln Sultan Azlan Shah, Titiwangsa Sentral, 51200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 12 tengahari - 2 pagi
Semua sedap especially nampak Cheese Naan dan Kabab tu.
ReplyDeleteAlhamdulillah makanan kat sini menepati citarasa kiteorang 😅 cheese naan tu mmg sedap, cheese dia melimpah-ruah!
Deletedah makin banyak resto.pakistan. dulu resto arab...
ReplyDeleteDekat area sini byk kedai pakistan, mungkin sbb ramai orang Pakistan sekitar area ni.
Deletep/s selamat tahun baharu ✌️
ReplyDeleteselamat tahun baru anies! 🎉
DeleteSA x pernah makan makanan pakistan tapi nampak macam sedap je Carneyz
ReplyDeleteTu la kiteorg pun first time cuba makanan Pakistan. Alhamdulillah sedap SA. Harga pun berpatutan.
DeleteUishh dah dua orang blogger review tmpt ni.. mcm nak kena pergi juga hihii :D
ReplyDeleteMeh la cuba. Kalau suka makanan dari belah timur asia ni mmg akan suka la tempat ni.
Deletelama tak tengok Carneyz..
ReplyDeletekheer tu nampak macam sedap,teringin juga nak cuba
Ye, lama hiatus sebab mood blogging ke laut sis 🤭 Kheer tu sedap makan sejuk2, klu google resipi kheer tu mcm senang je nak buat.
Deletemasa kat office lama ada sorang expat dari Pakistan. Pernah sekali kita masak beramai2 kat office sbb dia offer nak masak beriani dia, Ya Allah sedap sungguh tapi besarlah belanja sebab nak safronlah, nak olive oil lah. yelah dia expat kan, jadi periuk dia besarlah banding dengan periuk kita rakyat marhaen ni
ReplyDeleteWah, dapat la belajar cara orang Pakistan buat beriani dieorg ye. Tapi safron tu mcm bahan lokal bagi dieorg, berlambak org tanam & jual kat sana rasanya.
Deletedlm byk2 tu, i terliur cheese nan ;)
ReplyDeleteCheese naan dia mmg sedap, cheese tu melimpah-ruah! 😄
Deletewaahhhh nampak sedap kabab & nan cheese tu!
ReplyDeletekheer tu dessert mcm puding ke tu?
cheese naan tu mmg sedap sis. Kheer tu ala2 puding nasi, makan sejuk2 sedap 😋
Deleteaah saya pon suka makan kat sana
ReplyDeleteWah, penah smp kat sini jugak ye? Apa menu faveret kat sini? 😃
Deletecantiknye restorannya...
ReplyDeleteAla2 mamak tapi atas sikit sis 😄
Deletesedap2 nmpknya menu tu...fav cheese naan
ReplyDeleteAlhamdulillah menepati selera kiteorang 😄 cheese naan mmg sedap 👍🏻
Deletenasi diorang memang sedap...makan nasi je pun puas hati dah
ReplyDeleteYe, makan nasi je pun dah puas hati 😄 suka sbb rempah nasi tak berat, jadi tak cepat muak.
DeleteTerliur tengok Cheese Nan tu Carneyz.
ReplyDeleteCheese naan kat sini mmg sedap, sis Ezna 👍🏻
DeleteAiiiish sedaaap nampak 😍😍😍😍. Memang yaa makanan arab, Pakistan, Afghanistan, India, nih mirip2 sebenernya... Mungkin Krn saling tetangga. JD tak heran ada kemiripan. Saya biasanya selalu suka dengan makanan begini. Terbiasa dengan menu yg banyak rempah 😉👍
ReplyDelete