Aduhai, kesiannya Suami Terchenta... Agaknya gara-gara jerebu yang teruk minggu lepas tambah pulak dia pergi kerja naik motor hari-hari, jadi pagi tadi dia mengadu sakit tekak dan hidung berair. Sebenarnya dari semalam lagi dia dah rasa kurang sihat tapi tak bagitau pun. Mungkin dia ingat pagi ni simptom-simptom tu akan hilang tapi makin melarat pulak. Terpaksalah pagi ni dia pergi ke klinik dan ambik satu hari mc untuk berehat.
Jadi pagi tadi aku buat nasi goreng untuk sarapan pagi buat alas perut sebelum dia makan ubat.
![]() |
| Nasi goreng kampung versi malas / cepat |
Resipi Nasi Goreng Kampung Versi Malas
Bahan-bahan diperlukan:
- Nasi (2 mangkuk)
- Sebiji cili padi (nak lagi pedas, tambah ikut suka korang)
- Ikan bilis (sejemput)
- Belacan (seketul kecil lebih kurang setengah inci)
- Telur (sebiji)
- Minyak masak (lebih kurang 3 sudu makan)
- Perencah nasi goreng kampung Seri-Aji (agak-agak, sesuaikan ikut tekak masing-masing)
Nasi goreng aku ni tak letak sayur dan bawang 🤭. Aku guna perencah nasi goreng kampung Seri Aji untuk ganti bawang tu. Cara buat nasi goreng aku pun simple je - kisar sebiji cili padi (nak lagi pedas, letak la banyak mana korang suka), sejemput ikan bilis dan seketul kecik belacan dalam chopper. Lepas tu panaskan minyak, tumis bahan-bahan yang dikisar tadi, lepas tu letak lebihan nasi putih semalam. Bila dah gaul sekata, aku masukkan perencah nasi goreng secukup rasa dan gaul lagi. Akhir sekali, aku pecahkan sebiji telur untuk protein tambahan dan gaul sebati dalam nasi goreng tadi. Dah siap.
Suami Terchenta makan 2x bertambah padahal pagi-pagi dia biasanya makan ringan-ringan je. Pastu pengsan penangan nasi goreng haha. Nanti dia bangun, boleh makan sup ayam aku dah masak tadi. Cian dia, harapnya lekas la dia sembuh.

24 Comments
Semoga Encik Junaidi cepat sembuh.
ReplyDeleteAmeen YRA.. 🤲🏻
DeletePengsan penangan ubat selsema tu, tambah 2x nasi goreng, 2x pengsan. Mesti lena betul tidurnya. Semoga cepat sembuh.
ReplyDeleteEncik suami ni alhamdulillah jarang2 sakit tapi bila dah kena, smp tak boleh bangun dibuatnya. Hari ni pun sambung mc sebab batuk teruk sgt.
DeleteAkhirnya tewas juga si jun... semoga cepat sembuh jun!! Kasi rehat secukupnya tu.
ReplyDeleteItulah, penat dah bebel suruh dia ambik cuti berehat Kak Ret. Last2 badan dia sendiri give up, mmg teruk jugak sbb dah hari ke-3 kena mc ni.
DeleteMoga cepat sembuh ya....sedapnya nasi goreng Carneyz.
ReplyDeleteAlhamdulillah, Allah bagi sedap sis Ezna. Terima kasih atas ucapannya.
DeleteSyafakallah
ReplyDeleteCepat sembuh ya
Terima kasih Cik Nur, Ameen YRA
Deleteharap2 jerebu cepat2 la pegi. shah alam dah dua hari hujan. lega sikit.
ReplyDeleteSaya pun igt camtu Kak Yan, tapi 2 hari ni dah makin teruk balik.
Deleteshafahullah! nmpk sedap la nasi goreng tuuuu
ReplyDeleteAmeen YRA. Alhamdulillah Allah bagi sedap 😄
Deletebahaya betul jerebu sekarang ni tambah pula kalau naik motor hari-hari. Patutlah badan give up. Takpe, ada 'nurse' peribadi sediakan sup ayam dan masakkan nasi goreng sedap. Semoga cepat sembuh dan sihat seperti sediakala
ReplyDeleteAmeen YRA 🤲🏻 hari ni sambung lagi mc. Mmg badan nak kena rest tu, selalu tak dgr cakap bila suruh ambik cuti 😅
DeleteHarap2 Sekarang ini Jun dah membaik yaa. Raka pun dah pakai masker juga tiap ke kantor Krn diapun bawa motor. Tiap malam minta disediakan multivitamin untuk jaga imunitas tubuh juga.
ReplyDeleteJadi teringin nasgor pula lihat di atas 🤭😄😄. Ini lah menu yang simple terlihat, tapi ntah kenapa saya belum bisa buat yang sedap 🤣🤣. Kecuali pakai bumbu instan nasgor. 😅
Saya terpaksa belikan mereka face mask yg N95, anak2 saya tak suka kerana panas dan susah bernafas. Soalnya kalau pakai face mask yg tipis baik ga usah pakai kalau partikel jerebu itu langsung boleh tembus face mask nya 😅
DeleteYa, nasgor ini jadi enak kerana saya taruh bumbu instant nasi goreng kampung itu 😅
Ternyata saya salah posting komen 🤣🤣🤣. Komen di atas harusnya untuk tulisan ini. Malah ditulis pula di postingan sebelumnya 🤭🤭😅.
ReplyDeleteInilah akibat jika pakai 2 gadget utk baca blog 😅😅.
Saya biasa baca di laptop, tapi tulis komen di hp 🤭😄. Jadi bisa tahu nak komen yang mana 🤣. Tp kadang artikelnya belum dibuka yang benar 🤭
Haha nggak apa2. Benar2 multitasking kamu ya Fann 🤣
DeleteJerebu memang ancam keselamatan dan kesihatan kita semua....sarawak pun kadang-kadang kenak juak dengan jerebu tok. Kesian sidak yang terpaksa berada di luar untuk carik rezeki
ReplyDeleteYalah, jaik ati ngenang sidak kerja courier, penghantar makanan, tukang sapu jalan, org kerja dekat tapak pembinaan semua ya. Sekurang2nya mcm kmk tok dpt la terperuk di rumah jak sik keluar siney2.
Deletesejak jerebu mmg ramai pekerja yg mc lbh2 lg yg ada asthma tu... kesian diorg
ReplyDeletesemoga cpt sembuh ya
syafakallah
Betul, ada kawan ni siap kena tahan kat ICU beberapa hari sbb oksigen drop smp tekanan darah dia tinggi mencanak2
DeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .