Weekend Family Time di CBTL

Salam Isnin kawan-kawan,

Alhamdulillah, hari ni anak-anak dah kembali ke sekolah selepas sehari ber-PDPR Jumaat lepas. Bila baca luahan ibubapa dekat Threads, macam-macam ragam ibubapa kena hadap anak-anak masa PDPR tu. Terus teringat pengalaman sendiri masa zaman PKP dulu hihi. Lupa nak mute mikrofon masa meeting, lepas tu terkeluar suara halilintar membelah bumi suruh anak-anak fokus dekat kelas online sebelum mommy bawak rotan! Bukan anak-anak aku aje yang kecut perut, yang join meeting online tu pun terdiam sekejap! 🤣 Kitonyo mak-mak millenial, takde masa nak ber gentle parenting 🤪. 

Apapun, syukur zaman tu dah berlalu. Harapnya jerebu ni tak berpanjangan dan semakin hilang la, demi kesihatan mental ibubapa 🤭.  

OK, marilah kembali ke topik entry hari ni.

Semalam kiteorang keluar membeli barang-barang rumah di AEON Alpha Angle. Sebelum masuk AEON, kiteorang singgah makan di CBTL. Kalau sebut CBTL, aku selalu sebut 'Coffee Bean' tapi bila tulis, aku tulis CBTL sebab senang guna short form aje orang dah faham.


CBTL
Anak-anak tanya, 'Mommy, kenapa kita kena asyik ambik gambar je?' Jawapan aku, 'Besok2 korang dah besar kalau komplen kenapa tak pernah bawak makan tempat best, mommy ada resit.' 😌

Semalam masa kiteorang sampai, ramai jugak la orang dalam CBTL. Mungkin sebab kiteorang sampai pukul 3 petang, time tengah ada promo boleh redeem chocolate muffin guna 69 Bean Points je. Kiteorang pesan makanan dekat apps MyCBTL je sebab tengok ramai tengah beratur di kaunter. 

Ni makanan yang kiteorang pesan:


CBTL

Double chocolate (iced) dengan chocolate creme crown tu aku punya sebab teringin nak cuba lepas aku baca dekat blog MZ yang anak dia Zharfan suka air ni. Anak-anak suka vanilla cookies & cream ice blended. Suami Terchenta macam biasa nak minuman panas, dan kebetulan egg & salmon tu datang sekali dengan secawan teh Earl Grey jadi dia ambik air dalam set tu je. Macam biasa, Khayla nak creamy mac & cheese dan Khadeeja pulak nak chicken lasagna. Suami Terchenta tak lapar sangat jadi dia pesan baked chicken tenders dan chicken popcorn.


CBTL
Makanan lambat sikit sampai dan tak sampai sekaligus. Aku snap gambar mana yang sampai dulu je

CBTL
Egg & salmon ni agak besar portion nya, aku kongsi dengan Khadeeja sebab tak dapat nak habiskan seorang diri. Tu pun roti yang kat atas tu tak dapat nak habiskan.

CBTL
Creamy mac & cheese ni kecik je portion nya. Kalau dengan Khayla, tak cukup ni sebab anak sulung aku tu walaupun kurus tapi kuat makan. Ikut genetik bapak dia.

Alhamdulillah, dapat redeem RM8 voucher guna Bean Points sedia ada. Jadi aku terus guna masa bayar makanan tadi. Lepaslah buat cover caj SST 😄.

Lepas makan, kiteorang masuk AEON beli barang-barang dapur, lepas tu terus pulang ke rumah. Sejak jerebu ni, malas betul nak keluar jalan-jalan. Nasib baik kena top up barang rumah, kalau tak memang lepak di rumah je la sepanjang hujung minggu.

Korang pulak buat apa weekend lepas?

Post a Comment

0 Comments