Jalan-jalan Cari Makan (JJCM) Dengan Mak

Salam Selasa kawan-kawan,

Bulan lepas masa mak aku di KL, aku boleh katakan setiap hari kiteorang keluar jalan-jalan cari makan di sekitar KL. Beberapa tahun lepas, my mom kena kanser NPC (nasopharyngeal carcinoma) yang menyebabkan deria rasa dia hilang selepas menjalani beberapa sesi kimoterapi dan radioterapi. Post-treatment, agak lama dia tak dapat nak enjoy makanan macam sebelum kena kanser. Tapi pelan-pelan, deria rasa dia bertambah baik dan kelenjar air liur dia pun dah mula menghasilkan air liur semula (walaupun tak macam normal dulu). Dia pun dah boleh buat gigi palsu baru, jadi boleh mengunyah makanan macam biasa. Cuma dia tak boleh makan pedas sebab tekak dia akan rasa pedih. Sebab tu aku bawak dia makan puas-puas, kita tak tau bila nikmat makan tu akan ditarik balik 🥹. Selagi mak boleh enjoy makan, aku bawak je mak keluar makan kat mana yang dia teringin nak cuba.

Ni antara tempat-tempat makan yang aku bawak dia bulan lepas:

1. Paku & Pontianak


Paku & Pontianak
Restoran makanan kampung / Melayu kesukaan aku dan Suami Terchenta

Hands down, our favourite restaurant bila nak makan makanan kampung. Kiteorang selalunya pesan set talam Qaseh (siakap bakar, daging salai masak lemak cili api, kacang buncis tumis, ikan masin gelama, telur dadar, ulam-ulaman dengan sambal belacan dan nasi putih). My mom pun suka makanan kat sini dan suasana dalam restoran ni. Aku pernah review makanan di restoran sebelum ni, korang boleh baca kat sini.

2. Food Court SOGO KL


Food court SOGO KL
Mak teringin makan cendol dan yong tau fu di food court SOGO

Ni pulak masa aku bawak mak shopping beg sandang di SOGO. Lepas beli beg, mak kata teringin nak makan yong tau fu. Jadi bawak la dia makan di food court SOGO. Aku masih kenyang sebab breakfast lambat, jadi aku cuma pesan tau fu fa dekat I Love Yoo!. End up mak tak dapat habiskan cendol tu jadi terpaksa la tolong dia habiskan 😜.

3. Cafe Chef Wan @ KL East Mall


Cafe Chef Wan @ KL East Mall
Mak tengah menikmati mee rebus Che Ani

Esoknya mak kata nak jalan-jalan di KL East Mall. Jadi bawak la mak ke sini. Since kiteorang belum lunch lagi, aku tanya mak nak makan kat mana? Mak ternampak Cafe Chef Wan, terus cakap nak makan kat sini la. OK jom. Mak tak dapat decide nak makan laksa Johor atau mee rebus Cik Ani. Jadi aku pun pesan laksa Johor untuk aku, dan mee rebus Cik Ani untuk mak. Nanti boleh la tukar kalau dia tak berkenan mee rebus tu. Mak suka sangat decor dalam restoran ni, jadi sementara makanan sampai mak mintak aku ambikkan gambar dia di beberapa sudut dalam restoran tu hihi. Kita layankan aje la... Bila mee rebus sampai, terbeliak mata mak tengok mangkuk tu lagi besar dari muka dia! 🤣 Tapi nasib baik la mee rebus tu kena dengan tekak dia jadi dapat jugak la dia habiskan (tinggal kuah je).

4. Oriental Kopi @ Dataran Merdeka (Pejabat Pos Besar Lama)


Oriental Kopi @ Dataran Merdeka (Pejabat Pos Besar Lama)
Korang tengok la besar giler gelas minuman dia 😅

Asalnya nak bawak mak jalan-jalan di Bangunan Sultan Abdul Samad. Tapi rupa-rupanya sekarang kalau nak tengok galeri dan pameran dekat bahagian atas, dah kena bayar tiket masuk. Sudahnya, kiteorang pergi makan je la. Mak kata dia nak makan kat Ruai House of Sarawak tapi aku cakap jangan ngengada la mak, balik Sarawak nanti boleh makan makanan Sarawak puas-puas 😆. Baik pergi makan dekat Oriental Kopi sebab kat Sarawak belum ada lagi cawangan OK. Mak pesan nasi ayam Hainan dan passionfruit sour plum. Aku pesan Oriental Signature nasi lemak dan teh cincau ais. Sementara tunggu nasi sampai, kiteorang makan roti bakar. Review makanan kat sini nanti la aku buat entry berasingan 🤭.

5. Kopi 'O' Kampong


Festival Budaya Malaysia
JJCM versi sarapan pagi pulak

Yang ni aku dah cerita dekat entry lepas. Nanti korang baca la sendiri dekat sini ye.

6. Padi Malaya @ Lalaport


Padi Malaya @ Lalaport
Kali pertama kiteorang makan di sini

Masa ni kiteorang hantar anak-anak ke Lalaport sebab dieorang nak tengok 'Chiikawa The Movie: The Secret of the Mermaid Island'. Aku dan mak tak ikut dieorang tengok movie, kiteorang jalan-jalan dalam Lalaport je sementara tunggu movie habis. Sampai kat sini, plan asalnya nak bawak mak makan di Chef Kecik tapi penuh dan kena ambik nombor giliran pulak. Sudahnya kiteorang tukar plan, makan tengahari di Padi Malaya pulak.


Padi Malaya @ Lalaport
Wefie sementara tunggu makanan sampai

Makanan kat sini surprisingly not bad la. Harga lebih kurang je dengan harga makanan di Chef Kecik. Kiranya boleh la repeat lagi tempat ni. Tapi yang ni pun aku akan buat entry berasingan.

Ni belum termasuk kakak aku pulak bawak mak dan aku pergi dinner 🤭. Kiranya bulan lepas penuh dengan agenda makan je hihi. Mak pun nampak seronok dan enjoy aktiviti JJCM ni. Alhamdulillah atas nikmat-Nya.  Semoga ada rezeki nak bawak mak JJCM lagi bulan depan lepas dia balik dari umrah dengan kakak 🤲🏻.

Nampaknya punah la harapan aku nak kurus tahun ni 😜. Next year cuba lagi ye Carneyz! 🤪 

Post a Comment

2 Comments

  1. Ini baru betul2 episod Jalan - Jalan Cari Makan. Terbaik!!

    ReplyDelete
  2. Seronok mak jjcm.. Mcm2 tmpt mkn best2 tu.. Nasibaik xmkn menu Sarawak kt Ruai tu ye hehe

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .